Terdapat begitu banyak game lumba yang boleh dinikmati oleh para gamer. Namun, jika ditanya mana satu yang paling mengujakan, F1 sebagai kemuncak motorsport sememangnya mempunyai keunikan tersendiri. Di sebalik popularitinya, adaptasi gamenya tidak selalu mendapat sambutan yang positif, jadi adakah ansuran terkini, F1 24, dapat memuaskan hati pemain?
Kami berpeluang bermain dan mencuba F1 24 untuk melihat sama ada ia dapat memenuhi jangkaan pemain dengan penambahbaikan yang mereka janjikan dalam ciri handling dan career mode? Teruskan membaca reviu di bawah untuk rumusan lengkap!
Handling Yang “Mencabar”

Saya akan terus ke point utama bagi game F1 iaitu perlumbaan. F1 24 hadir dengan handling baharu yang mereka panggil Dynamic Handling. Sama ada ia bagus atau tidak bergantung kepada perspektif pemain. Tujuan utama ciri ini adalah untuk menjadikan game lebih realistik. Saya bermain menggunakan DualSense di PlayStation 5.
Contoh yang paling jelas ialah tayar kini mempunyai cengkaman yang sangat kuat. Traction control menjadi lebih sukar pada pendapat saya kerana kereta mudah tergelincir jika anda melakukan sedikit kesilapan semasa mengawal kereta. Ini menjadikannya lebih realistik, tetapi sebaliknya menjadikannya lebih sukar atau lebih tepat lagi, mencabar.

Sebaliknya, suhu tayar juga sangat berpengaruh dan kemerosotan tayar boleh menjadi hal penting. Di samping itu, mengawal kereta dalam cuaca hujan renyai-renyai atau hujan lebat menjadi lebih sukar untuk mendapatkan grip. Rasanya seperti memandu kereta di atas lantai yang basah, di mana kereta itu akan sangat mudah tergelincir atau berpusing.
Satu lagi perkara positif ialah model aerodinamik yang lebih realistik. Ringkasnya, kesan downforce semakin dirasai, terutamanya di Wings dan Floor dan ini menghasilkan kesan slipstream yang lebih kuat. Oleh itu, jika saya berada di belakang kereta lawan, amat mudah untuk saya memotong dengan Drag Reduction System (DRS) yang semakin ditambah baik.
Driver Career Mode Masih Top

Salah satu perbezaan yang paling ketara dari segi ciri ialah perubahan pada mode Driver Career. Kini anda boleh menggunakan pemandu F1 yang realistik, sama ada di grid musim ini, F2, atau beberapa ikon terkenal seperti Michael Schumacher, Ayrton Senna, Kamui Kobayashi, dan lain-lain. Sebaliknya, anda masih boleh mencipta watak sendiri seperti biasa.
Jika anda memilih untuk menggunakan pelumba F1 terkini, anda tidak boleh memilih pasukan berbeza. Sebaliknya, pasukan sebenar seperti dunia sebenar akan dipilih secara automaik. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan pelumba atau ikon F2, anda boleh menentukan pasukan F1 yang mahu digunakan. Jika ingin mencipta watak sendiri, anda boleh bermula dari F2 atau terus ke F1. Terdapat ciri Academy, jadi jika anda menjadi Ferrari Driver Academy, peluang Ferrari merekrut anda akan lebih besar.

Sebaik sahaja menentukan team pasukan, pemain akan diminta untuk meningkatkan Driver Recognition melalui sistem baharu. Ini akan memberi kesan jika anda ingin melakukan pelbagai upgrade kereta dan memberi kesan kepada prestasi pada grid. Lebih baik prestasi anda berbanding rakan sepasukan, lebih tinggi Recognition yang anda akan perolehi.
Terdapat juga Secret Meetings. Ini bertujuan untuk membolehkan pasukan lain merekrut anda secara rahsia. Sebagai contoh, anda berada di Mercedes, tetapi secara rahsia Aston Martin ingin merekrut anda. Akhirnya anda boleh memilih mana-mana pasukan pada penghujung musim (jika prestasi bagus), ini adalah gimik positif dan menambah kesan realistik pada pendapat saya.
Tiada Perubahan Besar Pada MyTeam

Saya tidak rasa MyTeam ada perbezaan yang besar seperti Driver Career. Satu-satunya yang positif ialah kehadiran cutscene baharu pada permulaan game. Apa yang saya sangat seronok ialah cutscene pada permulaan game iaitu showcase livery kereta, memang seronok melihat livery pasukan yang anda cipta dipaparkan dengan begitu cantik. Suatu tambahan yang cukup bagus.
Selain itu, terdapat juga gimik baharu seperti R&D Scenario. Pada permulaan setiap musim, anda boleh mencipta senario unik untuk menjadikan game lebih mencabar. Sebagai contoh, anda hanya boleh menaik taraf bahagian aero kereta, atau High Inflation yang menyebabkan harga upgrade kereta lebih mahal.

Selain itu, kini juga ada Challenge Career. Pemain akan bersaing dengan pemain lain. Dalam Challenge Career, anda diletakkan dalam kedudukan pelumba dan pasukan sedia ada, dengan acara yang sama untuk semua pemain. Menyelesaikannya akan memberi poin dan tempat di leaderboard global. Pada penghujung musim selepas beberapa minggu, pemain dengan poin terbanyak akan dinobatkan sebagai juara Challenge Career.
Beberapa Update Pada Litar, Kualiti Grafik Lebih Kurang Sama

Sebenarnya tiada perbezaan yang ketara dari segi kualiti grafik. Saya bermain F1 23 agak kerap dan tiada perbezaan yang ketara. Amnya, game ini masih menggunakan enjin yang sama selama beberapa tahun kebelakangan ini.
Beberapa perkara positif ialah beberapa litar mendapat kemas kini. Contohnya, Spa, salah satu litar ikonik, kini hampir sama dengan dunia sebenar. Ini juga sama untuk beberapa litar seperti Silverstone, Lusail International dan Jeddah Corniche.

Selain itu, semua pemandu pada tahun 2024 juga kelihatan lebih serupa dengan versi mereka di dunia sebenar. Dari muka, hinggalah gaya rambut. Kini pemandu utama tidak selalu memakai topi, tetapi juga memakai gaya rambut berlainan untuk menambah kesan realistik.
Pendapat

F1 24 ialah game yang bagus dengan beberapa gimik tambahan untuk menjadikannya seperti game baharu. Handling, yang kini lebih realistik, adalah cabaran dan satu keseronokan bagi saya. Driver Career juga menjadikan mode ini lebih menarik dan bervariasi untuk terus bermain, bukannya membosankan seperti dalam F1 23.
Namun, pada pendapat kami, perubahan ini masih tidak cukup untuk dianggap sebagai game yang benar-benar baru. Masih banyak perkara yang kurang dan belum mendapat perhatian serius seperti MyTeam yang nampaknya diabaikan dan tidak menambah apa-apa perubahan ketara dari segi gameplay berbanding tahun lepas. Nasib baik, kami tidak menemui sebarang bug yang menjengkelkan.

F1 24 kini boleh dimainkan di PlayStation 5, Xbox Series dan PC. Anda boleh melayari laman web rasmi untuk maklumat lanjut.
@gamersantaimy
The Review
F1 24
F1 24 ialah game yang bagus dengan beberapa gimik tambahan untuk menjadikannya seperti game baharu. Handling, yang kini lebih realistik, adalah cabaran dan satu keseronokan bagi saya. Driver Career juga menjadikan mode ini lebih menarik dan bervariasi untuk terus bermain, bukannya membosankan seperti dalam F1 23.
PROS
- Sistem handling baharu menjadikan game ini realistik dan mencabar
- Driver Career lebih bervariasi dan tidak membosankan
- Visual litar telah dikemas kini dan serupa dengan dunia sebenar
CONS
- Kualiti grafik tidak berubah selama bertahun-tahun
- MyTeam masih sama, tidak mendapat perhatian
- Handling mungkin sangat sukar bagi sesetengah pemain, terutamanya dalam keadaan basah
Discussion about this post