Untuk acara media ulang tahun ke-10 League of Legends, kami mendapat peluang untuk melakukan beberapa wawancara bersama nama-nama besar di Riot Games. Anda boleh membaca temuramah kami bersama Jia Tan (Art Director, R&D) dan Jane Chen (In-Game Product Lead) di sini, atau temuramah bersama Chris Tran (Head Of Esports) dan Marc Johns (Head of Marketing) di sini. Kali ini kami dapat berjumpa dua lagi insan istimewa iaitu Justin Hulog yang merupakan General Manager di Riot Games untuk SEA dan Taiwan dan Jennifer Poulson yang memegang jawatan Head of Growth & Launch. Kami bertemu dan mengadakan sesi soal jawab pendek untuk lebih memahami rancangan Riot Games pada masa depan. Ayuhh!
Dengan semua produk-produk baru berdasarkan IP League of Legends, kami ingin tahu pandangan mereka tentang potensi Asia Tenggara, terutamanya apabila bersaing dengan permainan video lain. Mobile Legends muncul di fikiran sebagai salah satu pesaingnya. Jennifer mengatakan bahawa mereka melihat potensi yang besar di rantau ini, lantas menjadikan SEA sebagai pasaran tumpuan.
Mereka mahu portfolio yang lebih besar sebagai sebuah syarikat permainan, supaya mereka dapat menawarkan pengalaman yang berbeza kepada pemain. Mereka mahu sesuatu yang boleh dipadankan dengan gaya permainan yang berbeza, lebih-lebih lagi pelantar mudah alih. Mereka faham pasaran mudah alih sangat luas di SEA, jadi fokus yang lebih besar adalah lebih berbaloi demi menyampaikan jenis permainan tersebut kepada pemain di rantau ini.
Bagi matlamat tahun ini, mereka mahu mengumumkan permainan mereka dahulu, yang sudahpun selesai.
“Mengumumkan dan memberitahu orang tentang pipeline kami adalah langkah pertama supaya kita boleh mula memulakan perbualan dan mula memikirkan bagaimana kami meletakkan pasukan yang tepat di SEA dengan betul. Kami sedang mencari bakat terbaik dalam permainan video di SEA untuk datang dan menyertai pasukan kami supaya kami lebih tahu memikirkan cara untuk menyampaikan permainan kami dengan berkesan,” mereka kata.
Adakah kita akan melihat pejabat di Malaysia? Mereka fikir bahawa tidak perlu untuk mempunyai kehadiran fizikal, dan percaya ia lebih penting untuk mendengar dan bercakap dengan pemain, kemudian mendapatkan maklum balas tersebut kepada developer permainan untuk melaksanakan perubahan. Walau bagaimanapun, mereka akan bermula dengan ibu pejabat di Singapura.
Dari situ, mereka akan memikirkan proses komunikasi, sebelum mendirikan pejabat di tempat lain. Lagipun, banyak pasukan kini berpangkalan di Los Angeles, dan mempunyai cawangan Singapura adalah langkah untuk melibatkan diri dalam SEA bagi membangunkan permainan mereka. Walaupun Garena akan terus menerbitkan League of Legends, Riot akan menerbitkan seluruh permainan mereka secara sendiri.
Berkenaan masa depan League of Legends pada 10 tahun akan datang, Justin bercakap Riot tidak mengganggap permainan video mempunyai “lifecycle” yang ditetapkan, maka dekad berikut akan dinilai dalam kekuatan hubungan mereka bersama masyarakat. Menjadikan Teamfight Tactics sebagai contoh, ia berjaya menjadi permainan video yang digemari terima kasih kepada sambutan masyarakat yang hebat. Masa depan League of Legends bergantung kepada mewujudkan hubungan yang intim di antara mereka sebagai sebuah syarikat, dan dengan pemain, dan dengan mereka di SEA.
Ia juga tentang memperluaskan pasaran dan IP keseluruhan. Permainan akan terus berkembang dalam cara yang masyarakat mahu, dan jalan cerita lain akan dibuka pada masa akan datang. Dengan cara itu, orang boleh masuk ke alam League of Legends dalam masa terdekat melalui cara ini.
Bagi pihak Wild Rift, mereka tidak dapat menjawab dengan jelas tentang Kejohanan Dunia yang berbeza bagi permainan mudah alih itu dan PC League dan menjelaskan bahawa mempunyai playerbase yang kuat lebih diperlukan sebelum ekosistem esport yang kuat. Kesihatan permainan perlu diberi keutamaan sebelum membentuk adegan e-sukan.
Acara dan pejabat di Singapura adalah satu langkah ke arah meningkatkan komunikasi. Mereka mengakui sukar bagi Garena untuk melayan pemain di rantau ini. Mereka tidak boleh memberikan butiran yang lebih spesifik, tetapi struktur masa depan dikatakan “lebih direct”. Pada masa yang sama, mereka akan terus bekerjasama dengan Garena. Mereka tidak mahu menghadkan pemain ke forum tertentu di SEA, dan berniat untuk membina pasukan bagi berkomunikasi dengan pemain di platform komunikasi pilihan mereka. Forum itu sendiri tidak penting; komunikasi yang boleh membawa perubahan.
Localization juga dalam rancangan. Butiran tepat bergantung pada permainan. Wild Rift bertujuan untuk keluar di China, jadi sudah pasti ia akan keluar dalam bahasa Cina. Bergantung kepada apa yang pemain inginkan, lebih banyak bahasa tempatan boleh diusahakan.
Peminat mesti seronok kan kerana banyak permainan video League of Legends untuk dinikmati pada tahun-tahun akan datang. Pada masa yang sama, pemain pun dapat melihat ke masa depan yang lebih baik kerana peluang untuk menyuarakan pendapatan lebih bebas. Apa pendapat awak tentang keputusan Riot Games?
@gamersantaimy
Discussion about this post