Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Rurouni Kenshin: Kyoto Disturbance Akan Ada Tayangan Khas Pada 28 September!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 19, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Rurouni Kenshin: Kyoto Disturbance Akan Ada Tayangan Khas Pada 28 September!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Odex dan GSC mengumumkan bahawa tayangan khas untuk Rurouni Kenshin: Kyoto Disturbance, musim kedua anime baru berdasarkan karya ciptaan Nobuhiro Watsuki, akan diadakan pada 28 September di Malaysia.

Menurut GSC, tayangan khas Rurouni Kenshin: Kyoto Disturbance adalah eksklusif di pawagam mereka sahaja di mana anda boleh membeli tiket sekarang bernilai RM45. Pakej tiket juga termasuk barangan eksklusif seperti ‘satu pelekat tatu import Jepun unik’ dan ‘satu poskad eksklusif dengan rekaan eksklusif.’

Berikut adalah butiran acara bagi sesiapa yang berminat:

  • GSC Mid Valley Megamall
  • Tarikh: 28 September 2024
  • Masa: 3:00PM
Kredit: GSC

Anda boleh membeli tiket melalui aplikasi atau laman web rasmi GSC di SINI.

Sinopsis

Pada era Meiji di Jepun, Himura Kenshin adalah seorang rōnin, yang mengembara di seluruh negara membantu orang ramai dengan kemahiran pedangnya. Dahulu seorang pembunuh yang ditakuti, dikenali sebagai Hitokiri Battōsai, dia kini hidup secara damai, dengan ikrar untuk tidak mengambil nyawa lagi sambil melindungi rakyat Jepun.

Dalam musim kedua akan datang, rupanya Himura bukanlah satu-satunya samurai yang memegang gelaran “Battosai”. Terdapat seorang lagi bernama Shishio Makoto yang berusaha untuk menghapuskan kerajaan dan mengawal Jepun, di mana dia telah mengumpulkan beberapa pahlawan terkuat di dunia untuk membantu dalam rancangan jahat ini.

Untuk menghentikan malapetaka ini, Kenshin dan rakan-rakan mengembara ke Kyoto untuk membawanya ke muka keadilan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Rurouni Kenshin: Kyoto Disturbance
ShareTweetSend
Previous Post

One Piece Live-Action Jumpa Pelakon Nico Robin & Crocodile!

Next Post

LiquidX Dijenamakan Semula Ke MON Co., Fokus Pada Pengembangan Penerbitan & Pertumbuhan IP.!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

SHINOBI: Art of Vengeance – Pengalaman Aksi Ninja Dibuatnya Sepenuhnya Dengan Lukisan Tangan
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Pengalaman Aksi Ninja Dibuatnya Sepenuhnya Dengan Lukisan Tangan

May 16, 2025
Civilization: Eras & Allies Catat Lebih 1.2 Juta Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran
Berita

Civilization: Eras & Allies Catat Lebih 1.2 Juta Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran

May 16, 2025
Konsert Stardew Valley: Festival of Seasons Bakal Memukau Malaysia Dengan Persembahan Muzikal
Konsert

Konsert Stardew Valley: Festival of Seasons Bakal Memukau Malaysia Dengan Persembahan Muzikal

May 16, 2025
Next Post
LiquidX Dijenamakan Semula Ke MON Co., Fokus Pada Pengembangan Penerbitan & Pertumbuhan IP.!

LiquidX Dijenamakan Semula Ke MON Co., Fokus Pada Pengembangan Penerbitan & Pertumbuhan IP.!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd