Menjadi idola untuk orang awam sebenarnya sangat sukar, dan pelakon suara pun tidak terkecuali daripada tekanan. Walaupun kerjaya ini dilakukan di bilik rakaman, ada banyak cara untuk mengiklankan atau mempamerkan seorang pelakon suara. Perkara ini berlaku terutamanya di Jepun kerana pelakon suara amat dipandang tinggi sehingga ada beberapa yang mengakui ingin membunuh diri.
Baru-baru ini, Japan Actors Union melakukan tinjauan di kalangan pelakon suara untuk mengetahui bagaimana perasaan mereka terhadap kerjaya tersebut. Anime News Network berkongsi hasil kajian ini, di mana Union memberitahu 30% pelakon suara pernah ada niat untuk mati kerana kerja.
Maklumat itu dikumpulkan setelah Union menemu ramah seramai 166 pelakon. Daripada jumlah yang ditanya, 48 pelakon suara mengatakan bahawa mereka mempunyai pemikiran bunuh diri kerana kerjaya. Laporan penuh daripada Union masih belum selesai, tetapi pengumuman ini telah membuatkan banyak peminat di Jepun menilai semula pandangan mereka untuk pelakon suara secara keseluruhan.
Ramai pelakon suara yang bimbang tentang waktu kerja dan juga gangguan orang ramai. Union membawa seorang psikiatri untuk memberikan penjelasan penuh mengenai tekanan yang dialami oleh pelakon suara Jepun.
“Penghibur selalu dinilai berdasarkan layanan media sosial, dan mempunyai larangan diet dan tidur, jadi ia mudah untuk tertekan, dan mereka tidak mempunyai siapa-siapa untuk berkongsi kebimbangan ini, yang boleh menimbulkan pemikiran bunuh diri,” kata doktor.
Topik ini adalah isu yang sensitif, tetapi harus ditangani di Jepun dan di luar negara. Di Jepun, laporan baru menunjukkan bahawa punca utama kematian pra-matang adalah disebabkan oleh bunuh diri berbanding penyakit seperti COVID-19. Lebih daripada 13,000 nyawa telah hilang di Jepun tahun ini kerana bunuh diri, di mana mereka masih berada di kedudukan tertinggi sebagai negara dengan rakyat yang meragut nyawa sendiri. Inilah sebabnya Union mengumpulkan data sebelum mewujudkan perkhidmatan kesihatan mental bagi pelakon yang memerlukan kaunseling.
Saya berharap perbincangan yang lebih terbuka tentang kesihatan mental akan menurunkan kadar bunuh diri. Namun, kehilangan bakat seperti Hana Kimura, Yuko Takeuchi, dan lain-lain masih sedang berlaku. Kehilangan mereka pasti akan mendorong cara baru untuk menangani kesihatan mental, dan menjelaskan lagi mengapa pelakon suara memerlukan lebih banyak sokongan pada waktu ini.
Sumber – ANN
@gamersantaimy
Discussion about this post