Pada pertengahan Mei 2024, Capcom mengumumkan bahawa judul RPG turn-based ‘Monster Hunter Stories‘ akan dilancarkan di platform baharu: Nintendo Switch, PlayStation 4, dan PC melalui Steam pada 14 Jun 2024. Di sini, kami berjaya mendapat peluang interviu bersama Akira Yoshihiro, produser bagi siri game ini dan bertanya tentang hala tuju semasa, kandungan akan datang, dan harapannya pada masa depan bagi Monster Hunter Stories.
Sebagai konteks, game ini asalnya dikeluarkan di Nintendo 3DS, tetapi kini sebanyak tiga versi berbeza akan tersedia pada hari pelancaran termasuk Monster Hunter Stories Standard Edition, Monster Hunter Stories Collection (1+2), dan Monster Hunter Stories Deluxe Collection.
Tanpa melengahkan masa, berikut adalah isi interviu:
Baru-baru ini, terdapat undian untuk menentukan Monstie Kegemaran Para Pemain sempena ulang tahun ke-20 siri Monster Hunter Adakah anda rasa pilihan utama akan mempengaruhi siri ini pada masa hadapan?

Akira Yoshihiro: Saya tidak akan menjawab soalan yang berkaitan dengan sekuel atau game baharu, tetapi untuk menggunakan dua game lalu sebagai contoh, matlamat utama siri “Monster Hunter Stories” adalah “untuk memiliki semua Monstie yang muncul dalam Monster Hunter”.
Jika kita mengutamakan matlamat itu, kita boleh membangunkan game pada kos yang lebih rendah; bagaimanapun, dasar pembangunan siri ini berlandaskan ‘penghormatan yang mendalam terhadap Monster Hunter’. Kami ingin memastikan bahawa setiap Monstie adalah unik, jadi walaupun terdapat had kepada jumlah Monstie yang boleh muncul dalam siri ini, kami cuba memasukkan seberapa banyak Monstie yang mungkin.
Siri Monster Hunter Stories mempunyai beberapa medium. Daripada game seperti Monster Hunter Stories hingga Monster Hunter Stories 2 dan Monster Hunter Rider, dan juga anime Monster Hunter Stories: Ride On. Pada pendapat anda, bagaimanakah perkembangan siri Monster Hunter Stories pada masa hadapan?

Akira Yoshihiro: Saya sanggup menyahut cabaran jika ada peluang.
Siri “Monster Hunter Stories” ialah RPG yang dicipta supaya mereka yang tidak mahir dalam game aksi boleh menikmati dunia “Monster Hunter,” dan telah dimulakan dengan matlamat untuk menjadi salah satu pintu masuk ke francais Monster Hunter yang besar.
Kami berharap bahawa pelbagai pemain, termasuk mereka yang menikmati RPG (terutamanya RPG command battle) dan mereka yang menyukai elemen pemupukan, akan menikmati game ini, dan siri ‘Monster Hunter Stories’ akan menyemarakkan semangat baru untuk ‘Monster Hunter’.
Kami berharap siri “Monster Hunter Stories” akan menjadi pemangkin untuk orang ramai jatuh cinta dengan “Monster Hunter”.
Long Sword mempunyai penggunaan tertinggi dalam hampir setiap judul Monster Hunter. Menariknya, kedua-dua Monster Hunter Stories dan Monster Hunter Stories 2 tidak menampilkan senjata itu sama sekali. Apakah pendapat anda?

Akira Yoshihiro: Kita sudah tentu sedar bahawa Long Sword adalah senjata yang popular.
Sebab kami tidak menggunakan Long Sword adalah kerana sukar untuk mendraf spesifikasi yang “tidak terlalu rumit, tetapi masih distingtif” untuk menggabungkan ciri-cirinya ke dalam command RPG.
Seperti yang dinyatakan dalam jawapan kami kepada soalan sebelum, siri “Monster Hunter Stories” telah dicipta dengan penekanan untuk membuatkan Monster Hunter menyeronokkan bagi pelbagai pemain, dan kami tidak mahu membuat spesifikasi terlalu rumit, walaupun boleh membuat ia unik.
Monster Hunter Stories sudah lama dikeluarkan di Nintendo 3DS, dan juga pada platform mobile. Saya ingin tahu apakah sebab di sebalik keputusan membawa Monster Hunter Stories ke platform baharu?

Akira Yoshihiro: Hakikat bahawa “Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin” dikeluarkan pada tahun 2021 merupakan faktor utama kejayaannya dengan begitu ramai pemain di seluruh dunia.
Dengan tamatnya jualan digital dan perkhidmatan network untuk Nintendo 3DS, sukar bagi pemain untuk bermain siri ini pada konsol game, jadi kami memutuskan untuk membawa game itu ke konsol terkini.
Untuk memastikan pemain dapat menikmati game di dalam siri ini dan untuk menarik minat mereka yang pernah bermain sekali untuk kembali, kami telah mencipta muzium baharu yang menampilkan lakonan suara bahasa Inggeris dan Jepun penuh, bahan semasa fasa pembangunan dan muzik latar belakang.
Walaupun Monster Hunter Stories 2 memberikan lebih banyak fleksibiliti kepada pemain untuk memilih slot gen semasa Rite of Channeling, Monster Hunter Stories original tidak mempunyai fleksibiliti itu. Adakah anda membuat sebarang pelarasan pada fleksibiliti untuk slot gen untuk Monster Hunter Stories?

Akira Yoshihiro: “Monster Hunter Stories” bertujuan untuk menjadi port resolusi tinggi bagi versi original, tanpa perubahan pada spesifikasi.
Tetapi ia bukan 100% sama. Beberapa peningkatan seperti grafik yang lebih cantik, lakonan suara penuh dan semua Title Update termasuk daripada game original disertakan dalam versi remaster akan datang.
Online co-op sentiasa mencabar apabila melakukannya secara solo dengan A.I. Battle Buddy, terutamanya apabila melakukan misi DLC yang lebih sukar. Adakah terdapat sebarang perubahan pada ciri ini seperti menambah baik A.I. atau statistik atau Monstie mereka?
Akira Yoshihiro: “Monster Hunter Stories” bertujuan untuk menjadi port resolusi tinggi bagi versi original, tanpa perubahan pada spesifikasi.
Tetapi ia bukan 100% sama. Beberapa peningkatan seperti grafik yang lebih cantik, lakonan suara penuh dan semua Title Update termasuk daripada game original disertakan dalam versi remaster akan datang.
Akhir sekali, adakah anda ingin berkongsi apa-apa dengan peminat Monster Hunter Stories di seluruh dunia?

Kami sangat gembira mendapat peluang ini untuk membawa semua orang kembali ke “Monster Hunter Stories”.
Pemain yang bermain “Monster Hunter Stories” pada masa lalu boleh menikmatinya semula dengan lakonan suara penuh dan ciri muzium, dan pemain yang hanya mengalami ‘Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin’ akan menemui dunia bersambung dengan watak yang dikenali!
Sememangnya, kami telah reka game untuk peminat ‘Monster Hunter’ menikmati sepenuhnya, dan kami berharap pemain baru akan jatuh cinta dengan siri ini melalui judul ini!

Ribuan terima kasih kepada Akira Yoshihiro kerana sudi menjawab soalan interviu kami – dan bagi mereka yang berminat, anda boleh prapesan ‘Monster Hunter Stories’ di Nintendo Switch, PlayStation 4, dan PC melalui Steam. Game ini akan dikeluarkan pada 14 Jun 2024.
@gamersantaimy
Discussion about this post