Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Saiz Horizon Forbidden West mungkin cecah hampir 100GB di PS5 & PS4

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 22, 2021
in Artikel, Berita, Open World, PS4, PS5
0 0
0
Saiz Horizon Forbidden West mungkin cecah hampir 100GB di PS5 & PS4
Share on FacebookShare on Twitter

Dahulu, saya fikir saiz Final Fantasy 7 Remake cukup besar, tetapi nampaknya ia pun tak setanding dengan Horizon Forbidden West, yang menurut satu sumber, akan mempunyai saiz download hampir 100GB.

🚨 Horizon Forbidden West (PS5)

▶️ Download Size : 96.350 GB* (Without Day One Patch)

* Some Games on Database Have Bigger Size Than on Console (10-20 GB) , Anyway Still +70 GB !

🟩 Pre-Load : February 11
🟫 Launch : February 18

🟨 #PS5 #HorizonForbiddenWest
🟧 @Guerrilla pic.twitter.com/f8g0GeD4DP

— PlayStation Game Size (@PlaystationSize) December 21, 2021

PlayStation Game Size merupakan sebuah akaun Twitter analisis yang menentukan saiz fail bagi game PlayStation akan datang, dan nampaknya mereka sudah mempunyai maklumat tentang Horizon Forbidden West. Secara lebih khusus, anda memerlukan storan sebanyak 96GB di PS5 untuk download game tersebut, di mana pemain yang membuat pra-pesanan boleh pre-load game ini pada 11 Februari.

Aloy aiming her bow at a new machine in a desert environment.

Sebagai perbandingan, Final Fantasy 7 Remake mempunyai saiz sebanyak 81 GB di PS5 dan 85 GB di PS4. Untuk sebab-sebab tertentu, fail game PS4 lebih besar daripada PS5 walaupun versi PS5 memiliki tekstur yang jauh lebih cantik bersama resolusi yang dipertingkatkan. Hal ini berkait rapat dengan teknologi PS5 yang mempunyai algoritma pemampatan fail yang lebih baik berbanding PS4. Disebabkan itu, kita boleh membuat andaian bahawa saiz Forbidden West di PS4 mungkin akan melebihi 100 GB.

Aloy hiding from a large new machine on the beach.

Selain itu, para peminat juga sudah mendapat pandangan pertama Horizon Forbidden West di PS4 selepas Guerrilla Games memuat naik beberapa screenshot baru di halaman media sosial Twitter. Gambar-gambar ini memang sama menakjubkan dengan versi PS5, dan buat sesiapa yang masih belum memiliki konsol next-gen tetapi tetap ingin bermain, anda tidak perlu risau tentang bab kualiti.

Aloy scaling a mountain, while tree large Sunwings fly next to her.

Bagi kawan-kawan yang berminat, anda boleh membuat pra-pesan untuk edisi fizikal Horizon Forbidden West (PlayStation 5 dan PlayStation 4) sejak 14 Disember 2021 lalu di semua pengedar sah PlayStation dan kedai Sony. Game ini rasmi akan dilancarkan pada 18 Februari 2022.

Tags: Horizon Forbidden WestPS4ps5saiz
Previous Post

Duduk bersama Pikachu dan Charizard dengan kerusi gaming Secretlab Pokémon!

Next Post

The Steam Award 2021 telah dedahkan senarai calon game untuk pelbagai kategori!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
The Steam Award 2021 telah dedahkan senarai calon game untuk pelbagai kategori!

The Steam Award 2021 telah dedahkan senarai calon game untuk pelbagai kategori!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd