NCSoft dan pembangun Dynamis One telah mendedahkan teaser gameplay pertama untuk RPG akan datang, Astrae Oratio (secara rasmi disingkatkan sebagai “Asora”).
Selain daripada trailer tersebut, pihak pembangun turut mendedahkan poster visual utama dan mengemas kini laman rasmi game ini. Para pemain juga boleh menemui pelbagai kandungan baharu di media sosial rasmi mereka, termasuklah komik, kartun empat panel, setem SD yang comel, dan maklumat latar belakang.
Tokyo Serba Canggih pada Akhir Abad ke-19
Dibangunkan oleh Dynamis One (sebuah studio yang diasaskan oleh bekas pembangun Blue Archive) Astrae Oratio merupakan sebuah RPG yang berlatarkan Jepun pada akhir abad ke-19 dalam versi magik yang sangat bergaya. Kisahnya bermula pada tahun 1889, iaitu tahun ke-9 dalam era rekaan yang dipanggil Era Reisei.
Walaupun kalendar menunjukkan tahun 1889, ini bukanlah sejarah yang kita tahu. Dunia di dalam gameini menampilkan teknologi, budaya, dan pembangunan sosial yang berkembang pesat hampir seratus tahun mendahului zaman akhir abad ke-19 sebenar.
Apa yang penting, populasi bandar raya yang melonjak naik mempunyai kaitan langsung dengan kekuatan magiknya. Dalam Astrae Oratio, kekuatan magik berkadar terus dengan kepadatan hidup manusia. Memandangkan Tokyo merupakan metropolis terbesar di Bumi, ia menjadi wilayah magik paling berkuasa di dunia.
Peranan Pemain
Pemain akan memegang peranan sebagai seorang Shunin (ketua atau penyelia) yang ditugaskan di Special District Office. Badan pentadbiran ini ditubuhkan oleh sekumpulan birokrat misteri yang dikenali sebagai “Other Cabinet,” dan berfungsi untuk menguruskan kuasa magik yang rumit dan luar biasa di seluruh bandar.
Apabila perselisihan faham berlaku antara ahli sihir, ia akan diselesaikan melalui pertarungan rasmi yang dipanggil “Trials of Dominion” (atau “Trials by Combat”). Dalam combat, ahli sihir akan menggunakan “Artifact”: iaitu senjata yang menjadi manifestasi daripada kekuatan azam mereka.
Artifact ini hadir dalam pelbagai bentuk, seperti barangan antik (contohnya Hecate’s Dagger) sehinggalah kepada senjata moden. Perjalanan pemain akan melibatkan interaksi dengan beberapa pakatan dan puak di seluruh daerah Tokyo.
Astrae Oratio akan dilancarkan pada tahun 2026.




![[Unboxing] Sid Meier’s Civilization VII Collector’s Edition!](https://cdn.gamersantai.com/2026/06/Civilization-VII-Collectors-Edition_UNBOXING_FI-1-75x75.jpg)




Discussion about this post