Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Senarai game percuma PlayStation Plus untuk Jun 2021 didedahkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 27, 2021
in Artikel, Berita, Game Percuma, PS4, PS5
0 0
0
Senarai game percuma PlayStation Plus untuk Jun 2021 didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Permainan percuma PlayStation Plus yang dirancang untuk bulan Jun 2021 telah didedahkan di mana pelanggan PlayStation Plus dapat menantikan tiga permainan hebat bermula bulan depan. Sony mengumumkan hari ini bahawa pelanggan akan mendapat Operation: Tango, Virtua Fighter 5: Ultimate Showdown, dan Star Wars: Squadrons secara percuma pada bulan Jun selagi mereka mempunyai langganan aktif. Setiap permainan boleh dimuat turun pada 1 Jun.

Your PlayStation Plus games for June: Operation: Tango, Virtua Fighter 5: Ultimate Showdown, Star Wars: Squadrons. Available starting June 1: https://t.co/PbSrubWFTr pic.twitter.com/LjadkCT1CC

— PlayStation (@PlayStation) May 26, 2021

Star Wars: Squadrons dan Virtua Fighter 5: Ultimate Showdown adalah dua permainan yang mungkin ramai sudah kenal, tetapi jangan pandang rendah pada Operation: Tango, yang hanya boleh dimuat turun di PlayStation 5. Berikut adalah info untuk setiap permainan:

Operation: Tango

“Bekerjasama untuk menyelamatkan dunia dalam “cooperative spy adventure” ini. Cabar diri sendiri dan rakan-rakan untuk bersaing dalam talian demi menyelesaikan misi berbahaya di seluruh dunia dalam dunia berteknologi tinggi. Gabungkan sejumlah kemahiran dari sudut pandangan yang berbeza – bermain sama ada Hacker atau Agent – untuk mengatasi cabaran asimetri, dengan hanya suara anda untuk menghubungkan anda. Kerja berpasukan sangat penting, dan komunikasi adalah kunci! Operation: Tango menghendaki kedua-dua pemain untuk mempunyai akses ke mikrofon yang berfungsi.”

Virtua Fighter 5: Ultimate Showdown

“Permainan ikonik ‘one-on-one’ Sega telah mendapat remaster, diawasi oleh pembangun Ryu Ga Gotoku Studio. Membuat debut di PlayStation Plus dan PlayStation Now, mana-mana veteran dan pendatang baru Virtua Fighter dapat menguji mod dalam talian baru seperti ‘ranked match’, kejohanan dan liga, sambil menikmati visual yang diperbaiki dan UI yang direka bentuk semula.”

Star Wars: Squadron

“Kuasai seni pertempuran starfighter, dan pelajari apa ertinya menjadi juruterbang dalam kisah Star Wars yang mengasyikkan setelah peristiwa Return of the Jedi yang dilihat dari perspektif dua pihak. New Republic memperjuangkan kebebasan. Empire ingin memerintah. Kendalikan kenderaan ikonik seperti pesawat tempur X-wing dan TIE, ubahsuai senjata dan kosmetik, bahagikan kuasa antara senjata, perisai dan mesin. Anda juga akan mempunyai pilihan untuk bermain secara realiti maya di PS VR!”

Permainan PlayStation Plus percuma bulan Jun 2021 akan tersedia mulai 1 Jun. Untuk segala liputan kami tentang PlayStation, sila tekan pautan ini.

Sumber – PlayStation

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Jun 2021Operation: TangoPlayStation plusStar Wars: SquadronsVirtua Fighter 5: Ultimate Showdown
Previous Post

Jualan SEGA Sale di PS Store dengan diskaun tawaran sehingga 80%!

Next Post

Tajuk baru Dying Light 2: Stay Human nampaknya didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

My Hero Academia: All’s Justice – Fighting Game Baharu Memfokuskan Pada Final Arc!
Berita

My Hero Academia: All’s Justice – Fighting Game Baharu Memfokuskan Pada Final Arc!

July 3, 2025
Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang
Review

Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang

NVIDIA Akan Tamatkan Driver Support untuk GPU GTX 700, 900 & 1000
Teknologi

NVIDIA Akan Tamatkan Driver Support untuk GPU GTX 700, 900 & 1000

July 2, 2025
Next Post
Tajuk baru Dying Light 2: Stay Human nampaknya didedahkan!

Tajuk baru Dying Light 2: Stay Human nampaknya didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd