Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

RPG Jepun Paling Hangat – Ys 6 Mobile Cecah Jutaan Muat Turun Di Asia, Kod Spesial Khas Untuk Malaysia – Cepat Redeem!

Artikel ini dibuat dengan kerjasama VNG Games

Maira by Maira
May 6, 2022 - Updated on July 5, 2022
in Android, Artikel, Berita, Beta, Game, iOS, Mobile
0 0
0
RPG Jepun Paling Hangat – Ys 6 Mobile Cecah Jutaan Muat Turun Di Asia, Kod Spesial Khas Untuk Malaysia – Cepat Redeem!
Share on FacebookShare on Twitter

Para pengembara bersiap sedia! Ys VI: The Ark of Napishtim (Ys 6 Mobile), RPG klasik Jepun yang berusia melebihi 30 tahun terbitan Nihon Falcom, kini boleh dimuat turun di platform mobile di seluruh Malaysia bermula hari ini!

Sebagai versi mobile yang diadaptasi dari permainan video konsol terkenal Jepun, JRPG ini telah debut di Jepun pada Julai 2021 dan tidak lama kemudian itu, ianya memasuki pasaran Taiwan, Macau dan Hong Kong. Bukan sahaja mendahului carta dalam kedua-dua gedung aplikasi iOS dan Android, malah game ini turut mengumpul lebih daripada 3 juta muat turun di seluruh Asia setakat ini. Seiring dengan gelombang kejayaan ini, pemain-pemain di Malaysia kini turut dapat merasai pengalaman Ys 6 Mobile, yang diiktiraf secara meluas sebagai salah satu game mobile JRPG tahun ini yang paling dinanti-nantikan.

Ys 6 merupakan entri keenam dalam siri Ys milikan FALCOM yang kini sudah berusia 35 tahun. Game ini banyak mencuri hati pemain selama 2 dekad yang lalu sejak ianya diterbit dalam bentuk PC dan konsol pada peringkat awal. Jalan cerita yang menarik, watak yang digemari ramai serta kaedah permainan (gameplay) yang seronok menjadikannya salah satu RPG klasik Jepun yang tidak dapat diganti sehingga kini. Peminat dahulu serta pemain baru kini berpeluang untuk menyelami RPG klasik ini yang menjadi kegilaan dunia!

Buat para pembaca sekalian, jangan terlepas peluang untuk menebus kod ekslusif masa terhad dalam game SEKARANG:

PRECANAAN

Dengan menggunakan kod khas ini, pemain lokal boleh menebus pek hadiah dalam game yang bernilai sebanyak RM20. Kod ini hanya boleh diguna-pakai dalam tempoh 6 Mei – 15 Jun 2022 (tertakluk kepada terma dan syarat). Jadi, pengembara berani, tunggu apa lagi? 

Jom mulakan pengembaraan anda di Ys 6 sekarang melalui https://ys.onelink.me/ZfJN/prmy dalam Google Play and App Store!

Untuk melihat watak-watak Ys 6 Mobile: The Ark of Napishtim, yang bertenaga dan dunia yang luas, sila tonton video di bawah:

Sejak ditular di laman sosial, TVC Ys 6 Mobile terus menjadi sohor dan kini sudah mencecah lebih 200 ribu tontonan dalam tempoh 4 hari!

Selami Diri Anda dalam Dunia Ys Dengan Fungsi Cross-Player dan Grafik yang Terbaru

Digelar perintis terunggul bagi RPG moden di Jepun, Nihon Falcom selaku penerbit game mobile Ys 6 menyarankan pemain lama dan baru supaya sama-sama mengembara di dunia Ys. Bukan sahaja menampilkan grafik terbaru yang bertaraf anime moden Jepun, malah Ys 6 Mobile turut mengekalkan estetik serta keaslian PS2 bagi peminat yang menggemari legasi klasik Ys, dan ini dapat menjaminkan pengalaman permainan yang paling mantap kepada semua pemain.

Selain itu, pertarungan cabaran game versi mobile ini juga dilengkapi dengan runut bunyi serta muzik latar yang gempak demi memberikan pengalaman pengembaraan yang paling unik kepada setiap pemain.

Selain daripada grafik bertaraf anime Jepun, Ys 6 Mobile turut menyediakan alam pengembaraan tanpa sempadan yang membolehkan semua pemainnya untuk bertemu dalam talian dan membina rantaian rakan seperjuangan sepanjang perjalanan menerokai dungeon, pertarungan bos serta pencarian harta karun.

Dalam memupuk hubungan dan interaksi sosial, pelbagai aktiviti berbilang pemain boleh dilakukan. Antaranya termasuk: kelengkapan fesyen, menghiasi rumah, bertani, serta membina parti serbuan untuk mengalahkan bos-bos yang mencabar.

Dalam itu, pemain-pemain Ys 6 Mobile juga boleh menjalinkan hubungan romantis. Pasangan dalam game boleh berkahwin secara maya dengan fesyen bergaya, dan seterusnya memenangi hadiah pasangan yang menarik. Pemain juga boleh mengumpul haiwan peliharaan sebagai teman pengembaraan, di samping meningkatkan tahap kuasa tempuran haiwan kesayangan mereka dan memberi mereka kelengkapan yang bergaya dari semasa ke semasa.

Perjalanan merentasi bumi Ys yang indah

Dalam Ys 6 Mobile, pengembaraan pemain akan bermula dari perentasan yang betempat di Canaan Islands yang terdiri daripada beberapa lokasi seperti Holy Zemeth Santum, Rehda Village dan Rimorge Port. Sepanjang perjalanan itu, pemain boleh meneroka gunung-ganang asli dan gua-gua misteri bawah air di samping mendedahkan rahsia purba tanah itu.

Para pengembara akan bermain bersama Adol, seorang pengembara terkemuka dunia yang telah menulis ribuan jilid travelog, serta haiwan peliharaannya. Selepas sebuah serangan yang dilancarkan oleh armada kapal Romun, Adol mendapati dirinya berada di Canaan Islands dan seterusnya ditemui oleh anak-anak perempuan penghulu Rehda Village yang berdekatan. Dari sinilah pengembaraan dan cerita Ys 6 mobile bermula…

Pemain boleh memilih penampilan karakter yang berasaskan 5 kelas yang berbeza berdasarkan pilihan mereka masing-masing. Antaranya termasuk pahlawan, renjer, pembunuh upahan dan ahli sihir (samurai akan dilancar kemudian nanti). Bagi perkembangan setiap karakter, pemain dapat mengkhususkan karakter kepada salah satu daripada 9 sub-kelas yang terdapat dalam game ini. 

Pemain Malaysia kini boleh menyertai game mobile ini dan mengembara dunia Ys 6 bersama jutaan pemain seluruh dunia. Jom muat turun Ys 6 Mobile sekarang di Google Play dan App Store!

Untuk maklumat lanjut tentang Ys 6 Mobile, anda boleh lawati laman web rasmi atau media sosial rasmi di bawah:

  • Facebook
  • Community Group
  • Instagram
  • Tiktok
  • Youtube
Tags: beta terbukaMobileYs 6 Mobile
Previous Post

Life Makeover – Game dress-up AAA pertama, pra-daftar sekarang!

Next Post

Zenless Zone Zero – Game terbaru daripada HoYoverse, pembangun Genshin Impact!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Zenless Zone Zero – Game terbaru daripada HoYoverse, pembangun Genshin Impact!

Zenless Zone Zero - Game terbaru daripada HoYoverse, pembangun Genshin Impact!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd