Peghhhh! Tu dia treler terbaru musim ke-4 untuk Apex Legends yang juga diberi nama Assimilation telah pun keluar! Beberapa hari yang lalu, sebuah treler yang sepatutnya menampilkan hero baru bernama Forge akan hadir dalam musim terbaru ini, tetapi pada akhir yang kononya sesi bual itu, Forge telah dibunuh oleh sesuatu yang digelar Revenant! Ingat atau tidak? Kalau tak anda boleh lihat semula artikel itu disini. Nampaknya kisah tragis itu telah terungkai, apabila sebuah treler terbaru dari EA untuk Apex Legends telah menampilkan Revenant yang datang dengan pembunuhan kejam!
Seluruh treler yang penuh kejam, darah tetapi nyata Apex Legends memberi sesuatu kelainan untuk pengenalan musim ini! Serba sedikit kisah Revenant telah diberitahu dalam treler ini, lebih mengejutkan Revenant yang kini sebuah robot kejam yang dahulunya dia adalah manusia! Jom kita lihat treler sepenuhnya disini;
Kisahnya juga telah dikongsikan di diskripsi trelernya;
“Revenant sebenarnya adalah manusia. Beliau adalah hitman terkuat yang pernah ada oleh Mercenary Syndicate. Tetapi apabila pengaturcaraannya akhirnya gagal, dia melihat apa yang berubah pada dirinya oleh Hammond Robotics: mimpi buruk dengan berjalan keluli dan tiada sebarang daging di tubuhnya. Kembalinya Robotics Hammond ke Outlands telah membuakkan jiwanya untuk membalas dendam dan dia tidak akan berhenti sehingga kesemua mereka mati. Sudah tentu, dia tidak keberatan untuk mengelak seberapa banyak Legends yang menghalangnya di sepanjang jalan.”
Dalam treler ini kita boleh lihat seorang kanak-kanak perempuan menyaksikan sendiri ibu dan ayahnya mati dibunuh kejam oleh Revenant. Menurut kebocoran dari Dataminer yang dikongsikan oleh Dexerto, budak perempuan itu kemungkinan besar adalah Rosie (aka Loba) watak Legends yang akan datang. Fail dalam permainan memberi kita melihat foto watak Rosie: dia mempunyai rambut yang gelap, berombak, seperti gadis dalam video itu. Ia masuk akal bahawa Rosie akan menjadi Legenda baru untuk membalas dendam terhadap orang yang membunuh ibu bapanya.
Tapi mengenai Rosie/ Loba ini kita nantikan kemaskini berikut dan berita rasmi dari Apex Legends. Yang paling penting sekarang adalah bermain sebagai Revenant yang kejam ini dalam musim ke-4 Apex Legends bermula 4 Februari di PC, PlayStation 4 dan Xbox One.
Sumber: Dexerto; Polygon
@gamersantaimy
Discussion about this post