Berita sedih pada pemain PC yang menantikan kehadiran permainan popular dari Kojima Production iaitu Death Stranding! Kojima Production dan 505 Games sebentar tadi telah memaklumkan bahawa tarikh pelancaran permainan AAA mereka dalam versi PC akan ditangguhkan pengeluarannya.
Kali terakhir kami ada menyatakan bahawa permainan ini dijadualkan akan hadir di PC pada 3 Jun 2020 nampaknya akan ditangguhkan sehingga 14 Julai 2020. Berita baiknya adalah ia membolehkan pasukan untuk menggilap permainan pengembaraan yang dibintangi Norman Reedus dengan lebih lagi.
Following the temporary closure of KOJIMA PRODUCTIONS, we have had to delay the PC launch of DEATH STRANDING to July 14, 2020, to allow more development time amidst the current work-from-home orders in place. Thank you all for your patience and continued support!#keeponkeepingon pic.twitter.com/euOmebcdQj
— KOJIMA PRODUCTIONS (Eng) (@KojiPro2015_EN) April 21, 2020
Menurut pengumuman ini, mereka kini dalam dilema untuk keputusan ini, tetapi ini adalah untuk para pekerja mereka yang kini berhimpas pulas untuk menyelesaikan permainan ini dalam versi PC melalui kerja dari rumah. Seperti yang semua tahu, banyak negara yang terlibat dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan wabak virus yang membawa maut iaitu COVID-19.
Death Stranding dikeluarkan untuk PlayStation 4 pada 8 November tahun lalu dan melakukan debut di tangga kedua di UK Charts, menjadi pelancaran kedua terbesar untuk konsol Sony setakat tahun ini. Anda boleh baca ulasan kami untuk Death Stranding di PS4 sebelum ini juga.
Selama sebulan yang lalu, beberapa judul permainan turut ditangguhkan kerana COVID-19, termasuk The Last of Us Part II dan Dying Lights 2. Semua ini berpunca dari kesan COVID-19 yang mengakibatkan kesihatan ramai pekerja pembangunan permainan dan ramai lagi. Jadi ini adalah satu keputusan yang bernas juga dari Kojima Production bagi menangguhkan pengeluaran ini. Apa-apapun harap peminat bersabar untuk penangguhan ini okay!
@gamersantaimy
Discussion about this post