Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

RPG “Mortal Kombat: Onslaught” diumumkan untuk iOS & Android, bakal keluar tahun 2023!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 19, 2022
in Android, Artikel, Berita, Fighting, iOS, Mobile
0 0
0
RPG “Mortal Kombat: Onslaught” diumumkan untuk iOS & Android, bakal keluar tahun 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Penerbit Warner Bros Games dan pemaju serta penerbit bersama NetherRealm Studios telah mengumumkan Mortal Kombat: Onslaught, sebuah “collection RPG” yang akan dikeluarkan untuk platform iOS dan Android pada tahun 2023.

Berikut ialah gambaran keseluruhan game, menurut Warner Bros. Games:

MK: Onslaught menampilkan pengalaman cerita sinematik eksklusif mobile yang pertama untuk francais, di mana pemain mesti membina pasukan pahlawan daripada senarai watak yang luas—dan melancarkan mereka dalam pertempuran kumpulan real-time untuk menghentikan ancaman gelap dan berbahaya daripada mendatangkan malapetaka di seluruh alam.

Judul ini akan menjadi entri mobile terbaharu untuk francais Mortal Kombat sejak keluaran Mortal Kombat Mobile, yang telah mengumpulkan lebih daripada 150 juta muat turun dan merupakan salah satu daripada lima fighting game yang paling banyak dimuat turun pada iOS dan Android.

“Mortal Kombat adalah francais legenda dan fenomena budaya pop, dan akan terus melibatkan pemain dan memajukan genre ‘fighting’ merentasi pelbagai platform.

“Mortal Kombat: Onslaught adalah bukti mengapa Mortal Kombat menjadi antara francais game terbaik selama lebih 30 tahun, kerana pasukan NetherRealm terus berinovasi dan membawa gameplay baharu kepada peminat.”

kata presiden Warner Bros. Games, David Haddad dalam kenyataan akhbar.

Ketua pegawai kreatif NetherRealm Studios Ed Boon menambah:

“Kami menolak sempadan Mortal Kombat untuk membolehkan pemain mengalami francais dalam cara baharu, sambil tetap berpegang teguh pada sifat terasnya yang mendalam.”

“Dengan Mortal Kombat: Onslaught, kami membayangkan Mortal Kombat ke dalam collection RPG koleksi berasaskan pasukan strategik dengan pertempuran jarak dekat pantas yang boleh dinikmati oleh peminat baharu dan sedia ada.”

Buat masa ini, ini sahaja info yang kami tahu tentang Mortal Kombat: Onslaught. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web teaser di SINI.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Mortal Kombat, sila tekan pautan ini.

Tags: AndroidiOSMobilemortal kombatMortal Kombat: Onslaught
Previous Post

Red Dead Redemption 1 dibuang daripada PS4 & PS5, kini tidak wujud di PS Store!

Next Post

Xbox Game Pass tambah A Plague Tale: Requiem, Persona 5 Royal & banyak lagi untuk Oktober 2022!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Xbox Game Pass tambah A Plague Tale: Requiem, Persona 5 Royal & banyak lagi untuk Oktober 2022!

Xbox Game Pass tambah A Plague Tale: Requiem, Persona 5 Royal & banyak lagi untuk Oktober 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd