S.T.A.L.K.E.R 2 tayangkan dunia hampir kiamat dalam teaser gameplay baru!

Pemaju GSC Game World dari Ukraine telah mendedahkan trailer baru untuk permainan open-world FPS mereka, S.T.A.L.K.E.R 2. Bagi mereka yang tidak tahu, S.T.A.L.K.E.R 2 pertama kali diumumkan di Xbox Games Showcase Microsoft dan mendapat banyak perhatian. Sekarang, sebuah “teaser in-engine” memberi peluang kepada peminat untuk melihat persekitarannya yang terperinci dan apa yang mereka bakal hadapi.S.T.A.L.K.E.R 2 berlangsung di Chernobyl Exclusion Zone. Dalam siri STALKER, dua bencana berlaku di dalam Zone, lalu menyebabkan mutasi dan anomali aneh muncul. Menurut GSC Game World, trailer ditampilkan dengan cara yang mewakili:-

“bagaimana permainan ini merasa dengan perubahan persekitaran yang pantas, pemandangan yang tidak menyenangkan dan perasaan bahaya yang tidak dapat dielakkan serta ditemani soundtrack gitar yang hampir tidak dapat dibezakan.”

Walaupun plot S.T.A.L.K.E.R 2 masih menjadi misteri, sesi Q&A GSC Game World dalam teaser dapat memberi idea kepada peminat tentang apa yang mungkin mereka alami. Dalam teaser, peminat dapat melihat bilik-bilik yang sangat terperinci dalam sebuah bangunan terbiar sambil menyaksikan bencana di luar dengan pokok-pokok yang tumbang dan asap memenuhi udara. Trailer ini juga mempunyai penamat yang menarik, kerana peminat dapat sekilas pandang kepada musuh di S.T.A.L.K.E.R 2.

Berdasarkan teaser ini, GSC World memanfaatkan sepenuhnya kemampuan Xbox Series X dengan menggunakan ray tracing, 4K ultra HD, dan menampilkan hingga 120 FPS. Teaser ini juga menunjukkan pencahayaan terperinci, animasi yang sangat halus, dan persekitaran yang sangat realistik.S.T.A.L.K.E.R 2 tidak mempunyai tarikh pelepasan yang tepat dan laman web rasmi memberitahu bahawa pemaju belum cukup bersedia untuk mengesahkan tarikh pelepasannya. Kemungkinan besar, ia akan dilancarkan pada hujung tahun 2021.

S.T.A.L.K.E.R 2
Publisher: GSC Game World
Developer: GSC Game World
Release Date TBC
Microsoft Windows, Xbox Series X|S
Ini adalah gabungan unik elemen FPS, simulator dan seram dengan suasana yang sangat tegang. Dikhabarkan sebagai salah satu dunia terbuka terbesar setakat ini untuk pemain teroka - bersama dengan jalan cerita bercabang dengan pelbagai penamat.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.