Hari ini, Xiaomi telah mengumumkan keluaran Redmi Note 12 Series yang amat dinanti-nantikan di Malaysia, khususnya tiga peranti menarik iaitu: Redmi Note 12 Pro+ 5G, Redmi Note 12 5G dan Redmi Note 12!
Berdasarkan kejayaan luar biasa Redmi Note 11 Series, Redmi Note 12 Series jamin akan menarik hati pengguna dengan memberikan ‘upgrade’ besar kepada ciri-ciri paling didambakan.
Peningkatan ini termasuk sistem kamera 200MP dengan ciri OIS, paparan Flow AMOLED 120Hz, pengecasan 120W SuperCharge dan reka bentuk mesra untuk pengguna – semuanya ditawarkan pada nilai harga yang lebih murah dan mampu milik.
Dengan pelancaran siri ini, Xiaomi sekali lagi menunjukkan komitmen mereka untuk membuatkan ciri-ciri yang selalunya ada dalam smartphone premium mudah diakses untuk lebih ramai orang. Jadi apakah kelebihan Redmi Note 12 Series? Biar saya jelaskan satu per satu!
Redmi Note 12 Pro+ 5G
Menampilkan sistem kamera paling handal dalam Redmi Note 12 Series, Redmi Note 12 Pro+ 5G direka untuk menawarkan kualiti imej yang luar biasa kepada pengguna. Dilengkapi dengan sensor 200MP, Redmi Note 12 Pro+ 5G akan memberi definisi baharu kepada ‘smartphone photography’ dalam segmen mid-range.
Buat kali pertama dalam siri, Redmi Note 12 Pro+ 5G turut menampilkan teknologi OIS, yang membolehkannya menangkap gambar yang stabil dan jelas dalam keadaan cahaya malap.
Bukan itu sahaja, kerana gambar pada waktu malam juga ditambah baik dengan kanta yang lebih solid, untuk menawarkan peningkatan 159% dalam keadaan cahaya malap walaupun untuk pemandangan yang mencabar. Kamera utama juga menampilkan ALD (Atomic Layer Deposition), yang membolehkan prestasi imej yang lebih baik dalam keadaan pencahayaan yang kompleks.
Dikuasakan oleh pemproses MediaTeK Dimensity 1080, LPDDR4X dan UFS 2.2 Storage hingga 8GB+128GB, Redmi Note 12 Pro+ 5G memberikan hasil yang mengagumkan merentas hiburan, penciptaan video dan imej, gaming dan sambungan 5G lancar. Ia juga mempunyai sistem solusi unik untuk prestasi tahan lama, di mana anda tidak perlu risau untuk bermain game kegemaran hingga berjam-jam.
Redmi Note 12 Pro+ 5G didatangkan dengan bateri 5,000mAh besar serta HyperCharge 120W. Menurut mereka, Smart 120W HyperCharge boleh mengecas telefon pintar kepada 100% dalam masa hanya 19 minit!
Di bahagian paparan, Redmi Note 12 Pro+ 5G menampilkan refresh rate 120Hz, yang menjanjikan pengalaman gaming dan tontonan lancar. Skrin adalah 6.67″ FHD+ Flow AMOLED, AMOLED fleksibel pertama dalam siri Redmi Note dan menyokong Dolby Vision untuk pengalaman menonton yang mengasyikkan.
Redmi Note 12 5G
Menampilkan paparan 6.67″ 120Hz AMOLED, Redmi Note 12 5G memberikan kualiti gambar yang sama cantik seperti varian 12 Pro+ 5G. Pada masa yang sama, ia dilengkapi dengan Snapdragon® 4 Gen 1 yang dibina pada proses 6m. Sama ada semasa melayari internet, melihat media sosial atau bermain game, semua menawarkan prestasi yang mengagumkan.
Dengan spesifikasi sehingga 8GB RAM dan storan 256GB, anda boleh membuka lebih banyak aplikasi sekaligus dan bertukar antara aplikasi tersebut. Memandangkan storan pun lebih besar, kita ada lebih banyak ruang untuk menyimpan aplikasi dan foto/video kegemaran tanpa perlu risau tentang kehabisan ruang.
Di bahagian kamera, ia memiliki setup tiga kamera 48MP dengan kanta ultra lebar dan makro. Tidak seperti 12 Pro+ 5G, varian ini lebih bersifat all-rounder.
Bagi bekalan kuasa, Redmi Note 12 5G tahan lama dengan bateri 5,000mAhnya. Apabila peranti perlu dicas semula, pengecasan pantas 33W dengan teknologi MMT memastikan proses sentiasa stabil dan cekap supaya kita dapat kembali menggunakan telefon secepat mungkin.
Redmi Note 12
Akhir sekali, kita ada Redmi Note 12 yang mempunyai skrin 6.67″ FHD+ AMOLED dengan refresh rate 120Hz yang mengagumkan.
Dilengkapi oleh Snapdragon® 685 Mobile Platform, Redmi Note 12 menyediakan pengalaman multitasking yang lancar dan cekap. Dengan spesifikasi sehingga 8GB RAM + 128GB, pengguna juga boleh bertukar dengan mudah antara aplikasi berbeza dan melaksanakan pelbagai tugas sekaligus tanpa sebarang lag atau delay.
Redmi Note 12 mempunyai bateri 5,000mAh dan sama seperti varian lain, ia menggunakan pengecasan pantas 33W dengan teknologi MMT.
Apa yang beza di sini cuma adalah kamera. Peranti ini menggunakan setup tiga kamera 50MP yang mengambil gambar jelas dan terperinci dalam setiap senario dan semua jenis cahaya.
Walaupun dianggap versi ‘lemah’ dalam Redmi 12 Series, jangan pandang rendah kerana ciri-cirinya pun cukup hebat untuk digelar flagship.
Mana satu yang sesuai untuk anda?
Memandangkan ada tiga pilihan, peranti manakah yang sesuai untuk anda?
- Redmi Note 12 Pro+ 5G – Memberi makna baru pada ‘mobile photography’ dalam segmen ‘smartphone mid-range’ dengan kamera 200MP dan upgrade fotografi AI. Khas untuk mereka yang inginkan prestasi terbaik dengan kemampuan fotografi.
- Redmi Note 12 5G – Peranti all-rounder bertaraf flagship dengan paparan AMOLED 120Hz dan pemproses Snapdragon® 4 Gen. Sesuai untuk mereka yang hanya mementingkan prestasi.
- Redmi Note 12 – Lebih kepada mereka dengan bajet tetapi masih inginkan peranti bagus ala flagship untuk menguruskan aktiviti seharian.
Harga dan ketersediaan
Redmi Note 12 Series kini dijual di Malaysia mulai 6 April melalui kedai sah Xiaomi, peruncit rasmi Xiaomi dan secara dalam talian di kedai rasmi Lazada dan Shopee atau tekan LINK INI.
Redmi Note 12 Pro+ 5G akan tersedia dalam tiga warna – Black, White dan Flora Green – dengan satu varian storan 8GB+256GB. Manakala peranti lain dalam siri Redmi Note 12 akan tersedia dalam empat warna – Onyx Grey, Mint Green dan Ice Blue– dengan satu varian storan 8GB+256GB.
Untuk masa yang terhad, pembeli juga boleh menerima Redmi Smart Band 2 PERCUMA (bernilai RM 149) dengan setiap pembelian Redmi Note 12 Series, sementara stok masih ada.
Produk | Nilai |
Redmi Note 12 Pro+ 5G (8GB+256GB) | RM 1,599 |
Redmi Note 12 5G (8GB+256GB) | RM 1,099 |
Redmi Note 12 (8GB+128GB) | RM 799 |
Redmi Note 12 (6GB+128GB) | RM 699 (harga original) RM 659 (harga online ekslusif) |
Xiaomi Fan Festival 2023
Xiaomi Fan Festival kembali untuk diraikan bersama peminat Malaysia. Sempena itu, pelbagai promosi hebat akan diadakan sepanjang bulan ini bermula 6 April – 15 April 2023. Berikut antara yang ditawarkan:
Produk | Harga normal | Promo khas |
Redmi Note 12 Pro+ 5G (8GB+256GB) | RM 1,599 | Redmi Smart Band 2 Percuma |
Redmi Note 12 5G (8GB+256GB) | RM 1,099 | |
Redmi Note 12 (8GB+128GB) | RM 799 | |
Xiaomi 13 (12GB+256GB) | RM 3,499 | Redmi Buds 4 Percuma |
Redmi 12C (4GB+128GB) | RM 599 | Xiaomi In-ear Headphones Percuma |
Redmi 12C (6GB+128GB) | RM 699 | |
Redmi Pad (3GB+64GB) | RM 899 | Baucar Xiaomi Store RM 20 |
Selain itu, pelanggan dan peminat akan menerima pemegang ‘sticky note’ Xiaomi Bunny Doll sebagai hadiah percuma apabila melakukan perkara berikut:
- Hantar baiki smartphone
- Hantarkan smartphone Xiaomi atau Redmi anda untuk dibaiki di mana-mana Pusat Servis Xiaomi semasa tempoh acara
- Posting di media sosial
- Ambil gambar kreatif dengan smartphone Xiaomi atau Redmi anda (dengan watermark didayakan)
- Muat naik di Facebook atau Twitter semasa tempoh acara.
- Tag Xiaomi Support di Facebook (@XiaomiSupport)
- Ikuti Xiaomi Support di Facebook, Twitter atau YouTube (@Xiaomi.Support)
- Ikuti akaun pada tempoh acara dan pengikut bertuah akan dapat melayakkan diri.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web Redmi di SINI. Anda juga boleh membaca segala liputan kami tentang produk Xiaomi dan Redmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post