Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sambut Ulang Tahun Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS Dengan Ganjaran Epik & Red-Eyes Dark Dragoon!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 12, 2026
in Android, Artikel, Berita, iOS, Kad Strategi, Mobile, PC, Steam
0 0
0
Sambut Ulang Tahun Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS Dengan Ganjaran Epik & Red-Eyes Dark Dragoon!
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi meraikan ulang tahun kesembilan Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS, Konami telah menyediakan kempen sambutan yang hebat untuk para pemain di platform mobile dan PC.

Kempen istimewa ini bermula pada 12 Januari 2026, di mana para pemain berpeluang menebus pelbagai ganjaran menarik seperti kad-kad hebat dan deck percuma sebagai tanda pencapaian gemilang ini.

Sorotan sambutan kali ini adalah pengenalan raksasa legenda, Red-Eyes Dark Dragoon. Para pemain berpeluang memiliki Fusion Monster yang cukup digeruni ini untuk kegunaan deck Speed Duel mereka. Menjadikannya lebih unik, satu versi istimewa “Surface Processing: Animated” turut diperkenalkan.

Kemeriahan tidak berakhir di situ. Setiap pemain boleh menuntut “Red-Eyes Inferno” Structure Deck secara percuma, yang memberikan satu set kad yang mantap dan sedia untuk digunakan bagi mereka yang ingin menguasai archetype ikonik ini.

Untuk peminat format Rush Duel yang pantas, Konami turut menghadiahkan kad klasik Red-Eyes Black Dragon dalam versi gaya-OR, berserta kad edisi terhad ulang tahun ke-9, iaitu Dimension Linker.

Ganjaran Ulang Tahun yang Melimpah Ruah

Sebagai penghargaan kepada sokongan komuniti selama sembilan tahun, satu kempen bonus log masuk khas kini telah diaktifkan. Melalui kempen ini, pemain akan menerima ganjaran hebat setiap hari selama sepuluh hari berturut-turut.

Antara ganjaran yang menanti adalah pelbagai jenis Dream Ticket, yang membolehkan pemain memilih sendiri kad-kad hebat yang sukar didapati dari koleksi yang luas.

Berikut adalah senarai penuh ganjaran log masuk harian:

  • Hari 1: Kad Dimension Linker (Rush)
  • Hari 2: SR Dream Ticket (Speed/Glossy)
  • Hari 3: SR/UR Choice Ticket (Speed/Glossy)
  • Hari 4: SR Dream Ticket (Rush/Glossy)
  • Hari 5: SR/UR Choice Ticket (Rush/Glossy)
  • Hari 6: UR Dream Ticket (Speed/Glossy)
  • Hari 7: SR/UR Choice Ticket (Speed/Prismatic)
  • Hari 8: UR Dream Ticket (Rush/Glossy)
  • Hari 9: SR/UR Choice Ticket (Rush/Prismatic)
  • Hari 10: Name Colour: Red

Selain ganjaran harian ini, satu acara khas iaitu 9th Anniversary Mission Bingo turut diadakan. Para Duelist hanya perlu menyelesaikan misi-misi yang ditetapkan dalam permainan untuk melengkapkan barisan pada kad bingo dan seterusnya menebus lebih banyak hadiah eksklusif.

Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store, Google Play, dan juga untuk PC di platform Steam. Untuk maklumat yang lebih terperinci, para pemain digalakkan untuk melawat laman web rasmi Konami.

Tags: Yu-Gi-Oh! Duel Links
ShareTweetSend
Previous Post

AI Grok Diharamkan Serta-Merta Di Malaysia Atas Isu Kandungan Lucah!

Next Post

Previu MY HERO ACADEMIA: All’s Justice – Bukan Sekadar Button-Mashing, Combat Lebih Bersifat Dinamik!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Previu MY HERO ACADEMIA: All’s Justice – Bukan Sekadar Button-Mashing, Combat Lebih Bersifat Dinamik!

Previu MY HERO ACADEMIA: All’s Justice - Bukan Sekadar Button-Mashing, Combat Lebih Bersifat Dinamik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd