Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sekuel Kamen Rider W “FUUTO PI” Mendapat Stage Play! Pelakon Utama Didedahkan!

Maira by Maira
September 27, 2022
in Anime, Artikel, Tokusatsu
0 0
0
Sekuel Kamen Rider W “FUUTO PI” Mendapat Stage Play! Pelakon Utama Didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Kamen Rider mesti tengah seronok tonton siri anime FUUTO PI yang sedang ditayangkan. Nampaknya siri anime tersebut akan mendapat pementasannya tersendiri! Visual utama untuk stage play FUUTO PLAY juga telah didedahkan dengan pelakon-pelakon utama iaitu Masanari Wada sebagai Shotaro Hidari dan Tsubasa Kizu sebagai Philip. Anda boleh lihat visual tersebut di bawah:

Selain itu, staf-staf yang bertanggungjawab untuk stage play FUUTO PI juga telah didedahkan. Berikut adalah senarai staf buat masa ini:

  • Karya: Shotaro Ishinomori
  • Siri asal: “FUUTO PI” (diterbitkan oleh Shogakukan dalam majalah Weekly Big Comic Spirits)
  • Penyelia skrip: Riku Sanjo
  • Skrip: Shun Nishime, Nobuhiro Mori (Shonen Shachu)
  • Pengarah: Nobuhiro Mori (Shonen Shachu)
  • Muzik: Kōtarō Nakagawa, Shuhei Naruse
  • Dibintangi oleh: Masanari Wada, Tsubasa Kizu dan ramai lagi
  • Penerbit eksekutif: Hideaki Tsukada
  • Perancangan, pengeluaran: Toei

Untuk anda yang tidak mengenali siri ini, Fuuto PI merupakan sekuel kepada siri tokusatsu Kamen Rider W. Ia merupakan adaptasi daripada manga yang diterbitkan oleh Shogakukan pada 2017. Manga Fuuto PI ditulis oleh Riku Sanjou dan dilukis oleh Masaki Sato.

Berikut adalah sinopsis untuk Fuuto PI:

Angin tidak pernah berhenti meniup di bandar itu. Ia membawa segalanya. Tidak kiralah kegembiraan ataupun musibah. Begitulah bandar angin, Fuuto.

“Museum”, organisasi yang dahulunya menjadi ancaman bandar, telah pun dimusnahkan oleh Kamen Rider. Tetapi ada benda berbahaya yang telah dihasilkan dengan banyak iaitu “Gaia Memories”, yang masih disebarkan ke seluruh tempat, diagihkan secara rahsia di bandar Fuuto. Ini jugalah yang membuatkan ramai orang bertukar menjadi raksasa yang dipanggil “Dopant”.

Shotaro Hidari, seorang penyiasat persendirian dan Philip, penyiasat peribadi yang genius dan rakan kongsi Shotaro selama-lamanya. Hari ini di Narumi Detective Agency di mana mereka berdua bekerja telah mendapat permintaan yang pelik.

Apabila angin berhenti bertiup, bayang-bayang misteri telah mula bergerak di dalam bandar. Apabila Shotaro bertemu dengan Tokime, nasibnya mula berubah. Dan dengan itu kes baharu telah menyelubungi Shotaro dan Philip yang juga dikenali sebagai Kamen Rider W.

Siri anime Fuuto PI boleh ditonton melalui Muse Asia. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Kamen Rider daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: FUUTO PIkamen riderKamen Rider W
Previous Post

[Interview] Ketahui alasan di sebalik tabir Remake & Remaster bersama THQ Nordic!

Next Post

Pemain LoL boleh cari cinta sejati di Tinder, malangnya app tidak sokong Dota 2

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Pemain LoL boleh cari cinta sejati di Tinder, malangnya app tidak sokong Dota 2

Pemain LoL boleh cari cinta sejati di Tinder, malangnya app tidak sokong Dota 2

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd