Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Mafia: The Old Country – Bermula Dari Bawah, Kita Diheret Menjadi Mafioso!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 7, 2025 - Updated on August 8, 2025
in Action, Artikel, Berita, Game Review, PC, PS5, Review, Single Player, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Reviu Mafia: The Old Country – Bermula Dari Bawah, Kita Diheret Menjadi Mafioso!
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAS KINI: Berikutan kemas kini hari pertama untuk Mafia: The Old Country versi PC, had 30 FPS pada cutscene bukan lagi satu isu. Pemain kini diberi pilihan tetapan 30, 60, atau Tanpa Had. Oleh itu, kami telah mengeluarkan perkara ini daripada senarai kelemahan.

Artikel asal adalah seperti berikut:


Francais Mafia kembali dengan entri terbaharu, Mafia: The Old Country. Kali ini, kita tidak lagi berada di jalanan Amerika, sebaliknya dibawa menyelami sebuah prekuel yang berlatarkan Sicily pada era 1900-an, dibangunkan sepenuhnya menggunakan Unreal Engine 5.

Meninggalkan formula open world Mafia III, pembangunnya kembali ke akar umbi dengan pengalaman yang lebih berfokus, sinematik, dan didorong oleh penceritaan—sebuah pendekatan yang pastinya menggamit nostalgia peminat Mafia I dan II.

Pada pandangan saya, ini bukan sekadar game, tetapi sebuah drama jenayah interaktif yang cemerlang. Kisah kebangkitan kuasa yang dipersembahkan mungkin bergerak perlahan, namun setiap langkahnya penuh dengan makna.

Kejayaan ini disokong padu oleh barisan watak yang mantap serta latar dunia yang terasa benar-benar hidup dan mengasyikkan. Ayuh, kita selami lebih dalam.

Mengenali Enzo Favara

Kisah ini memfokuskan perjalanan Enzo, seorang budak lelaki yang nasibnya begitu malang apabila dijual oleh bapanya sendiri kepada sindiket perlombongan sulfur milik Keluarga Spadaro. Selama 12 tahun terperangkap di sana, dia bertungkus-lumus mengumpul wang dengan harapan dapat melepaskan diri daripada neraka itu.

Namun, takdir mempunyai rancangan lain apabila keadaan di lombong menjadi semakin bahaya; gegaran kerap menjadikan gua tidak stabil, dan kehilangan rakan sekerja mula menyemai rasa resah di kalangan pelombong.

Kredit: 2K Games

Apabila ketua sindiket tetap memaksa mereka bekerja, Enzo dan rakannya diarah menyiasat punca kehilangan pekerja di dalam gua. Di sana, mereka menemui mangsa-mangsa pengsan akibat kebocoran gas. Tanpa diduga, satu letupan berlaku, memaksa mereka lari menyelamatkan diri dari gua yang runtuh.

Walaupun banyak nyawa terkorban, sindiket itu masih tidak berganjak. Keberanian Enzo tercabar apabila dia bersemuka dengan Il Merlo, lalu sebuah pertarungan pisau yang sengit pun bermula. Enzo berjaya mencederakan lawannya dan menggunakan kekecohan akibat satu lagi gegaran untuk melarikan diri.

Kredit: 2K Games

Namun, Il Merlo tidak melepaskannya begitu sahaja. Pengejarannya membawa mereka ke tanah milik Don Bernardo Torrisi, yang murka kerana ahli Keluarga Spadaro itu telah menceroboh wilayahnya. Di bawah naungan Don Torrisi, Enzo diberi peluang kedua dan direkrut untuk bekerja di bawah seliaan Luca, orang kanan Don.

Kredit: 2K Games

Berbekalkan kerajinan dan tunjuk ajar Luca, Enzo perlahan-lahan membina nama dan menaiki tangga kuasa dalam keluarga tersebut.

Sedikit demi sedikit, tabir perniagaan sebenar keluarga itu tersingkap, dan Enzo akhirnya diterima sebagai sebahagian daripada mereka, sekali gus mengheretnya ke dalam konflik antara keluarga-keluarga mafia yang semakin membarah.

Perjalanan Seorang Mafioso

Anda akan diperkenalkan kepada pelbagai watak dengan personaliti berwarna-warni. Dialog mereka yang realistik membuatkan anda merasa benar-benar diterima dalam lingkungan keluarga itu, walaupun pada mulanya anda dilayan dengan penuh syak wasangka.

Antara watak yang menonjol ialah Cesare, anak saudara Don Torrisi yang manja dan menjengkelkan tetapi setia, serta Isabella, puteri jelita Don Torrisi yang serta-merta mencuri tumpuan Enzo sejak pertemuan pertama mereka.

Kredit: 2K Games

Mafia: The Old Country dengan cemerlangnya berjaya melakarkan potret sebuah keluarga mafia era lampau.

Dinamik hubungan yang rumit antara keluarga-keluarga yang bermusuhan, rasa hormat penduduk tempatan terhadap kekuasaan Don Torrisi, dan cara dia serta orang-orangnya mentadbir dan melindungi tanah mereka, semuanya dipaparkan dengan begitu meyakinkan.

Setiap babak dalam game ini dirasakan seperti satu episod dalam siri televisyen, di mana setiap bab membawa naratif ke peringkat seterusnya. Penggunaan timeskip diuruskan dengan amat baik, manakala keupayaan Unreal Engine 5 dimanfaatkan sepenuhnya untuk menghasilkan pengalaman sinematik.

Kredit: 2K Games

Kualiti visualnya, terutamanya sistem pencahayaan dalam babak-babak penceritaan, sangat cantik dan mewujudkan suasana yang realistik serta imersif. Butiran pada model watak, termasuk ekspresi muka yang halus dan pergerakan mata semasa dialog, berjaya menyampaikan emosi watak dengan begitu berkesan.

Namun, ada satu keputusan yang mungkin tidak disenangi semua pemain. Majoriti babak penceritaan dikunci pada kadar 30 FPS dan disertakan dengan kesan motion blur yang tidak boleh dimatikan. Walaupun saya faham niat pembangun untuk mencipta rupa sinematik, alangkah baiknya jika pemain diberi pilihan untuk mengubah tetapan ini.

Kredit: 2K Games

Satu-satunya kritikan saya terhadap penceritaan ialah rentaknya yang agak perlahan, terutamanya di peringkat awal. Lima bab pertama terasa lebih seperti fasa pengenalan yang panjang, di mana aksi sebenar hanya bermula selepas anda melepasi titik pertengahan permainan. Adakah ini satu kelemahan besar? Tidak juga, kerana saya tetap terhibur.

Bagi sesetengah pemain, kadar penceritaan ini mungkin terasa terlalu lambat. Namun, jika dilihat dari pandangan seseorang yang bermula dari bawah ke atas, rentak ini sebenarnya masuk akal.

Kredit: 2K Games

Kepelbagaian misi yang ditawarkan juga harus dipuji. Anda akan ditugaskan untuk mengiringi individu penting, berlumba kuda dan kereta, serta menghapuskan kumpulan penjenayah atau musuh yang cuba mengganggu perniagaan keluarga. Variasi ini menjadikan perjalanan Enzo mendaki pangkat terasa lebih bermakna dan hidup.

Berlawan Sebagai “Uomo d’Onore”

Struktur gameplay Mafia: The Old Country adalah berformat linear, sama seperti siri Mafia I dan II, di mana anda akan mengikuti perjalanan cerita dari satu bab ke bab yang lain secara berterusan.

Walau bagaimanapun, selepas menamatkan bab-bab tertentu, satu pilihan baru akan terbuka: Explore Mode. Melalui menu ini, anda bebas untuk menjelajahi San Celeste. Di sini, anda boleh meluangkan masa untuk mencari barangan koleksi seperti gambar foto, kad, dan keratan akhbar.

Anda juga boleh mengumpul wang dengan merompak, menaik taraf senjata dan peralatan, di mana semua kemajuan ini akan dibawa ke mod yang lain.

Kredit: 2K Games

Aspek combat terbahagi kepada dua: stealth dan shootout. Kedua-dua aspek ini dilaksanakan dengan cemerlang. Dalam segmen stealth, anda diberikan kebebasan untuk memilih pendekatan. Anda boleh menumpaskan musuh secara senyap menggunakan pisau, yang akan mengurangkan ketahanannya dan memerlukan batu asah untuk dibaiki.

Alternatif lain, anda boleh mencekik mereka sehingga pengsan dengan menekan butang berulang kali. Melempar objek untuk mengalih perhatian juga merupakan strategi yang berkesan.

Aksi shootout juga tidak kurang hebatnya. AI musuh cukup pintar; mereka tidak hanya berdiri kaku menanti untuk ditembak, sebaliknya akan cuba mengepung dan membaling bom tangan jika diberi ruang.

Kredit: 2K Games

Satu lagi mekanik menarik ialah pertarungan pisau satu lawan satu. Dalam pertarungan ini, anda perlu bijak mengatur langkah: menetak, menikam, mengelak, serta melancarkan serangan kuat untuk memecahkan pertahanan lawan, di samping menangkis serangan mereka.

Pertarungan ini bukan sekadar gimik; ia menambah satu lapisan dramatik dan sinematik, menekankan kepentingan setiap pertarungan tersebut.

Kredit: 2K Games

Elemen kemajuan watak dan customization turut diperkenalkan, membolehkan anda memperoleh pisau dan senjata baru yang mempunyai statistik unik. Terdapat juga slot Charm yang boleh diisi dengan ‘Medallion’ dan ‘Bead’ untuk mendapatkan pelbagai bonus.

Penampilan Enzo juga boleh diubah suai dari segi pakaian, topi, dan gaya rambut muka, walaupun ia hanyalah bersifat kosmetik.

Kredit: 2K Games

Pengangkutan di dunia Sicily ini terbahagi kepada dua: menunggang kuda atau memandu kereta klasik. Kawalan kenderaan, terutamanya kereta, terasa begitu mantap dan responsif, dan reka bentuk kereta-kereta vintaj ini juga sangat mengagumkan, dengan deruman enjin benar-benar memberikan pengalaman klasik yang autentik.

Bandar Sicily Menawan tetapi Menyembunyi Pelbagai Kisah

Latar Sicily pada era 1900-an menjadi lokasi utama yang memberikan identiti unik kepada Mafia: The Old Country, membezakannya secara ketara daripada judul-judul lain dalam siri ini yang berlatarkan Amerika.

Kredit: 2K Games

Setiap pelosok San Celeste, dari lorong-lorong bandar yang sibuk hingga ke landskap desa yang terbentang luas, dicipta dengan penuh perincian. Dunia ini terasa benar-benar hidup hasil daripada kerenah dan perbualan NPC yang sering kali membincangkan peristiwa semasa, menjadikan naratif lebih meyakinkan.

Bunyi-bunyian ambien seperti kicauan burung, derap tapak kuda di jalanan, dan ngauman enjin kereta vintaj menambahkan lagi lapisan immersion.

Kredit: 2K Games

Kuasa Unreal Engine 5 benar-benar dimanfaatkan untuk menyerlahkan keindahan visual game ini. Sistem pencahayaan, baik dalam babak penceritaan mahupun semasa gameplay, kelihatan menakjubkan. Satu-satunya kekecewaan kecil ialah ketiadaan Photo Mode yang khusus untuk merakam semua keindahan ini.

Sedikit Pengorbanan pada Prestasi

Ulasan ini dibuat berdasarkan pengalaman bermain di PC dengan spesifikasi Intel Core i5-13500, kad grafik Nvidia RTX 4070 SUPER (driver versi 580.88), dan 32GB RAM pada paparan 1440p. Secara amnya, game ini mampu mencapai purata 60 FPS yang selesa pada tetapan High.

Walau bagaimanapun, prestasi ini tidak konsisten sepenuhnya, dengan penurunan kadar bingkai yang ketara sering berlaku di kawasan yang padat dengan orang ramai atau semasa memandu laju merentasi landskap yang luas.

Kredit: 2K Games

Mujurlah, ini hanya berlaku pada bahagian-bahagian tertentu dan tidak menjejaskan keseluruhan pengalaman. Kewujudan teknologi seperti DLSS Super Resolution dan Frame Generation juga banyak membantu menstabilkan prestasi. Saya bermain menggunakan mod DLSS Balance dan kualiti visualnya masih kelihatan setajam resolusi asli.

Kredit: 2K Games

Dari segi kestabilan, pengalaman saya boleh dikatakan hampir bebas daripada sebarang pepijat yang merosakkan gameplay. Terdapat beberapa insiden kecil seperti tidak dapat mengambil item atau sari kata yang tidak bertukar, tetapi ia sangat jarang berlaku.

Isu utama yang perlu diberi perhatian oleh pembangun adalah aspek pengoptimuman untuk platform PC, dan diharapkan ia akan ditambah baik menjelang pelancaran rasmi serta tidak menimpa platform konsol.

Pendapat

Sebagai rumusan, saya paling kagum dengan kisah dan watak dalam Mafia: The Old Country. Perjalanan transformatif Enzo, dari seorang buruh teraniaya hingga menjadi orang yang dipercayai dalam lingkungan Don Torrisi, dicipta dengan penuh emosi dan bermakna.

Watak-watak sampingan seperti Luca, Cesare, dan Isabella pun bukan sekadar hiasan, tetapi memberikan semangat kepada naratif.

Kredit: 2K Games

Mekanik gameplay yang menggabungkan aksi stealth, pertempuran senjata, dan pertarungan pisau sinematik pula memastikan pengalaman sentiasa segar dan menarik. Kewujudan Explore Mode juga merupakan satu sentuhan bijak, membolehkan pemain meneroka dunia San Celeste dengan bebas tanpa memecahkan momentum penceritaan.

Aspek pembinaan dunia juga layak menerima pujian tertinggi. Suasana Sicily pada awal abad ke-20 dihidupkan dengan cemerlang, di mana semua ini dipersembahkan dengan visual hebat, hasil kuasa Unreal Engine 5 yang menyerlahkan sistem pencahayaan dan animasi wajah yang terperinci.

Kredit: 2K Games

Namun, perkara yang paling penting ialah Mafia: The Old Country terasa seperti sebuah kepulangan. Inilah Mafia yang sebenar, sebuah kepulangan ke formula yang menjadikan siri ini begitu ikonik—penceritaan, kesetiaan keluarga, perebutan kuasa, serta dilema moral.

Bagi peminat tegar, ini adalah surat cinta yang mereka nantikan. Bagi pemain baru, ia merupakan pengenalan yang sempurna ke dalam dunia jenayah penuh liku ini.

Game ini akan dikeluarkan pada 8 Ogos 2025 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, and PC (Steam). Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

The Review

Mafia: The Old Country

8 Score

The Old Country berjaya mengembalikan jiwa klasik Mafia dengan penceritaan yang kuat dan watak yang mendalam. Aksi combat memuaskan dan dunianya memukau, tetapi bersedialah untuk rentak cerita yang perlahan dan beberapa isu teknikal di PC. Jika anda mencari drama jenayah yang matang, ini adalah pilihan yang hampir sempurna.

PROS

  • Kisah yang kuat dan penuh emosi dengan watak-watak yang ditulis dengan baik
  • Babak penceritaan sinematik yang dikuasakan oleh Unreal Engine 5
  • Gabungan aksi menyamar, berbalas tembakan, dan pertarungan pisau yang memuaskan
  • Explore Mode menambah kebebasan tanpa memecahkan aliran cerita
  • Latar Sicily era 1900-an yang indah dengan pembinaan dunia yang imersif

CONS

  • Pacing cerita yang perlahan, terutamanya pada beberapa bab pertama
  • Penurunan kadar bingkai sekali-sekala di kawasan yang sesak atau luas

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: Mafia: The Old Countryreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Sweet Hamster Days – Alami Kisah Cinta Unik Sebagai Hamster?

Next Post

Cuba Super Robot Wars Y Hari Ini – Demo Percuma Tawar Bab Pertama & Bonus Eksklusif!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Call of Duty Umum Kolaborasi SUV Aston Martin; Turut Dedahkan Latar Filem Live-Action Akan Datang
Berita

Call of Duty Umum Kolaborasi SUV Aston Martin; Turut Dedahkan Latar Filem Live-Action Akan Datang

July 20, 2026
Kurechii Next 2026: Update Terkini Tentang Postknight World, Abyssfall & Prism Arcana
Indie

Kurechii Next 2026: Update Terkini Tentang Postknight World, Abyssfall & Prism Arcana

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Next Post
Cuba Super Robot Wars Y Hari Ini – Demo Percuma Tawar Bab Pertama & Bonus Eksklusif!

Cuba Super Robot Wars Y Hari Ini - Demo Percuma Tawar Bab Pertama & Bonus Eksklusif!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd