Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sasuke Retsuden sah dapat versi anime, Code Arc akan tiba Februari 2023 untuk Boruto!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 17, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Sasuke Retsuden sah dapat versi anime, Code Arc akan tiba Februari 2023 untuk Boruto!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini di Jump Festa 2023 telah mengumumkan bahawa Sasuke Retsuden akan diadaptasi menjadi anime dalam siri Boruto: Naruto Next Generation. Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, kisah Sasuke akan disiarkan bermula 8 Januari 2023.

Key Visual untuk Sasuke Retsuden telah dikeluarkan, anda boleh lihat tenungan maut melalui mata Sasuke dengan Sharingan merahnya membuatkan dia nampak sangat cool! Studio yang akan menganimasikan siri ini ialah Studio Pierrot yang juga merupakan studio animasi untuk siri Boruto: Naruto Next Generation. Berikut adalah senarai episod yang telah didedahkan:

  • Episode 1 Sasuke Retsuden (Boruto: Naruto Next Generation episod 282) : Sasuke Retsuden: Infiltration
  • Episode 2 Sasuke Retsuden (Boruto: Naruto Next Generation episod 283) : Sasuke Retsuden: Star Lines

Seperti yang diumumkan ketika acara Jump Festa 2023, kemungkinan selepas tamat kisah Sasuke, kita akan diteruskan dengan arc canon iaitu Code Arc pada Februari 2023. Arc tersebut bermula pada bab 56 manga Boruto di mana Boruto akan berhadapan dengan musuh yang lebih kuat dan berbahaya, iaitu Code.

Selain itu, mereka juga telah mengumumkan undian populariti watak siri Naruto di seluruh dunia. Undian ini akan bermula pada hari ini, 17 Disember 2022 sehingga 31 Januari 2023. Peminat boleh memilih shinobi kegemaran mereka dan dibenarkan untuk mengundi sehari sekali sahaja.

Keputusan akan dikeluarkan pada April 2023 dan watak Top 20 akan mendapat ilustrasi yang dilukis khas oleh pencipta Naruto, Masashi Kishimoto manakala pemenang pula akan menjadi bintang dalam manga pendek tersendiri. Ia akan ditulis dan dilukis oleh Masashi Kishimoto sendiri. Jadi, jangan lupa untuk mengundi shinobi kegemaran anda sekarang. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari lawan web rasmi di sini.

Terdapat juga pementasan muzikal secara live Naruto, namun ia hanya akan dilakukan di Jepun sahaja dan masih tiada pengumuman untuk di luar Jepun. Acara ini akan menampilkan FLOW, KANA-BOON, CHiCO bersama HoneyWorks dan ramai lagi. Kedua-dua acara tersebut adalah untuk meraikan ulang tahun ke-20 francais Naruto.

Untuk mereka yang tidak tahu, Sasuke Retsuden juga akan menceritakan serba sedikit tentang hubungan cinta Sasuke dan Haruno Sakura. Berikut adalah sinopsis rasmi:

“Sasuke pergi ke Institut Penyelidikan Astronomi, jauh dari Land of Fire… Untuk mencari jejak seorang penjenayah, dia menyertai Sakura dalam misi ini dan memulakan penyiasatan rahsia. Walau bagaimanapun, rancangan antara hidup-atau-mati sudah bermula! Pasangan suami isteri itu kini harus menyahut cabaran yang datang daripada penyelidikan mengerikan ini.”

Pasti anda tidak sabar untuk menonton adaptasi anime Sasuke Retsuden bukan. Jadi jangan lupa tonton anime Boruto: Naruto Next Generation pada 8 Januari 2023 untuk episod pertama Sasuke Retsuden.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Sasuke, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBoruto: Naruto Next GenerationsmangaSasuke Retsuden
Previous Post

Jujutsu Kaisen Season 2 akan tiba Julai 2023, dibahagikan Part 1/Part 2!

Next Post

[Comic Fiesta 22] Fahami industri lakonan suara Malaysia bersama Azman Zulkiply, Su Ling Chan & “Uncle” Ali Imran!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Civilization VII Update 1.2.2 Membawa Peta Epik, Opsyen Baharu, dan Sokongan Steam Workshop
Berita

Civilization VII Update 1.2.2 Membawa Peta Epik, Opsyen Baharu, dan Sokongan Steam Workshop

June 24, 2025
Persona 4 Remake Hanya Akan Datang Selepas April 2026
Berita

Persona 4 Remake Hanya Akan Datang Selepas April 2026

June 24, 2025
Monster Hunter Wilds Dikecam Hebat Selepas Ulasan Steam Jatuh Ke “Overwhelmingly Negative”
Berita

Monster Hunter Wilds Dikecam Hebat Selepas Ulasan Steam Jatuh Ke “Overwhelmingly Negative”

June 24, 2025
Next Post
[Comic Fiesta 22] Fahami industri lakonan suara Malaysia bersama Azman Zulkiply, Su Ling Chan & “Uncle” Ali Imran!

[Comic Fiesta 22] Fahami industri lakonan suara Malaysia bersama Azman Zulkiply, Su Ling Chan & “Uncle” Ali Imran!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd