Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pemain LoL boleh cari cinta sejati di Tinder, malangnya app tidak sokong Dota 2

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 27, 2022
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Multiplayer
0 0
0
Pemain LoL boleh cari cinta sejati di Tinder, malangnya app tidak sokong Dota 2
Share on FacebookShare on Twitter

Penambahan aplikasi moden seperti Tinder mengubah cara manusia bertemu cinta sejati di mana ia membolehkan kita bertemu dengan orang yang mempunyai minat sama seperti kita. Rupanya, Tinder juga boleh membantu pemain League of Legends (LoL) mencari cinta sejati tetapi tidak untuk Dota 2.

Secara lebih khusus lagi, baru-baru ini beberapa gamer mendapat tahu bahawa Tinder rasmi menyenaraikan League of Legends (LoL) sebagai ‘interest’ di samping aktiviti lain seperti membaca, memasak, bersenam, bermain game, anime, Kpop dan sebagainya – tetapi, malangnya game Dota 2 tidak disenaraikan.

  • Listing League of Legends
  • Listing Dota 2 tidak wujud

Selepas berita ini menjadi viral, seorang individu bernama ‘thealeksjay‘ pergi ke laman reddit untuk berkongsi pendapatnya dan berkata – “bagaimana kita hendak mencari ‘the one/cinta sejati’ di sini?”

Ternyata ramai pemain Dota 2 terhibur dengan posting ini. Seorang pemain mendakwa bahawa ini adalah “kebaikan” oleh Tinder manakala seorang lagi memberitahu bahawa pemain Dota 2 tidak mempunyai masa untuk perkara-perkara seperti hubungan cinta. Bak kata seorang lagi, Dota 2 bukan lah “interest” tetapi sebuah “lifestyle”.

Memang macam-macam jawapan, tapi saya pun terkejut kerana Tinder secara rasmi meletakkan League of Legends sebagai interest memandangkan ada banyak lagi game hebat di pasaran. Adakah ini bias? Saya pun tidak tahu.

Bagi mereka yang suka game lain seperti Dota 2, Mobile Legends, PUBG Mobile dan sebagainya, korang boleh sahaja menulis minat tersebut di bio, dan ikut nasiblah jika terjumpa individu yang berkongsi minat sama.

Saya doakan perjalanan cinta korang pun sama indah!

Untuk membaca segala liputan kami tentang League of Legends, sila tekan pautan ini.

Tags: Dota 2League of legendsTinder
Previous Post

Sekuel Kamen Rider W “FUUTO PI” Mendapat Stage Play! Pelakon Utama Didedahkan!

Next Post

Netflix tubuh studio game sendiri, Bakal hadir dengan game original!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Netflix tubuh studio game sendiri, Bakal hadir dengan game original!

Netflix tubuh studio game sendiri, Bakal hadir dengan game original!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd