gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Anime Animasi

Senarai komik Gempak Starz yang layak dijadikan anime!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 4, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Senarai komik Gempak Starz yang layak dijadikan anime!
Share on FacebookShare on Twitter

Di Jepun, sebuah manga, akan diadaptasikan kepada anime jika ia berjaya mengumpulkan perhatian yang tinggi. Andai kata Malaysia ingin menerapkan sistem seperti ini, perkara pertama yang saya fikir adalah “komik daripada syarikat Gempak Starz“! Selain Jinggo yang mendapat siri animasi pada tahun 2014 dan Lawak Kampus yang sah akan diadaptasikan kepada anime oleh Lil Critter Workshop, memang ada banyak lagi karya hebat yang saya boleh cadangkan. Jika diberi peluang, ini adalah senarai saya bagi beberapa komik Gempak Starz yang terlebih layak dijadikan anime!

Rumusan Gempak Starz

Kadokawa Gempak Starz (sebelum ini Malaysian Art Square Group) merupakan sebuah penerbit novel grafik, komik, dan, manga yang dimiliki oleh Kadokawa Corporation. Pada asalnya ditubuhkan sebagai Art Square Creation pada tahun 1994, syarikat ini pernah menerbitkan majalah Gempak, sebuah majalah yang didedikasikan untuk mempamerkan artis komik tempatan dari Malaysia kepada penonton yang lebih luas. Gempak merupakan majalah komik Malaysia pertama yang menawarkan berita dan artikel tentang dunia ACG (Animasi, Komik & Permainan) di dalam dan di luar negara.

Berikut adalah senarai peribadi saya untuk komik Gempak Starz yang layak dijadikan anime :

Wasabi

Wasabi by Keith

Wasabi merupakan ciptaan Keith yang juga terkenal dengan komik Lawak Kampus dan mengisahkan tentang Chiro yang baru berpindah dan juga bersekolah di tempat yang baru tetapi mendapati sekolah itu mempunyai ramai pelajar yang pelik. Dia ingin keluar dari sekolah tersebut tetapi malangnya, Wasabi, pelajar paling nakal di sekolah itu menghalangnya.

Under 18

Under 18 by Zint

Dicipta oleh Zint, komik ini mengisahkan tentang Ax, Kaiou dan Yosi, tiga orang pelajar sekolah menengah yang berkelakuan samseng, dan sering mencetuskan huru-hara di sekolah. Walaupun begitu, mereka bertiga mempunyai watak yang sangat berbeza dan sering terjadi kisah-kisah yang sangat menarik di dalam hidup mereka bertiga.

Kaoru’s Cake House

Kaoru's Cake House by Kaoru

Kaoru’s Cake House merupakan antara karya terawal Kaoru yang menceritakan tentang empat orang jejaka – Wing, Denny, Bob dan Izz – yang saban hari bekerja menghidangkan manisan terbaik buat para hadirin di kedai mereka. Meskipun cuba bersikap profesionalisme dalam menjalankan tanggungjawab, sikap masing-masing akhirnya membuatkan mereka sering kali terjerumus dalam pelbagai masalah sambil membabitkan para pelanggan.

Fatal Chaos

Fatal Chaos ialah sebuah hasil karya Ben Wong dan mengisahkan tentang T-Rex, seorang pelajar ahli seni bela diri yang bermasalah. Setelah lapan kali dibuang sekolah dalam tempoh setahun kerana masalah disiplin, dia tiba ke sekolah baru yang merupakan tuan rumah kepada pertandingan misteri bernama Royal Survivor Battle.

Utopia High

Utopia High by Slaium

Dihasilkan oleh Slaium, kisah komedi yang berlatarbelakangkan suasana sekolah menengah ini berkisar mengenai Dodol, seorang pelajar baru Utopia High dalam usahanya mengekalkan tempatnya di sekolah tersebut sambil menempuhi pelbagai masalah dan cabaran dalam pelajaran, persahabatan, mahupun cinta.

Gengkey

Gengkey - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Gengkey ialah karya daripada kartunis terkenal Michael Chuah atau lebih dikenali sebagai C2V dan mengisahkan tentang seorang budak bernama Lowkey yang sangat bermasalah dan dua orang kawan karibnya Paul dan Amin yang sentiasa memenuhi kehidupan harian mereka dengan perkara yang ceria samada di sekolah atau di luar kampus.

Mat Gempak

Mat Gempak by Apoh

Mat Gempak merupakan karya daripada Apoh kini dikenali sebagai Zuan yang mengisahkan gelagat Mat Gempak bersama-sama ahli keluarganya serta rakan-rakannya di Kampung Gondolan. Mat Gempak merupakan maskot rasmi majalah Gempak dan adalah watak berwarna kuning, botak serta sering memakai bandana merah.

Dari Alam Angker

Dari Alam Angker: Panggilan Kubur Kash - Ookbee MY

Koleksi kisah seram dan menakutkan, yang penuh dengan unsur ghaib. Disebabkan karya ini terdiri dari macam-macam jenis cerita pendek, pelbagai artis termasuk Nizam Bachok, Puyuh dan lain-lain, telah menghasilkan perspektif mereka untuk genre seram.


Sebenarnya ada banyak lagi komik yang saya ingin tambah ke senarai ini, tetapi saya rasa ini cukup buat masa ini untuk memperkenalkan korang semua kepada beberapa karya terhebat terbitan Gempak Starz. Apa pendapat anda? Setuju tak kalau komik di atas dijadikan anime? Komik apa lagi yang korang nak cadangkan? Jom kongsikan pendapat dengan saya di ruang komen!

Sumber – Wikipedia, Gempak Starz

*Gambar bersumber dari Gempak Starz*

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: animasianimeGempak StarzkomikMalaysia
Previous Post

Nak phone bajet untuk gaming? Ini senarai phone bajet bawah RM 900 untuk anda!

Next Post

China membuka mulut mengenai isu untuk ban Waifu, BL, dan seangkatanya!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Review Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves – Daripada permainan papan ke movie!
Movie Review

Review Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves – Daripada permainan papan ke movie!

Review Tales of Symphonia Remastered – JRPG klasik yang lebih mudah diakses!
Review

Review Tales of Symphonia Remastered – JRPG klasik yang lebih mudah diakses!

Ketahui cabaran membuat ‘foot tracker’ dalam game VR bersama John Coleman CFO Vertigo Games!
Temuramah

Ketahui cabaran membuat ‘foot tracker’ dalam game VR bersama John Coleman CFO Vertigo Games!

March 25, 2023
Next Post
China membuka mulut mengenai isu untuk ban Waifu, BL, dan seangkatanya!

China membuka mulut mengenai isu untuk ban Waifu, BL, dan seangkatanya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

Kengan Ashura Season 2 akan hadir September 2023, hanya di Netflix!

Kengan Ashura Season 2 akan hadir September 2023, hanya di Netflix!

by Razin Syafiq
March 23, 2023
0

Selepas 3 tahun berehat, anime Kengan Ashura nampaknya sudah siap bersedia untuk membuat comeback! Hari ini, kita telah dapat pengesahan rasmi...

Anime My Hero Academia Sah Mendapat Musim 7! Pertarungan Dengan All For One Bersambung!

Anime My Hero Academia Sah Mendapat Musim 7! Pertarungan Dengan All For One Bersambung!

by Maira
March 23, 2023
0

Pertarungan antara Hero dan Villain masih belum tamat dengan All For One sedang melengkapkan badannya dengan Shigaraki. Orang ramai pula...

KamiErabi GOD.app — Anime Original Terbaru Oleh Pencipta NieR:Automata Diumumkan!

KamiErabi GOD.app — Anime Original Terbaru Oleh Pencipta NieR:Automata Diumumkan!

by Maira
March 23, 2023
0

Banyak betul pengumuman anime baharu untuk bulan ini. Belum masuk lagi pengumuman semasa acara Anime Japan 2023 pada hujung minggu...

Anime Rurouni Kenshin Baru Akan Tayang Julai Ini! Visual Baru Didedahkan!

Anime Rurouni Kenshin Baru Akan Tayang Julai Ini! Visual Baru Didedahkan!

by Maira
March 23, 2023
0

Setelah pendedahan semasa Jump Festa 23, projek anime reboot untuk siri Rurouni Kenshin akhirnya mendedahkan tarikh tayangannya. Diumumkan melalui Twitter...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In