Setelah sekian lama berada di platform PS dan platform PC lain, akhirnya 505 Games dengan kerjasama Kojima Productions membawa game Death Stranding ke Game Pass. Ia merupakan versi original yang dihasilkan oleh Hideo Kojima dan tiba ke platform Microsoft secara rasmi untuk pertama kali. Kini semua pelanggan Game Pass PC boleh bermainnya.
Game ini dibintangi pelakon terkenal Norman Reedus sebagai Sam “Porter” Bridges, merentasi kawasan-kawasan Amerika yang telah musnah selepas dilanda siri fenomena ghaib yang dikenali Death Stranding. Perjalanan ke barat untuk menghubungkan mereka yang tingal selepas manusia hampir pupus.Death Stranding menceritakan kisah tenatang ketabahan melalui emosi kepada komuniti Microsoft untuk pertama kali.
Berhubung dengan orang di seluruh dunia melalui Sistem Strand Sosial yang unik. Sumbangkan sumber yang diperoleh dengan susah payah untuk menambah baik persekitaran anda serta dunia pemain lain. Letakkan lebuh raya, zip-line, safehouse dan struktur lain secara strategik untuk menjadikan bumi lebih mudah dilalui dan memperoleh Like daripada komuniti. Galakkan perpaduan dengan “Like” struktur ciptaan pemain yang muncul dalam dunia anda sendiri.
Game Death Stranding akan tiba secara rasmi di PC Game Pass pada 23 Ogos jam 8 pagi. Jadi kalau anda tidak sabar untuk bermainnya, bolehlah bangun awal pagi nanti. Anda juga boleh lawati halaman kedai Xbox untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Game Pass.
Kami juga ada review game ini di PC sebagai rujukan untuk anda semua. Apapun, untuk mendapatkan liputan lain mengenai Game Pass daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post