Woohooo!!! Pibeday kepada Starcraft. Hari ni, genap lah usia Starcraft yang ke 20 tahun. Agak-agak la kan, ada ke Blizzard nak bagi pape kepada player-player Starcraft ni??? Korang rasa??
Okay, menurut sumber sahih aku dari site Starcraft, ada beberapa hadiah yang akan diberi kepada korang yang memang kipas-susah-mati permainan game Blizzard. Jadi, meh aku listkan butiran hadiah dan cara untuk korang claim hadiah tu, okay?
- Starcraft : Remastered – Log in dekat game Stacraft : Remastered korang selepas 6 Mac untuk claim UI skin sebagai peringatan yang ke 20 tahun.
- Starcraft 2 – Log in game Starcraft 2 korang selepas 6 Mac untuk dapat UI skin spesial untuk setiap kaum,puak yang ada dalam Starcraft 2. Tambahan, kalau korang log in dari 6 Mac sampai 3 April, korang boleh dapat Potrait dan Decal.
- Diablo 3 – log in masuk ke Diblo 3 selepas 6 Mac untuk dapatkan Dominion’s Revenge.

- Overwatch – log in masuk ke Overwatch diantara 6 Mac sehingga 3 April untuk korang claim skin Widowmaker, Sarah Kerrigan Ghost Skin.
- World of Warcraft – log masuk ke World of Warcraft, diantara 31 Mac sampai 6 April, lepastu, korang kene tabik salah satu Starcraft-Themed companions pets – Zergling, Grunty, Mini Thor, Baneling, or Zeradar – untuk korang dapatkan “Salute to Starcraft” Feat of Strength
- Heroes of the Storm – log masuk ke Heroes of the Storm diantara Mac 27 sehingga 7 April dan dapatkan 20th Anniversary Potrait untuk Protoss, Terran and Zerg.
- Hearthstone – Main satu game yang bertemakan Starcraft Tavern Brawl untuk dapatkan tiga pack Kobolds and Catacomb. Dari tarikh Mac 21 sehingga 25.
Selain daripada tu, Blizzard jugak nak buat stream bertarikh 30 dan juga 31 Mac dan menjemput personalti Starcraft dari Twitch. Masa 31 Mac tu jugak, Blizzard akan keluarkan 1 video StarCraft is Life: A Celebration. Jadi, kepada korang kipas-susah-mati Blizzard, lepas Mac 6, korang da boleh start claim kesemua gift ni. okay? Info lanjut, korang boleh pegi ke website Starcraft sendiri.
@gamersantaimy
Discussion about this post