Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Selepas hampir setahun hilangkan diri, manhwa Tower of God akhirnya kembali bulan ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 7, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Selepas hampir setahun hilangkan diri, manhwa Tower of God akhirnya kembali bulan ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri manhwa Tower of God akhirnya akan kembali selepas hampir setahun mendiamkan diri dengan bab ke-69! Bakal mengeluarkan bab terbaru ini pada 16 Mei di Korea, siri ini Tower of God berada dalam keadaan hiatus pada Jun 2020, kerana pelukis mengalamai masalah kesihatan. Disahkan oleh Naver Webtoon, mereka mengemas kini deskripsi siri dan menyenaraikan tarikh pelepasan bab baru pada 17 Mei.

Tower of God will be on hiatus for another 6 months. SIU is currently dealing with some health issues and will need time to recover. We thank you all for your patience and continued support 💚https://t.co/MrlhOoMnJc

— WEBTOON (@webtoonofficial) December 16, 2020

Bagi mereka yang tidak tahu, Tower of God adalah manhwa Korea Selatan yang ditulis dan dilukis oleh S.I.U. Manwha ini telah bersiri di platform Naver Webtoon sejak 30 Jun 2010, dan telah diterbitkan oleh Young Com menjadi empat jilid hingga Jun 2020.

Tower of God menerima terjemahan rasmi dalam bahasa Inggeris oleh WEBTOON pada tahun 2014. Webtoon ini juga diadaptasikan menjadi permainan mudah alih dan siri anime Jepun yang dihasilkan oleh Telecom Animation Film dan ditayangkan sejak 1 April 2020 di platform Naver Series On.

Berikut adalah sinopsis:

Tower of God menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Baam ke-25, yang telah menghabiskan hidupnya terperangkap di bawah menara yang luas dan misteri dengan rakan karibnya, Rachel. Semasa Rachel memasuki The Tower, Baam berjaya membuka pintu masuk ke menara, dan mesti menghadapi pelbagai ujian di setiap tingkat sambil berusaha mencari Rachel.

Seiring dengan jalan cerita, pembaca secara beransur-ansur dapat memahami pengetahuan, sejarah, dan motivasi watak-watak dan puak-puak penting yang mendorong atau berusaha mengubah nasib The Tower, lebih dari 10,000 tahun. Misteri secara beransur-ansur terbongkar dan ditambahkan, ketika pembaca belajar tentang perjuangan dan kemenangan penduduk menara.

Sumber – Naver Webtoon

Tags: manhwaNaver WebtoonTower of GodWebtoon
Previous Post

Review Razer Blade 15 Advanced (2021): Laptop Razer pertama dengan GPU RTX 30-Series!

Next Post

Dapatkan Bomber Jacket dan Baju-T sempena Kempen Gaya Raya Bersama ROG!!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Dapatkan Bomber Jacket dan Baju-T sempena Kempen Gaya Raya Bersama ROG!!

Dapatkan Bomber Jacket dan Baju-T sempena Kempen Gaya Raya Bersama ROG!!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd