Setiap kali seorang watak Dragon Ball mencapai tahap kuasa yang lebih kuat, mereka cenderung untuk datang dengan penampilan baru yang lebih canggih. Itu sebahagian daripada sebab mengapa peminat masih meminati francais ini walaupun sudah bertahun-tahun.
Bangsa Saiyan mempunyai transformasi paling banyak dan walaupun Goku adalah individu pertama untuk mencapai tahap Super Saiyan, banyak watak lain telah mencapai tahap yang lebih tinggi sepanjang siri ini seperti Cell dan Zamasu yang berjaya dapatkan bentuk Super Saiyan melalui kaedah lain. Sekarang! Mari kita kaji setiap siri bermula daripada Dragon Ball Z, Dragon Ball GT dan yang terbaru Dragon Ball Super untuk melihat setiap transformasi yang boleh dimiliki oleh seorang Saiyan.
Super Saiyan
Setiap peminat Dragon Ball mesti ingat bagaimana Goku berubah menjadi Super Saiyan buat kali pertama. Seorang Saiyan hanya dapat mencapai keadaan ini melalui latihan berterusan atau reaksi emosional yang kuat. Untuk Goku, ia bangkit selepas dia melihat Krillin dibunuh. Untuk Vegeta, ia bangkit kerana kemarahan yang melampau selepas mendapati bahawa Goku dan Trunks mencapai bentuk ini dahulu.
Dalam bentuk ini, perbezaan utama yang kamu boleh lihat adalah rambut Saiyan dan warna mata mereka. Rambut mereka akan berdiri tegak dan bertukar menjadi warna kuning manakala mata mereka akan berubah warna hijau biru. Bentuk Super Saiyan juga memaparkan aura emas, yang direka oleh Akira Toriyama untuk memudahkan kerja animasi Goku. Menurut Daizenshuu, kuasa Super Saiyan mengandakan kuasa seorang individu hingga 50X.
Super Saiyan 2
Walaupun Cell Saga penuh dengan pelbagai transformasi baru, tidak satu yang lebih hebat daripada Super Saiyan 2. Gohan telah tewas dan Cell memilih untuk menyeksa Gohan dengan membunuh rakan-rakannya. Matlamat Cell adalah untuk melihat kuasa tersembunyi Gohan.
Gohan tidak menghampakan Cell. Dalam bentuk Super Saiyan 2, rambut pendek Gohan telah tumbuh makin panjang dan lebih tajam. Ki beliau kini menghasilkan kilat di sekeliling, dan kekuatan serta kelajuannya meningkat dengan ketara. Super Saiyan 2 adalah 2X lebih kuat daripada Super Saiyan biasa, jadi ia mengandakan kekuatan asas sebanyak 100X kali daripada jumlah biasa.
Super Saiyan 3
Setakat ini hanya dua watak sahaja yang menampilkan bentuk Super Saiyan 3. Yang pertama adalah Goku dan dia menggunakan Super Saiyan 3 semasa bertarung dengan Buu. Yang kedua ialah Gotenks, yang menggunakan kuasa ini selepas melihat Goku berubah. Transformasi ini berubah secara drastik dari kedua bentuk yang pertama. Rambut mereka tumbuh makin panjang dan lebat hingga cecah pinggang dan mereka juga kehilangan kening yang memberi penampilan lebih ganas.
Kedua-dua Goku dan Gotenks dengan mudah boleh mengalahkan Buu dalam bentuk ini. Kelemahannya ialah ia memerlukan jumlah tenaga yang besar dan oleh itu tidak dapat dikekalkan untuk jangka masa yang lama. Yang membezakan Super Saiyan 3 dan Super Saiyan 2 ialah ia meningkatkan kelajuan, kekuatan, dan ketahanan melebihi had Super Saiyan 2.
Super Saiyan 4
Untuk tempoh yang lama, Super Saiyan 4 merupakan transformasi terakhir dalam siri. Ia dicapai apabila seorang Saiyan berjaya mengawal mental mereka sepenuhnya semasa dalam bentuk Golden Great Ape. Dalam bentuk ini, rambut Saiyan kembali ke warna hitam asal, tetapi bertambah panjang hingga sekitar bahu. Sempena tema monyet, individu tersebut juga akan tumbuh bulu merah di sekeliling badannya kecuali di bahagian dada. Satu barisan merah juga timbul di sekeliling mata mereka.
Hanya dua Saiyan yang mencapai transformasi ini. Goku dan Vegeta kedua-duanya mencapai di GT, dan fusion mereka, Gogeta juga mewarisi transformasi tersebut. Super Saiyan 4 dianggap 10X lebih kuat daripada Super Saiyan 3. Ini dibuktikan apabila Goku Super Saiyan 3 tidak dapat menewaskan Baby Vegeta, tetapi sebaik sahaja Goku berubah menjadi Super Saiyan 4, dia menjadi terlalu kuat sehingga Baby Vegeta tidak boleh menyakitinya.
Super Saiyan God
Goku dapat mencapai tahap ini menerusi ritual yang melibatkan lima Saiyan yang hatinya murni dan ikhlas. Dalam bentuk ini, rambutnya kembali ke bentuk normal tetapi daripada menjadi hitam tulen, rambut dan matanya menjadi merah. Rangka badannya juga menjadi lebih muda dan kurus. Dalam bentuk ini, seorang Saiyan mempunyai akses kepada God Ki. Vegeta juga mencapai tahap ini melalui latihan bersama Beerus dan Whis. Walaupun Vegeta tidak dapat mengalahkan Beerus, Goku dapat bersaing sengit dengan Beerus semasa dalam bentuk Super Saiyan God-nya dalam filem Battle of Gods.
Super Saiyan Blue
Apa yang akan berlaku apabila seorang Super Saiyan God berubah menjadi Super Saiyan? Mereka akan berubah kepada Super Saiyan God Super Saiyan. Panjang sangat kan namanya? Jadi Akira Toriyama memendekkan nama itu kepada Super Saiyan Blue.
Bentuknya menyerupai Super Saiyan biasa kecuali rambut kuning mereka digantikan dengan warna biru. Goku dan Vegeta kedua-duanya mampu mencapai bentuk ini, dan fusion mereka Vegito juga boleh menggunakan transformasi sama, seperti yang ditunjukkan semasa bertarung dengan Zamasu.
Menurut Dragon Ball Z: Extreme Butōden, Super Saiyan Blue adalah transformasi paling kuat antara semua bentuk Super Saiyan. Seperti Super Saiyan God, God Ki telah bergabung dengan kuasa Super Saiyan, lantas meningkatkan kuasa, kekuatan, dan kelajuan pengguna ke tahap yang lebih tinggi berbanding Super Saiyan sebelumnya.
Legendary Super Saiyan
Mitos menceritakan kisah seorang Saiyan yang dapat menggunakan transformasi ini dan mencapai kuasa yang tidak terhingga. Kisah-kisah inilah yang membuatkan Frieza takut kepada bangsa Saiyan hingga dia memutuskan untuk menghapuskan mereka. Ia mempunyai banyak perbezaan dari transformasi Super Saiyan biasa. Otot Saiyan tersebut akan tumbuh lebih besar tetapi ini tidak menjejaskan kelajuan mereka. Rambut mereka juga berubah warna hijau yang bertentangan dengan kuning asal Super Saiyan, dan mata mereka menjadi putih dengan kehilangan anak mata.
Pada mulanya, satu-satunya Saiyan untuk mencapai tahap ini ialah Broly di Broly – The Legendary Super Saiyan. Transformasi ini kemudian digunakan oleh seorang Saiyan dari Universe 6 bernama Kale yang mencapai perubahan legenda ini. Ia sukar untuk dikawal, tetapi mempunyai kuasa yang lebih kuat daripada Super Saiyan Blue. Ini boleh dilihat di filem terkini, Dragon Ball Super: Broly.
Ultra Instinct
Ini adalah bentuk terbaru dan paling berkuasa seorang Saiyan boleh mencapai, dan merupakan transformasi yang sesuai untuk menutup siri Dragon Ball Super. Goku menggunakan transformasi ini semasa penghujung Tournament of Power dan pada saat terakhir, berjaya menguasai Ultra Instinct-nya. Dalam bentuk ini, rambut dan mata Goku sepenuhnya berubah menjadi kelabu dengan matanya mengambil bentuk yang lebih berdefinsi serta dikelilingi aura biru kelabu yang seakan-akan api.
Dalam keadaan ini, kuasa Goku melonjak hingga melampaui batas, dan menjadikannya antara wira terkuat dalam sejarah, serta antara entiti paling berkuasa di multiverse. Bentuk ini didedahkan setaraf atau lebih kuat daripada God of Destruction dan perkara yang paling menonjol adalah bahawa ia memberikan Goku kawalan penuh ke atas kebolehannya, lalu menjadikan semua gerakannya lancar dan mampu mempertahankan diri serta menyerang dengan mudah.
@gamersantaimy
Discussion about this post