Untuk entri kali ni, aku nak cerita pasal game yang masih lagi dalam pre-alpha test, nama game tu Pheonix point. Game macam mana tu? Tembak-tembak ke? Ke game tangkap burung? Nak tahu, baca entri ni sampai habis. Aku akan perkenalkan game ni pada korang.
Nampak gaya map ni, mesti korang macam kenal kan game style macam ni? Okay, game ni datangnya dari pencipta X-COM. Alaaa, game tactics shooter tu, tapi kali ni, dia macam ada fused dengan game Fallout sikit, sebab dia macam ada sistem VATS. Kalau siapa-siapa kaki Fallout tu, korang faham la macam mana sistem VATS ni kan.
Game ni menceritakan tentang virus yang dinamakan ” Pandora Virus”, satu virus yang akan mutate life form dan cuba untuk menggabungkan DNA apa-apa sahaja life form dan mula proses klon dengan kadar yang sangat laju. Korang akan berlawan dengan ancaman makhluk asing yang bermutasi dan bertukar mengikut apa taktik peperangan korang. Bijak woi!
Secara amnye, korang boleh tengok game ni macam X-COM kan, tapi, apa yang aku rasa, AI dalam ni lebih bijak sebab ancaman musuh yang berubah-ubah mengikut taktik serangan korang. Jadi, kepada peminat atau kepada sesiapa ingin mencuba dan ingin mengetahui lanjut pasal game ni, korang boleh singgah website diorang Pheonix Point. Korang jugak boleh daftar untuk dapatkan Invitation atau pon, Pre-Order game Pheonix Point ni.
Tinggalkan komen korang dan bagitahu aku apa pendapat korang lepas tengok trailer ni.
@gamersantaimy
Discussion about this post