Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ROG Ally X Bernilai RM 4,299, Pre-Order Dibuka Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 17, 2024
in Aksesori, Artikel, Berita, Komputer, PC, Teknologi
0 0
0
ROG Ally X Bernilai RM 4,299, Pre-Order Dibuka Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mengumumkan model baharu untuk konsol handheld gaming ROG Ally yang popular pada bulan lepas, hari ini ASUS Republic of Gamers (ROG) Malaysia secara rasminya mengumumkan harga dan promosi pre-order untuk ROG Ally X, yang bernilai RM4,299!

Spesifikasi Umum

Kredit: ASUS ROG Malaysia

Pertama sekali, ROG Ally X dimuatkan SSD 1TB baharu, yang merupakan peningkatan daripada saiz 512 GB (pada Ally original) supaya pengguna mempunyai ruang untuk semua game mereka. Selain itu, versi ‘X’ menggunakan motherboard baharu dengan slot faktor bentuk M.2 2280, membolehkan pengguna meningkatkan storan kepada saiz yang lebih besar dengan lebih mudah.

Kredit: ASUS ROG Malaysia

Menemani storan ini ialah RAM 24 GB LPDDR5X-7500 untuk lebih fleksibiliti. Sebagai APU, AMD Ryzen Z1 Extreme berkongsi RAM video dengan RAM sistem peranti. Disebabkan game moden kini menggunakan lebih banyak VRAM untuk tekstur dan resolusi tinggi, sistem memori 24 GB memperuntukkan lebih banyak memori kepada peranti dan GPU untuk prestasi lebih lancar.

Kredit: ASUS ROG Malaysia

Di bahagian luar, ROG Ally X menampilkan casis yang direka semula dalam kemasan warna hitam baharu, dengan pemegang yang lebih dalam dan bentuk lebih bulat untuk keselesaan tambahan. Butang dan joystick disusun dalam sudut yang lebih ergonomik; dan butang makro di bahagian belakang juga lebih kecil, untuk mengurangkan tekanan yang tidak disengaja.

Joystick digantikan dengan modul baharu lebih tahan lama, manakala D-Pad turut ditambah baik, dengan input lapan-arah lebih tepat untuk game lawan-lawan dan retro.

Kredit: ASUS ROG Malaysia

Disebabkan ramai pengguna meminta port I/O yang lebih universal, jadi port XG Mobile original telah digantikan dengan dua port USB-C pada ROG Ally X, salah satunya serasi dengan Thunderbolt agar boleh beroperasi dengan aksesori pihak-ketiga dan GPU external.

Akhir sekali, ROG Ally X dilengkapi dengan bateri 80 Wh, jadi pengguna boleh bermain lebih lama tanpa mengecas. Untuk menampung bateri ini, ROG Ally X menampilkan kipas baharu yang 23% lebih kecil, 50% lebih nipis untuk meningkatkan aliran udara.

Kredit: ASUS ROG Malaysia

Info lanjut tentang peranti boleh dibaca di SINI.

Harga dan Ketersediaan

Kredit: ASUS ROG Malaysia

ROG Ally X (2024) akan dijual secara rasmi di Malaysia pada harga RM4,299 bersama dengan promosi pre-order bermula dari 17 Julai hingga 31 Julai 2024.

Semasa tempoh ini, ROG ALLY X hadir dengan pakej pre-order bernilai RM658, termasuk ROG ALLY Premium Hard Case, dan ROG Gaming Charger Dock & Screen Protector, sementara stok masih ada.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh pre-order ROG Ally X secara eksklusif di SINI!

Tags: ROG Ally X
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Xiaomi Curved Gaming Monitor G34WQi – Monitor Ultrawide Mampu Milik?

Next Post

ASUS ROG Umum Gaming Laptop ‘Strix Point’ Baharu, Harga Bermula RM7,599

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
ASUS ROG Umum Gaming Laptop ‘Strix Point’ Baharu, Harga Bermula RM7,599

ASUS ROG Umum Gaming Laptop 'Strix Point' Baharu, Harga Bermula RM7,599

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd