Selepas terdengar berita ini, ternyata kami amat menyentuh hati. Rockstar Games nampaknya telah mengatur sesi playtest awal Grand Theft Auto (GTA) 6 untuk seorang peminat yang sakit tenat, susulan satu rayuan viral daripada seorang pembangun game.
Rayuan tersebut asalnya dibuat oleh Anthony Armstrong, seorang UI Integrator di Ubisoft Toronto, yang menggunakan LinkedIn untuk meminta bantuan kenalannya. Armstrong mendedahkan bahawa seorang ahli keluarga terdekat, yang digambarkan sebagai peminat tegar francais itu seumur hidup, telah bertahun-tahun bertarung dengan kanser dan baru-baru ini diberi prognosis hanya enam hingga dua belas bulan untuk hidup.
Memandangkan Grand Theft Auto 6 akan dikeluarkan pada 19 November 2026, tempoh masa ini bermakna peminat tersebut mungkin tidak berkesempatan untuk melihat pelancaran game itu.

“Sebab saya menghubungi adalah kerana mereka merupakan peminat besar GTA dan, dengan perkembangan kesihatan terkini, dia mungkin tidak dapat bertahan cukup lama untuk melihat pelancaran GTA 6,” tulis Armstrong dalam posting yang kini telah dipadamkan. Beliau menyatakan bahawa ahli keluarganya itu tinggal berdekatan dengan studio Rockstar di Oakville dan bertanya jika satu playtest eksklusif boleh diaturkan, sambil mengakui kerahsiaan ketat yang menyelubungi projek tersebut.
“Saya sangat memahami keperluan untuk kerahsiaan… jadi sekurang-kurangnya NDA mungkin diperlukan.”
Posting itu mendapat perhatian dalam komuniti, akhirnya sampai ke peringkat tertinggi syarikat induk Rockstar, Take-Two Interactive.
Pada hujung minggu lalu, Armstrong mengemas kini posting tersebut dengan satu perkembangan:
“CEO Take-Two telah menghubungi kami dan kami hanya menunggu maklum balas daripada pasukan Rockstar untuk membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut.”
Tidak lama selepas itu, Armstrong memberikan kemas kini terakhir sebelum memadam posting itu sepenuhnya.
“Kemas Kini Terakhir: Kami telah bercakap dengan mereka hari ini dan mendapat berita gembira,” tulis Armstrong. “Itu sahaja yang boleh saya katakan, tetapi terima kasih kepada anda semua dari lubuk hati saya.”









Discussion about this post