Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘One Piece Asia Tour’ di Malaysia – info lengkap pameran & harga tiket!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 15, 2023
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
‘One Piece Asia Tour’ di Malaysia – info lengkap pameran & harga tiket!
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa bulan lepas, kita dapat berita bahawa ‘One Piece Exhibition Asia Tour‘ akan tiba tidak lama lagi di Malaysia dalam bentuk pameran eksklusif! Bakal diadakan di Resorts World Genting, Malaysia pada 23 Mac hingga 8 Mei, hari ini pihak penganjur mengumumkan maklumat tambahan tentang saiz pameran dan isi kandungan.

Secara am, One Piece Exhibition Asia Tour mereplikasikan semula kisah klasik One Piece dan terdiri daripada beberapa zon bertema termasuk Impel Down, Marineford, Fish-Man Island, Dressrosa, Wano dan banyak lagi dalam lawatan selama 45 hingga 90 minit.

Dalam zon ini, terdapat pelbagai aktiviti untuk dilakukan termasuk pameran interaktif, artifak autentik dan paparan multimedia yang menarik. Menurut penganjur, ini juga merupakan antara pameran One Piece terbesar di dunia dengan saiz sebesar 25,000 kaki persegi bersamaan hampir 28 gelanggang badminton.

Senarai lengkap adalah seperti berikut:

  • Zone 1: Logue Town
  • Zone 2: Character Intro
  • Zone 3: Milestone & Tour Map
  • Zone 4: Mini Theater
  • Zone 5: Entering The Grand Line
  • Zone 6: Alabasta
  • Zone 7: Skypiea
  • Zone 8: Going Merry Cabin
  • Zone 9: Enie Lobby
  • Zone 10: Burning Going Merry
  • Zone 11: Impel Down
  • Zone 12: Marine Ford
  • Zone 13: 3D2Y
  • Zone 14: Fishman Island Zone
  • 15: Punk Hazard
  • Zone 16: Dressrosa
  • Zone 17: Zou
  • Zone 18: Whole Cake Island
  • Zone 19: Mirror World
  • Zone 20: Wano Country Shopping Street
  • Zone 21: Onigashima

Jadi apa yang di dalam?

Pertama sekali, anda boleh melihat arca bersaiz besar yang diperbuat daripada FRP (fiber-reinforced plastic) berdasarkan watak One Piece popular seperti Luffy, Katakuri, Yamato dan banyak lagi. Salah satu zon juga mempunyai teater mini interaktif 180 darjah yang mempamerkan pengembaraan Luffy selama 25 tahun bersama krew Straw Hat yang pasti membawa kenangan nostalgia kepada peminat sejati.

Pameran itu juga akan menampilkan arca 3D terbaharu terbesar berkisarkan kisah Onigashima, lengkap dengan pertarungan epik antara geng Luffy dan krew Kaido. Semua patung ini direka berdasarkan adegan tertentu dalam anime dan manga, jadi pengunjung dialu-alukan untuk mengambil gambar sebanyak mungkin.

Pihak penganjur turut mengumumkan tambahan permainan augmented reality (AR) interaktif di sekitar venue. Permainan ini direka untuk mengasyikan pengunjung sepenuhnya dalam pengalaman One Piece dan menghidupkan pameran. Untuk mengambil bahagian, pelawat perlu memuat turun aplikasi rasmi pada mobile lalu bersedia untuk bermain (aplikasi rasmi akan didedahkan nanti).

Aplikasi itu juga menyediakan platform untuk pengunjung melihat ‘ranking’ mereka dan membandingkan markah dengan rakan secara real-time. Dengan ciri ‘leaderboard’ dan ciri ‘social share’, pelawat boleh bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan ganjaran menarik. Selain permainan AR, pameran turut menampilkan permainan karnival mini yang direka khas untuk mengikut tema One Piece.

Akhir sekali, sejumlah kedai-kedai mini akan tersedia di pameran. Pelbagai barangan koleksi eksklusif One Piece akan dijual termasuk figura, poster, baju, beg, keychain, botol dan banyak lagi.

Bagi mereka yang berminat, tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour Exhibition kini tersedia untuk beli!

  • Lokasi: Pavilion, Skytropolis Indoor Theme Park, Resorts World Genting
  • Tarikh: 23 Mac – 8 Mei 2023 (Isnin – Ahad, 10 pagi – 10 malam)
  • Beli tiket di sini: https://www.ticket2u.com.my/event/30178

Harga tiket:

  • Early Bird
    • Tiket dewasa Malaysia (18 tahun ke atas) – 80
    • Tiket dewasa bagi warga asing (18 tahun ke atas) – RM100
    • Semua warga emas, murid-murid, kanak-kanak (warga emas lebih 60 tahun, murid bawah 18 tahun) – 40
    • Bayi (3 tahun ke bawah) – Percuma
  • Standard
    • Tiket dewasa Malaysia (18 tahun ke atas) – 90
    • Tiket dewasa bagi warga asing (18 tahun ke atas) – RM110
    • Semua warga emas, murid-murid, kanak-kanak (warga emas lebih 60 tahun, murid bawah 18 tahun) – 50
    • Bayi (3 tahun ke bawah) – Percuma

Untuk membaca segala liputan kami tentang francais One Piece termasuk analisis bab baharu, game dan anime, sila tekan pautan ini.

Tags: MalaysiaOne Piece Asia Tour
Previous Post

Scars Above (Steam) Review — Penerokaan Dunia Asing Bertukar Tragedi!

Next Post

Front Mission 1st Remake Limited Edition bakal dikeluarkan di 20 April ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Front Mission 1st Remake Limited Edition bakal dikeluarkan di 20 April ini!

Front Mission 1st Remake Limited Edition bakal dikeluarkan di 20 April ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd