Segar dari ladang, pelabur-pelabur Activision sedang dalam proses nak saman Activision. Beberapa syarikat guaman kini dilaporkan sedang menyiapkan saman untuk Activision atas tuduhan Activision dah buat kenyataan yang salah dan mengelirukan kepada pelabur walaupun mereka dah tahu yang Bungie dan Activision akan berpecah.
Berdasarkan saman yang sedang disiapkan, pelabur-pelabur telah kerugian besar kerana kenyataan yang dikatakan salah dan mengelirukan ni. Lepas pengumuman berpecah tu dibuat, saham Activision jatuh menjunam. Saman yang dibuat ni akan cover mana-mana pelabur yang membeli saham Activision daripada 2 Ogos 2018 hingga ke 10 Januari 2019; semasa perpisahan Bungie dan Activision diumumkan.
Destiny adalah francais terbesar Activision disamping Call of Duty. Kehilangan game yang berjaya kumpul USD$500 juta pada hari pertamanya bersama-sama dengan revenue Destiny dan Destiny 2 bawak masuk kat Activision; definitely memberi kesan yang mendalam kat saham syarikat dan pelabur mereka.
Dalam perkembangan lain, Annual Pass Destiny 2 akan tetap dilancarkan; masih bawah kerjasama Activision dan Bungie. Beyond 2019, tidak diketahui nasib Destiny. Tapi Bungie ada buat janji yang Destiny adalah fokus utama diorang dulu, kini, selamanya.
Jangan janji tinggal janji sudah…
@gamersantaimy
Discussion about this post