Hari ini, ASUS Republic of Gamers (ROG) Malaysia telah mengumumkan harga dan promosi pre-order untuk laptop gaming AMD Strix Point serba baharu, yang terdiri daripada Zephyrus G16 dan TUF Gaming A14. Mungkin ada yang tidak tahu, tetapi Strix Point merupaka satu lagi nama untuk pemproses mobile Ryzen AI 300 Series.
Dibina dengan casis ultraportable baharu, kedua-duan produk kini menampilkan pemproses AMD Ryzen 9 AI HX 370, dengan NPU dalaman untuk tugas dipacu AI dan GPU NVIDIA berdedikasi. Kini dalam pakej nipis dan ringan, kedua-dua laptop gaming AMD tersebut bersedia untuk sebarang senario, daripada gaming kepada produktiviti dan banyak lagi!
Zephyrus G16
ROG mara ke hadapan dengan Zephyrus G16 baharu, kini merupakan PC AI sebenar berkat pemproses AMD Ryzen 9 AI HX 370.
Dengan 12 core, 24 thread, NPU AMD Ryzen AI XDNA 2 mampu mencapai prestasi AI sebanyak 50 TOP, bersama dengan 31 TOPS daripada CPU dan grafik Radeon 800M bersepadu, untuk meningkatkan produktiviti dalam aplikasi yang didayakan AI.
Zephyrus G16 2024 dimuatkan GPU Laptop NVIDIA GeForce RTX 4070, yang sendirinya mampu capai prestasi AI sehingga 321 TOP pada TGP maksimum 105 watt. Untuk gamer, pencipta atau jurutera, gabungan kuasa pemprosesan AI total 402 TOP dalam G16 akan mengubah cara mereka bekerja dan bermain, membolehkan berbilang aplikasi AI berjalan serentak.
Platform AMD baharu ini dibungkus dalam reka bentuk nipis dan ringan, dengan casis aluminium CNC, bersama rekaan Slash Lighting yang boleh diubahsuai pada penutup. Ia turut menampilkan paparan ROG Nebula dengan panel OLED yang menyokong NVIDIA G-SYNC. Aspek ratio 16:10, resolusi 2.5K dan refresh rate 240 Hz cukup sempurna untuk gaming dan penciptaan kandungan, dengan perakuan VESA DisplayHDR True Black 500 untuk pengalaman HDR terbaik.
Di dalam, ROG Zephyrus G16 mempunyai memori 32 GB LPDDR5X-7500, dengan sokongan untuk standard SD Express 7.0 baharu. Selain itu, ia merupakan laptop ROG pertama yang menyokong WiFi 7.
Info lanjut di SINI!
TUF Gaming A14
Buat pertama kalinya, ASUS kini menawarkan faktor bentuk 14-inci dalam barisan TUF Gaming. Dibina supaya ultra-portable dan ultra-kuat, TUF Gaming A14 baharu mempunyai berat hanya 1.46 kg dan berukuran 1.69 cm tebal. Walaupun dengan dimensi ini, A14 masih menyokong sehingga GPU Laptop NVIDIA GeForce RTX 4060 dengan TGP maksimum 100 W, untuk pengalaman gaming luar biasa.
Selain itu, TUF Gaming A14 dilengkapi dengan memori LPDDR5 dual-channel serta dua slot SSD M.2 2280 , jadi pengguna boleh menambah storan dalam slot kedua atau menaik taraf untuk jumlah storan lebih tinggi dalam komputer riba 14 inci. ‘USB power delivery’ melengkapkan peranti ini, untuk pengecasan yang mudah semasa dalam perjalanan dengan keserasian luas antara peranti berkat USB-C.
Info lanjut di SINI!
Harga dan Ketersediaan
Dengan kuasa Strix Point, ROG Zephyrus G16 (AMD) akan dijual secara rasmi di Malaysia bermula dari harga RM11,499 manakala laptop ASUS TUF Gaming A14 berharga RM7,599. Kedua-dua laptop baharu datang dengan promosi pre-order istimewa bernilai sehingga RM999 bermula dari 17 Julai hingga 31 Julai 2024.
- Jika prapesan Zephyrus G16, anda layak menebus ROG SLASH Hard Case Luggage bernilai RM999.
- Jika prapesan ASUS TUF Gaming A14, anda layak menebus ASUS TUF Gaming Monitor (VG249Q3A) bernilai RM755.
Jika berminat, anda boleh pre-order di SINI, sementara stok masih ada!
@gamersantaimy
Discussion about this post