Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

LiquidX Dijenamakan Semula Ke MON Co., Fokus Pada Pengembangan Penerbitan & Pertumbuhan IP.!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 19, 2024
in Artikel, Berita, Game, Industri
0 0
0
LiquidX Dijenamakan Semula Ke MON Co., Fokus Pada Pengembangan Penerbitan & Pertumbuhan IP.!
Share on FacebookShare on Twitter

LiquidX, studio pembangunan dan penerbit di sebalik kebangkitan Pixelmon, telah dijenamakan semula kepada MON Co. Dipimpin oleh pasukan eksekutif utama dari studio terkemuka seperti Ubisoft, Electronic Arts (EA), Streamline Studios, Riot Games, Sony, Activision, dan Warner Media, MON Co. adalah penyatuan dan evolusi ekosistem LiquidX yang sedia ada.

Kredit: MON Co.

Landskap MON Co. merangkumi Pixelmon, francais IP utama mereka; MON Protocol, cabang Web3 dengan rangkaian produk tersendiri; serta dua projek baru yang diumumkan: MON Ventures dan francais IP Eternal League.

Antara Pixelmon dan MON Protocol, pasukan ini telah membina komuniti besar peminat dan gamer Web3 dan kini bersiap untuk Beta tertutup bagi game utama mereka, Warden’s Ascent. Pasukan juga melancarkan token $MON awal tahun ini, di mana acara penjanaan token (TGE) berlangsung lebih tiga bulan yang lalu.

Warden’s Ascent adalah Turn Based RPG untuk peranti mobile, game utama dalam IP Pixelmon, yang sedang melalui Beta tertutup dan bersedia untuk dilancarkan kepada umum pada tahun 2025. Pasukan MON telah membangunkan game ini selama dua setengah tahun sambil memperluas komuniti mereka sebagai persediaan untuk pelancaran.

Pixelmon membuat penampilan sulung di Gamescom 2024, acara gaming terbesar di dunia dengan lebih daripada 335,000 pengunjung dari 120 negara, pada Ogos 2024.

Dalam pameran pengalaman tersebut, game dan industri dapat mencuba tiga game mid-core: Warden’s Ascent, Warriors of Nova Thera, dan Eternal League. Game ini kini boleh didaftarkan untuk ujian Beta tertutup.

Rancangan MON untuk tahun 2024/2025 termasuk melancarkan siri inisiatif penglibatan utama di pasaran seperti Asia, sambil meneruskan usaha mengisi jurang antara pemain Web2 dan Web3 dengan membina komuniti gaming yang lebih luas.

Syarikat induk baru MON Co. menggabungkan operasi studio dan pembangunan yang sedia ada dengan keupayaan penerbitan yang kukuh untuk merealisasikan visi mereka mencipta dunia hiburan baru berasaskan blockchain.

Model ini akan menyokong semua produk teras, derivatif, dan rakan kongsi masa depan dengan menyediakan kepakaran strategik dan eksekusi berpusat, sambil mengoptimumkan sumber berdasarkan skala ekonomi.

Tags: MON Co
ShareTweetSend
Previous Post

Rurouni Kenshin: Kyoto Disturbance Akan Ada Tayangan Khas Pada 28 September!

Next Post

Dikatakan Meniru, Palworld Disaman Oleh Nintendo & The Pokémon Company!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Dikatakan Meniru, Palworld Disaman Oleh Nintendo & The Pokémon Company!

Dikatakan Meniru, Palworld Disaman Oleh Nintendo & The Pokémon Company!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd