Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Scars Above (Steam) Review — Penerokaan Dunia Asing Bertukar Tragedi!

Maira by Maira
March 15, 2023
in Artikel, Berita, Game, Game Review, PC, Review, Steam
0 0
0
Scars Above (Steam) Review — Penerokaan Dunia Asing Bertukar Tragedi!
Share on FacebookShare on Twitter

Banyak betul game sci-fi seram yang dikeluarkan baru-baru ini. Ada satu lagi game sci-fi yang dilancarkan penghujung Februari lalu iaitu Scars Above. Nak tahu best atau tidak game ini, teruskan membaca review kami ini!

Tentang Scars Above

Scars Above merupakan sebuah game third person shooter bertemakan sci-fi yang menggabungkan pertempuran dan penerokaan. Game ini memfokuskan kepada pengalaman pemain, di mana pemain akan memulakan penyelidikan yang akan membantu mereka mendedahkan kebenaran di sebalik exoplanet misteri, sambilcuba bertahan daripada pelbagai raksasa yang menakutkan dan halangan alam sekitar.

Penceritaan

Kita akan bermain sebagai Kate Ward, seorang ahli kepada pasukan SCAR (Sentient Contact Assessment and Response) yang terdampar di sebuah planet asing selepas misi mereka tidak berjaya. Pasukan itu kini terpisah dan Kate mulakan perjalanannya untuk bertemu semula dengan rakan sepasukannya.

Memandangkan banyak pula game yang berunsurkan sci-fi seram yang keluar sejak kebelakangan ini, naratif Scars Above agak mudah untuk dijangka, tetapi ia masih mempunyai beberapa kejutan yang menanti pemain. Sejujurnya, kami rasa seperti penceritaannya serta watak-wataknya mudah untuk dilupakan. Yang betul-betul diingati hanyalah Kate kerana kita bermain sebagainya. Kebanyakan watak diperkenalkan dengan tergesa-gesa pada awal game, jadi susah untuk mengenali mereka dengan lebih lanjut. Dalam game, kita masih boleh bertemu dengan mereka, tetapi ia langsung tidak meninggalkan impak yang begitu besar.

Gameplay

Senjata yang kita akan gunakan dalam game ini ialah Electric Cutter dan pistol yang dipanggil VERA. Yang menariknya, Scars Above tidak hanya bergantung kepada kemahiran menembak anda dan memberikan cara yang menarik untuk kita kalahkan musuh yang ada. Asalkan anda beri perhatian kepada kelemahan mereka, corak serangan serta jenis raksasa yang anda lawan, rasanya ia tidak menjadi masalah kepada anda. Lainlah kami ini yang tidak pandai menembak, sebab itu terpaksa berlawan banyak kali.

Bercerita tentang VERA, ia merupakan pistol elemental yang terdiri daripada empat elemen: Elektrik, Api, Ais dan Racun. Setiap daripada elemen itu mempunyai fungsinya tersendiri. Kalau anda ingin gunakan tenaga api, VERA akan melepaskan peluru seperti meriam. Kalau tenaga ais pula, VERA akan menjadi seperti pelancar air. Dengan memanfaatkan kesemua elemen yang ada, anda boleh serlahkan kreativiti combat anda sepenuhnya.

Disebabkan raksasa suka sangat berikan jumpscare, anda boleh guna persekitaran anda sepenuhnya. Selalunya akan ada kelemahan mereka berdekatan dengan kita. Sebagai contoh, kalau musuh kita itu tengah basah, anda boleh gunakan kuasa elektrik untuk memberikan damage yang lebih banyak.

Oh ya, anda akan banyak menggunakan VERA dalam game ini. Tetapi anda tidak perlu risau mengenai pelurunya, kerana anda boleh dapatkannya merata tempat dalam game. Kami juga tidak pernah kehabisan peluru semasa bermain.

Setakat berikan damage kepada musuh, anda sudah tentu kena perhatikan serangan musuh juga. Agak sakit jugalah damage yang diberikan. Nasib baik kita boleh mengelak dengan roll. Jadi ia kelihatan sedikit seperti game soulslike semasa berlawan. Sudah tentu ia akan memakan stamina selepas menggunakannya. Paling tak best, stamina lambat untuk penuh semula semasa battle. Jadi gunakan stamina Kate dengan berhati-hati.

Terdapat gadget lain yang tersedia untuk anda gunakan semasa meneroka dan berlawan. Antaranya boleh menyembuhkan Kate, membuang racun dan lain-lain. Kesemua gadget ini boleh didapatkan melalui craft ataupun meneroka. Ia memerlukan sumber untuk guna tetapi jangan risau kerana ia sangat mudah untuk didapatkan.

Awal game memperkenalkan kita kepada “Pillar”. Senang cerita ia seperti checkpoint. Pillar juga boleh penuhkan semula peluru, tetapi ia juga akan respawn segala musuh yang anda telah kalahkan kecuali boss. Kadang-kadang stres juga apabila jumpa musuh yang kita baru kalahkan. Nasiblah dia respawn dekat tempat sama, jadi senang untuk kita kalahkan mereka. Kalau nak lari pun boleh sahaja, tetapi bukan untuk semua musuhlah.

Lagi jauh anda bermain, Kate akan menjadi lebih hebat dengan Skill Tree yang ada. Pelbagai kebolehan yang boleh dibuka dengan menukar EXP yang anda dapatkan daripada flora dan fauna di planet asing itu. Terdapat dua jenis kebolehan yang boleh dibuka iaitu kebolehan kejuruteraan ataupun Xenobiologi. Kedua-duanya boleh memberikan penambahbaikan kepada Quality-of-Life pemain ataupun kekuatan Kate. Anda boleh sahaja refund skill untuk membuka skill lain yang lebih sesuai untuk pertarungan seterusnya. Pada mulanya ia memang seronok, tetapi ia membuatkan keseimbangan battle tidak begitu seimbang, di mana Kate mempunyai kuasa yang lebih hebat semasa bertarung.

Terdapat juga beberapa puzzle yang tersedia semasa anda meneroka. Ia sangatlah mudah dan kami rasa tiada masalah untuk anda selesaikannya.

Grafik dan Persembahan

Persekitaran dalam Scars Above hampir sama seperti game sci-fi yang biasa anda nampak, dan bagi kami ianya sangat baik. Walaupun begitu, ada beberapa tekstur yang nampak janggal antara satu sama lain. Reka bentuk raksasanya juga menarik dan berjaya membuatkan kami terkejut semasa bermain. Setiap boss mempunyai rekaan unik tersendiri tetapi masih mempunyai beberapa persamaan antara satu sama lain. Sebagai contoh, perisai mereka.

Tetapi kami agak kecewa denga reka bentuk model manusia dalam game ini. Animasi serta pergerakannya kelihatan agak kekok terutamanya semasa mengelak dan menyerang menggunakan melee. Lebih dahsyat sekali, apabila muka watak seperti tiada perasaan langsung.

Selain itu, kadang-kadang game juga kurang responsif. Sebagai contoh, apabila kami ingin memanjat ke kawasan yang lebih tinggi, Kate sering bergolek. Banyak kali juga kena tekan untuk memanjat. Video cutscene juga kadang-kadang tidak dimainkan dengan betul, jadi kami sering pandang skrin gelap sahaja. Nasib baik bunyi dan sari kata masih ada. Kalau tidak, memang kami tidak tahu apa-apa yang berlaku semasa cutscene.

Kesimpulan

Untuk sebuah game AA, Scars Above masih lagi sebuah game yang baik. Ia masih mempunyai beberapa kelemahan dan membuatkan kami stres kadang-kadang, tetapi kami masih mampu untuk berseronok semasa bermain. Lagi satu, ia tidak mengambil masa yang lama untuk dihabiskan. Combat juga terasa seronok dengan segala eksperimen yang dilakukan untuk mengalahkan mereka. Harap-harap patch seterusnya boleh membaiki masalah yang kami hadapi dan memberikan pengalaman bermain yang lebih lancar.

Terima kasih kepada Epicsoft Asia dan PLAION kerana memberi kami peluang untuk bermain Scars Above. Anda yang ingin bermainnya, boleh dapatkannya di PS5, PS4, Xbox Series, Xbox One dan PC melalui Steam.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Scars Above

6 Score

PROS

  • Elemental Combat dan Puzzle yang menarik
  • Reka bentuk raksasa dan persekitaran yang baik

CONS

  • Animasi dan watak yang kelihatan kekok
  • Penceritaan yang mudah dilupakan

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: Scars Above
Previous Post

Chainsaw Man: Devil Baru Diperkenalkan, Kisah Trauma Asa Didedahkan!

Next Post

‘One Piece Asia Tour’ di Malaysia – info lengkap pameran & harga tiket!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
‘One Piece Asia Tour’ di Malaysia – info lengkap pameran & harga tiket!

'One Piece Asia Tour' di Malaysia - info lengkap pameran & harga tiket!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd