BANDAI NAMCO Entertainment Asia dah umumkan JUMP FORCE akan diterbitkan dalam bahasa Thai untuk region Asia Tenggara (Malaysia, Singapore, Thailand, Filipina, Indonesia). Ini juga merupakan game konsol pertama terbitan BANDAI NAMCO Entertainment Inc yang ada ada bahasa Thai. Bakal keluar kat PS4 14 Febuari 2019 dan 15 Feb 2019 untuk Xbox One dan PC.
Rainel Tan, GM BANDAI NAMCO Entertainment Asia kata diorang akui yang Thailand adalah salah satu market yang memang aktif dan diorang rasa versi Thai memang penting.
BANDAI NAMCO Entertainment Asia pun dah umumkan penambahan character baru lagi iaitu Ryo Saeba (City Hunter) dan Kenshiro (Fist of the North Star) dalam JUMP FORCE.
Ryo Saeba watak utama dalam City Hunter dan telah menubuhkan team “City Hunter” di Tokyo yang kemudiannya dia menjadi penembak tepat yang terkenal kerana kemampuannya melakukan “one-hole-shot”. Dia juga pakar dalam tempur hand-to-hand.
Kenshiro pulak hero cite Fist of the North Star. Berlatarkan dunia post apocalyptic, dia menggunakan Hokuto Shinken, satu seni pertahanan diri yang mengeksploitasi mata urat badan manusia.
Collector’s Edition
Edisi Collector’s Edition juga telah di umumkan. Siapa beli akan dapat:
- Game JUMP FORCE
- Diorama Luffy, Goku, Naruto (30cm)
- Steelbook
- Season Pass: Tambah 9 character
- 3 art board
Bonus Pre-order Day-1
Digital Bonus pun ada weh kalau pre-order digital version. Kandungan dia adalah:
- Vehicle kat Lobby – Frieza’s Hover Pod
- Avatar Ekslusif Costumes – 3 design
- T-Shirt Shonen Jump Avatar T-Shirt
- PS4 Theme
BANDAI NAMCO Entertainment Asia sertai Thailand Gameshow 2018 yang sedang berlansung sekarang, booth diorang nombor P12. Acara sedang berlansung di Siam Paragon, Royal Paragon Hall. Harini last event dia. Diorang akan kasi up demo untuk games ACE COMBAT 7, GOD EATER 3, Tales of Vesperia: Definitive Edition dan lain-lain.
Producer JUMP FORCE Koji Nakajuma pun akan buat penampilan harini, pukul 2:30 kang. Kalau nak info lagi update, tunggu stage time kang.
Just nak recap, JUMP FORCE adalah game yang akan kumpulkan semua anime/manga dari komik Shonen Jump macam ONE PICE, DRAGON BALL dan NARUTO. Dengan sistem battle tag team 3 lawan 3, korang akan bertempur kat lokasi-lokasi terkenal macam Times Square New York dan Matterhorn. Tambah lagi guna Unreal Engine 4, lagi mantap la nampaknya.
14 Febuari 2019 akan terbit versi English dan Thai dengan voice-over Jepun untuk Asia Tenggara untuk PS4 dan Xbox One. PC via STEAM dapat esoknya..
@gamersantaimy
Discussion about this post