Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Seluruh Koleksi Kingdom Hearts Akan Datang Ke Steam Pada 13 Jun

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 21, 2024
in ARPG, Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
Seluruh Koleksi Kingdom Hearts Akan Datang Ke Steam Pada 13 Jun
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Square Enix mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan versi PC untuk Kingdom Hearts HD 1.5 + 2.5 ReMIX, Kingdom Hearts HD 2.8 Final Chapter Prologue, dan Kingdom Hearts III + Re Mind melalui Steam pada 13 Jun. Setiap satu boleh dibeli secara individu, atau bersama sebagai koleksi Kingdom Hearts Integrum Masterpiece. Sebelum ini, setiap game di atas hanya tersedia untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui Epic Games Store, serta Nintendo Switch dalam versi cloud.

Sebagai bonus, sesiapa yang membeli Kingdom Hearts III + Re Mind atau koleksi Kingdom Hearts Integrum Masterpiece di Steam akan diberi Keyblade eksklusif baharu: “Dead of Night”.

Kingdom Hearts is coming to Steam!#KingdomHearts HD 1.5 + 2.5 ReMIX, HD 2.8 Final Chapter Prologue and Kingdom Hearts III + Re Mind (DLC) launch on June 13th 👑 pic.twitter.com/vueQXoE3Nx

— KINGDOM HEARTS (@KINGDOMHEARTS) May 21, 2024

Bagi mereka yang tidak tahu, Kingdom Hearts adalah siri aksi RPG yang dicipta oleh Tetsuya Nomura dan Shinji Hashimoto. Merupakan kerjasama antara Square Enix dan The Walt Disney Company, game ini menampilkan kisah watak utama Sora dan pertemuannya dengan pelbagai watak yang berasal daripada dunia Disney, Final Fantasy, The World Ends with You dan Einhänder.

Secara lebih khusus, anda akan mengalami “Dark Seeker Saga” dan bermain daripada permulaan Sora di Destiny Islands, pertemuannya dengan Donald Duck dan Goofy, dan akhirnya pertempuran klimaks mereka melawan kuasa kegelapan.

Berikut adalah butiran tentang setiap game:

Kingdom Hearts HD 1.5 + 2.5 ReMIX

  • Kingdom Hearts Final Mix – Game yang memulakan semuanya, dibuat semula dengan visual definisi tinggi, kawalan yang dikemas kini, runut bunyi yang diolah semula dan banyak lagi. Inilah game yang memperkenalkan kami kepada Sora.
  • Kingdom Hearts Re:Chain of Memories – Berlatarbelakangkan peristiwa game pertama, Sora, Donald dan Goofy memasuki Castle Oblivion yang misteri dan memulakan pengembaraan baharu!
  • Kingdom Hearts 358/2 Days (HD Remastered Cinematics) – Cerita ini memfokuskan pada Roxas, watak baharu yang mempunyai hubungan istimewa dengan Sora. Kompilasi ini menampilkan sinematik daripada game original, dipertingkatkan dengan teks tambahan dan dibuat semula dalam definisi tinggi.
  • Kingdom Hearts II Final Mix – Game utama kedua yang menyatukan semula Sora, Donald dan Goofy dalam pengembaraan epik merentasi beberapa dunia Disney yang tidak dijangka dalam siri ini seperti Tron.
  • Kingdom Hearts Birth by Sleep Final Mix – Game ini kembali ke masa sebelum Sora dan mengalihkan tumpuan kepada tiga watak baharu: Terra, Ventus dan Aqua, serta dianggap sebagai game kegemaran oleh peminat.
  • Kingdom Hearts Re:Coded (HD Remastered Cinematics) – Kisah berteknologi ini membawa Data Sora ke dunia digital untuk mencari jawapan tentang suatu mesej samar. Kompilasi ini hanya menampilkan sinematik yang dikemas kini sahaja.

Kingdom Hearts HD 2.8 Final Chapter Prologue

  • Kingdom Hearts Dream Drop Distance HD – Sora dan Riku mengambil peperiksaan Mark of Mastery untuk menjadi pemegang keyblade sejati.
  • Kingdom Hearts 0.2 Birth by Sleep -A fragmentary passage- – Dibuat khusus untuk koleksi ini, episod ini mengisahkan tentang Aqua, berikutan penamat dramatik Birth by Sleep. Ia merupakan pengembaraan pendek yang bersambung terus ke Kingdom Hearts III.
  • Kingdom Hearts χ Back Cover (movie) – Filem definisi tinggi yang mencerita sejarah sebelum Birth by Sleep. Ia menceritakan kisah Foreteller – tetapi siapakah mereka dan apakah peranan mereka dalam siri Kingdom Hearts?

Kingdom Hearts III + Re Mind (DLC)

Dark Seeker Saga mencapai klimaksnya dalam Kingdom Hearts III. Para Guardians of Light berkumpul untuk pertarungan terakhir melawan kuasa kegelapan.

Walau bagaimanapun, sebelum itu, Sora mesti melalui sejumlah dunia baru Disney dan Pixar. Dia akan bekerjasama dengan Buzz dan Woody untuk meneroka kedai mainan, merungkai plot jahat berkaitan Rapunzel, terbang merentasi langit San Fransokyo dengan Baymax, dan banyak lagi.

Versi PC juga termasuk DLC “Re Mind” sebagai standard. Ia menampilkan kandungan cerita tambahan, pertarungan bos paling sukar dalam keseluruhan siri, dan banyak ciri tambahan, termasuk modifikasi gameplay dan galeri foto.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Kingdom HeartsPCsteam
ShareTweetSend
Previous Post

Masa Depan Cerah Untuk Monster Hunter Stories – Interviu Bersama Produser Akira Yoshihiro

Next Post

Sekuel Stellar Blade & Versi PC Dalam Rancangan, Game Baru ‘Project Witches’ Sedang Diusahakan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

SHINOBI: Art of Vengeance – Pengalaman Aksi Ninja Dibuatnya Sepenuhnya Dengan Lukisan Tangan
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Pengalaman Aksi Ninja Dibuatnya Sepenuhnya Dengan Lukisan Tangan

May 16, 2025
Civilization: Eras & Allies Catat Lebih 1.2 Juta Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran
Berita

Civilization: Eras & Allies Catat Lebih 1.2 Juta Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran

May 16, 2025
Konsert Stardew Valley: Festival of Seasons Bakal Memukau Malaysia Dengan Persembahan Muzikal
Konsert

Konsert Stardew Valley: Festival of Seasons Bakal Memukau Malaysia Dengan Persembahan Muzikal

May 16, 2025
Next Post
Sekuel Stellar Blade & Versi PC Dalam Rancangan, Game Baru ‘Project Witches’ Sedang Diusahakan

Sekuel Stellar Blade & Versi PC Dalam Rancangan, Game Baru 'Project Witches' Sedang Diusahakan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd