Season Pass Dead or Alive 6 akan berharga RM309 dan termasuk dua watak daripada The King of Fighters XIV dan SNK Universe. Bagi mereka yang membeli content yang amat bernilai ini, bakal menerima 62 kostum tetapi season pass tersebut mungkin tidak termasuk DLC yang akan datang.
Akhirnya, Dead or Alive 6 telah lancar pada semua platform. Bersama pelancaran game ini, pelbagai butiran tentang season pass telah didedahkan oleh penerbit Koei Tecmo. Perkara paling utama yang mungkin akan membingungkan orang ialah nilai harganya yang tinggi, iaitu RM309 buat masa ini.
Season Pass pertama mengandungi 62 kostum dan 2 karakter baru yang akan dikeluarkan antara Mac dan Jun 2019. Anda semua mungkin perasan di mana tarikh masa Koei Tecmo ingin mengeluarkan konten ini agak singkat, yang bermaksud kemungkinan untuk season pass kedua untuk hujung tahun ini.
Jika semua berita ini tidak cukup teruk, mereka yang membeli season pass juga tidak dijamin untuk dapat setiap DLC pada waktu empat bulan yang dinyatakan. Fakta ini benar dan didapati di Steam page Dead or Alive 6 di mana mereka nyata bahawa setiap kostum boleh didapati pada pembelian yang berbeza.
Season Pass pertama Dead or Alive mengandungi:
- DOA6 NiCO Technomancer Gear
- DOA6 Nyotengu Wrestling Kostum
- DOA6 Happy Wedding Costumes Vol.1 – 13 Kostum
- DOA6 Happy Wedding Costumes Vol.2 – 13 Kostum
- DOA6 Costume Pack Vol.1 – 13 Kostum
- DOA6 Costume Pack Vol.2 – 13 Kostum
- DOA6 Additional Character Mai Shiranui
- DOA6 Mai Shiranui Debut Costumes – 5 Kostum
- DOA6 Additional New Character
- DOA6 Additional New Character Debut Costumes – 5 Kostum
Walaupun ada yang akan kata konten mereka banyak dan penuh kepelbagaian, sebuah season pass yang berharga lebih daripada sebuah complete game amat tidak berbaloi. Mereka harus letak sesuatu yang benar-benar istimewa jika tidak ingin menerima kecaman daripada peminat dan pada masa yang sama, beberapa ulasan di Steam oleh pemain juga nyata bahawa mereka tidak berminat dengan usaha Koei Tecmo.
Ini bukan kali pertama Koei Tecmo menggunakan cara yang sangat agresif untuk harga season pass mereka. Game sebelumnya- Dead or Alive 5 mempunyai 7 season pass dan segala konten muat turun mereka di Steam boleh dibeli pada harga RM2,483. Yeaa, awak baca dengan betul. Ini bukan typo ya.
@gamersantaimy
Discussion about this post