Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Arknights: Endfield – Cara Dapatkan 135 Pull & Operator 6-Star Seawal Hari Pertama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 19, 2026
in Android, Artikel, Berita, Epic Store, Gacha, iOS, Mobile, Panduan, PC, PS5, RPG
0 0
0
Arknights: Endfield – Cara Dapatkan 135 Pull & Operator 6-Star Seawal Hari Pertama!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan pelancaran global Arknights: Endfield yang hanya tinggal tiga hari lagi, pembangun Gryphline telah mengeluarkan “Key Resource Guide,” yang menggariskan apa yang boleh dijangkakan oleh pemain apabila server dibuka pada 22 Januari ini.

Info rasmi mendedahkan jumlah mengejutkan iaitu sebanyak 135 percubaan Headhunting (gacha banner), bersama Operator 6-star percuma dan senjata, yang boleh didapati melalui pelbagai acara pelancaran dan milestone.

Arknights: Endfield Official Release Key Resource Guide

Get a Total of 135 Headhunting Attempts, 6★ Operators, and 6★ Weapons!#ArknightsEndfield #WorldwideRelease Launches Jan. 22!

Here is a guide to acquiring key resources in the official release of Arknights: Endfield.… pic.twitter.com/6tlOc4gkSz

— Arknights: Endfield (@AKEndfield) January 16, 2026

Berikut adalah pecahan bagaimana pemain boleh menuntut sumber-sumber ini bermula hari Khamis ini.

Ganjaran Percuma “Welcome to Talos-II”

Pemain tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan ganjaran pertama. Hanya dengan pencapaian milestone pra-pendaftaran global yang telah dipenuhi, semua pemain akan menerima in-game mail selepas pelancaran yang mengandungi:

//Snowshine

Snowshine is a Rhodes Island operator assigned to Endfield Industries where she serves as a search and rescue (SAR) professional.

She is an expert in polar and high-altitude environments, the author of Polar Survival Guide, and a rescuer who never leaves anyone… pic.twitter.com/HSCALJ4QZ1

— Arknights: Endfield (@AKEndfield) November 25, 2025
  • 20 Basic Headhunting (HH) Permit
  • Operator 5-star “Snowshine”
  • Senjata 5-star “Finishing Call” (Greatsword)
  • Pelbagai mata wang dan bahan naik taraf.

//Ardelia

Ardelia is a Rhodes Island operator assigned to Endfield Industries where she serves as an expert geologist.

She often appears at disaster sites, collecting samples, conducting analyses, and investigating the connection between Ætherside and geological disasters.… pic.twitter.com/bd4dMtYuje

— Arknights: Endfield (@AKEndfield) November 24, 2025

Selain itu, acara “Awakening Sign-In” memberi ganjaran kepada pemain hanya dengan log masuk. Log masuk selama 14 hari akan membuka Operator 6-star “Ardelia” dan senjata khasnya iaitu Senjata 6-star “Dreams of the Starry Beach” (Arts Unit), serta tambahan 12 Chartered HH Permits.

Ganjaran Kemajuan

Sebahagian besar daripada 135 pull tersebut datang daripada aktiviti bermain dan menaikkan level.

Acara Pemula “New Horizons”

Setelah Event Center dibuka, pemain boleh melengkapkan misi utama untuk memperoleh 40 permit “New Horizons”. Permit ini digunakan pada banner pemula khas yang menjamin seorang Operator 6-star dalam tempoh 40 percubaan. Pilihan watak untuk jaminan ini termasuk Ember, Lifeng, Ardelia, Last Rite, atau Pogranichnik.

Melengkapkan 40 pull tersebut juga memberikan “New Horizons Weapon Supply,” sebuah peti yang membolehkan anda memilih senjata 6-star tertentu, termasuk “Oblivion” (Arts Unit) atau “Sundered Prince” (Greatsword).

Ganjaran Authority Level

Apabila pemain meningkatkan Authority Level (level akaun) mereka, ganjaran lumayan akan dibuka pada level 8, 15, 20, 30, dan 45. Mencapai tahap-tahap ini memberikan sebanyak 40 Basic HH Permit dan peti “Curated Weapon Supply”, yang membolehkan satu lagi pilihan percuma untuk senjata 6-star.

Jadual Sign-In Masa Terhad

Gryphline juga telah merangka kalendar acara sign-in, menawarkan permit khusus untuk banner masa terhad:

  1. Firewalker’s Trail (Pelancaran – 7 Feb 2026): Acara log masuk 7 hari yang memberi ganjaran 5 permit untuk banner “Scars of the Forge”.
  2. Messenger Express (7 Feb – 24 Feb 2026): Acara log masuk yang memberi ganjaran 5 permit untuk banner “The Floaty Messenger”.
  3. Spectral Splendor (24 Feb – Kemaskini Seterusnya): Acara log masuk yang memberi ganjaran 5 permit untuk banner “Hues of Passion”.

Arknights: Endfield akan dilancarkan pada 22 Januari 2026 untuk PlayStation 5, PC melalui launcher rasmi dan Epic Games Store, iOS melalui App Store, dan Android melalui Google Play. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Arknights: Endfield
ShareTweetSend
Previous Post

Rockstar Games Tunai Impian Peminat Sakit Tenat, Beri Akses Awal Kepada GTA 6

Next Post

Super Space Sheriff Gavan Infinity – Inilah Barisan Pelakon Utama!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Super Space Sheriff Gavan Infinity – Inilah Barisan Pelakon Utama!

Super Space Sheriff Gavan Infinity - Inilah Barisan Pelakon Utama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd