Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sage Mode menjadi harapan terakhir selepas Naruto hilang kuasa Kurama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 25, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Sage Mode menjadi harapan terakhir selepas Naruto hilang kuasa Kurama!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas kehilangan Kurama, Naruto kini menjadi lebih lemah.. tetapi dalam bab terbaru untuk manga Boruto: Naruto Next Generations, kita dapat tahu bahawa Hokage ke-7 tersebut masih mampu menggunakan salah satu jutsu utamanya iaitu Sage Mode.

Boruto: Naruto Next Generations, Ch. 64: Shikamaru helps in the desperate search for Boruto and Kawaki! Read it FREE from the official source! https://t.co/dYm0nic7mw pic.twitter.com/uSbaGS6pfY

— Shonen Jump (@shonenjump) November 19, 2021

Bagi mereka yang tidak tahu, Kurama merupakan sumber tertinggi kepada kekuatan Naruto di mana dia menyumbangkan bekalan chakra hampir tiada had. Bukan setakat itu sahaja, Naruto juga dapat mengakses beberapa jutsu dan transformasi hebat seperti Baryon Mode bersama bantuan Kurama. Namun, peminat kini tertanya-tanya sejauh mana kekuatan Naruto berikutan kematian Kurama dalam pertempuran dengan Otsutsuki Isshiki.

AMARAN! Berikut adalah spoiler untuk Boruto: Naruto Next Generations #64

Dalam bab terbaru untuk manga, Naruto mendedahkan kepada Shikimaru bahawa dia masih boleh mengakses Sage Mode (versi asas), dan sebenarnya telah belajar cara untuk kekal dalam bentuk ini untuk tempoh masa yang lebih lama daripada sebelum ini. Naruto tidak menjelaskan bagaimana dia belajar, dan sebaliknya jawab “kebijaksanaan meningkat umur”.

Naruto asalnya mempelajari Sage Mode di Gunung Myoboku di bawah bimbingan Fukasaku dan berjaya mencapai mode versi “sempurna” dalam masa yang sangat singkat. Walaupun mode ini mempunyai had masa, setelah menjadi “Perfect Jinchuriki”, had itu telah dipecahkan sepenuhnya. Malah dengan menggunakan Kurama untuk mengumpulkan chakra, Naruto boleh menjadi lebih kuat lagi. Akhirnya, dia membuka Six Paths Sage Mode daripada Otsutsuki Hagoromo, yang menjadikan Naruto sebagai salah satu watak terkuat dalam siri.

Image

Apabila Kurama mati, teori di internet berkata bahawa Naruto telah kehilangan akses kepada kebanyakan jutsu utamanya, seperti kebolehan untuk mencipta seribu Shadow Clone, dan transformasi Nine Tails Chakra Mode serta Six Paths Sage Mode. Bab terbaru Boruto pula menunjukkan bahawa teori ini mungkin agak “tersasar” kerana Naruto sebenarnya masih boleh menggunakan kebanyakan jutsu. Dia hanya kehilangan jurus yang berkait secara langsung dengan Kurama sahaja.

Pada penghujung bab tersebut, Naruto (dalam bentuk Sage Mode) sedang bergegas lari untuk membantu Boruto dan Kawaki. Kemungkinan besar, kita dapat melihat beberapa jutsu atau teknik baru yang dicipta oleh Naruto untuk menggantikan kehilangan Kurama. Pada masa yang sama, ini juga boleh memberi gambaran yang lebih tepat tentang kekuatan semasa Naruto.

Apa pendapat anda? Jom kongsi pendapat di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang Naruto, sila tekan pautan ini.

Sumber – MangaPlus

Tags: animeBorutomanganarutoSage Mode
Previous Post

Kumpulan Gorillaz akan mendapat sebuah filem animasi di Netflix!

Next Post

Acara e-Sukan terbesar Malaysia Cyber Games akan datang pada tahun 2022!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu ROG Zephyrus Duo (2026) – Kuasa RTX 5090 Dalam Form-Factor Dua Skrin, Jadi Raja Multitasking
Review

Reviu ROG Zephyrus Duo (2026) – Kuasa RTX 5090 Dalam Form-Factor Dua Skrin, Jadi Raja Multitasking

July 23, 2026
Nikmati Game Klasik Xbox Di PC & Handheld Secara Backward Compatibility
Berita

Nikmati Game Klasik Xbox Di PC & Handheld Secara Backward Compatibility

July 23, 2026
Steam Rombak Sistem Gift & Wishlist – Mudahkan Kawan & Keluarga Belikan Game Untuk Kita
Steam

Steam Rombak Sistem Gift & Wishlist – Mudahkan Kawan & Keluarga Belikan Game Untuk Kita

July 23, 2026
Next Post
Acara e-Sukan terbesar Malaysia Cyber Games akan datang pada tahun 2022!

Acara e-Sukan terbesar Malaysia Cyber Games akan datang pada tahun 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd