Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Semua dalam satu pakej! Batman: Arkham Trilogy akan keluar di Nintendo Switch!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 22, 2023
in Action, Artikel, Berita, Nintendo Switch, Open World
0 0
0
Semua dalam satu pakej! Batman: Arkham Trilogy akan keluar di Nintendo Switch!
Share on FacebookShare on Twitter

Didedahkan semalam di acara siaran Nintendo Direct, Warner Bros. Games telah mengumumkan Batman: Arkham Trilogy untuk platform Nintendo Switch. Ini berita baik buat peminat Batman kerana trilogi ini mengandungi game “Batman: Arkham Asylum“, “Batman: Arkham City” dan “Batman: Arkham Knight” termasuk semua DLC yang dikeluarkan sebelum ini untuk ketiga-tiga judul.

Tarikh keluaran tepat tidak diberi tetapi ia pasti akan dilancarkan pada musim luruh ini (sekitar September – Disember).

Kredit: Warner Bros. Games

Dibangunkan oleh Rocksteady Studios dan dikeluarkan pada tahun 2009, Batman: Arkham Asylum adalah tempat semuanya bermula. Game ini menetapkan asal-usul “DC Arkhamverse”, dan memperkenalkan pemain kepada pengembaraan unik, gelap dan atmosfera di Arkham Asylum yang terkenal.

Menampilkan jalan cerita original, pemain harus bergerak dalam bayang-bayang sebagai Batman dan berhadapan dengan penjahat terkenal seperti The Joker, Harley Quinn, Bane, Killer Croc, Poison Ivy dan Scarecrow, yang telah mengambil alih asylum itu.

Kredit: Warner Bros. Games

Batman: Arkham City pula ialah sekuel pada 2011 yang meneruskan kisah sengit Batman daripada Arkham Asylum. Dalam game ini, pemain akan meneroka Arkham City yang luas—”rumah” kepada semua samseng, gengster dan dalang penjenayah gila.

Menampilkan lebih banyak penjahat berbahaya dan juga beberapa muka lama termasuk Catwoman, The Joker, The Riddler, Two-Face, Harley Quinn, The Penguin, Mr. Freeze dan ramai lagi, game ini membolehkan pemain menjadi The Dark Knight dan berikan keadilan kepada mereka yang jahat dalam Arkham City.

Kredit: Warner Bros. Games

Batman: Arkham Knight merupakan finale kepada Arkhamverse pada 2015. Dalam kesimpulan epik ini, nasib Gotham City kini dalam ancaman apabila Scarecrow bekerjasama dengan Arkham Knight, yang membuat debut jahatnya dalam DC Batman Universe . Mereka berdua ditemani oleh ramai lagi penjahat terkenal termasuk Harley Quinn, The Penguin, Two-Face, Firefly, dan Riddler.

Nasib baik Batman tidak keseorangan kerana sekutu terdekatnya, Commissioner Gordon, Oracle, Alfred, Lucius Fox, Catwoman, Robin, dan Nightwing sanggup membantu untuk menyelamatkan kota. Game ini memberi pengalaman Batman lengkap kepada pemain dengan Batmobile yang boleh dipandu sepenuhnya di seluruh dunia permainan dan mampu mengubah daripada Pursuit Mode yang berkelajuan tinggi ke Battle Mode gred tentera.


Batman: Arkham Trilogy untuk platform Nintendo Switch akan dilancarkan pada musim luruh ini (sekitar September – Disember). Baca segala liputan kami tentang Batman di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: batmanBatman: Arkham Trilogynintendo switch
ShareTweetSend
Previous Post

Fate/Samurai Remnant akan dilancarkan pada 28 September – gameplay pertama dipamerkan!

Next Post

Jom lawat ‘Final Fantasy XVI Launch Exhibition’ di Sunway Pyramid! Mula hari ini hingga 2 Julai 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Shadow Labyrinth – Perubahan Yang Gelap Pada Sebuah Ikon Retro!
Preview

Previu Shadow Labyrinth – Perubahan Yang Gelap Pada Sebuah Ikon Retro!

May 12, 2025
Reviu ROG Flow Z13 (2025) – Siapa Kata Tablet Tidak Boleh Gaming?
Review

Reviu ROG Flow Z13 (2025) – Siapa Kata Tablet Tidak Boleh Gaming?

May 12, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Next Post
Jom lawat ‘Final Fantasy XVI Launch Exhibition’ di Sunway Pyramid! Mula hari ini hingga 2 Julai 2023!

Jom lawat 'Final Fantasy XVI Launch Exhibition' di Sunway Pyramid! Mula hari ini hingga 2 Julai 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd