Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Dynasty Warriors: Origins Visions of Four Heroes (DLC) – Meneroka Sisi Gelap Three Kingdoms!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 21, 2026
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Game Review, Musou, Nintendo Switch 2, PC, PS5, Review, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Reviu Dynasty Warriors: Origins Visions of Four Heroes (DLC) – Meneroka Sisi Gelap Three Kingdoms!
Share on FacebookShare on Twitter

Genap setahun sejak Dynasty Warriors: Origins asalnya dilancarkan, hari ini kita menerima expansion besar pertamanya melalui DLC Visions of Four Heroes. Dikeluarkan serentak dengan versi Nintendo Switch 2, DLC ini bukan sekadar penambahan biasa, tetapi terasa seperti pelengkap kepada keseluruhan game.

Jika anda sudah lama tidak menjejakkan kaki ke dunia Three Kingdoms—atau sudah bosan asyik menjadi “orang baik” dan mahu menyertai faction “villain”—inilah masanya.

Jalan Cerita Meneroka Senario “What If”

DLC Visions of Four Heroes akhirnya memberi kita peluang untuk meneroka sisi cerita yang terlepas dalam base game.

Ia pada dasarnya adalah koleksi senario “what if” yang besar: apa yang akan berlaku jika anda memilih untuk menyebelahi Zhang Jiao, Dong Zhuo, Yuan Shao, atau Lu Bu? Dengan memfokuskan kepada empat tokoh ini, DLC ini membuka naratif baharu yang tidak sempat dimasukkan sebelum ini.

Anda boleh menjangkakan sekitar 3 hingga 4 jam masa bermain bagi setiap watak, menjadikan jumlah keseluruhan permainan sekitar 15 jam.

Strukturnya agak berbeza kali ini. Jika dalam base game anda diberikan lebih kebebasan untuk bergerak ke sana sini, naratif dalam DLC ini lebih bersifat linear. Sebaik sahaja memilih satu faction, anda akan kekal dengan laluan tersebut sehingga tamat.

Ini bukanlah sesuatu yang buruk—malah, ia membolehkan naratif menyampaikan jalan cerita yang lebih fokus dan jelas bagi setiap pemimpin tersebut.

Jangan anggap kandungan ini sekadar side-quest bajet rendah. Expansion ini tampil dengan cutscene penuh, dialog profesional, dan kualiti yang tinggi. Walaupun anda bekerja untuk pihak “lawan”, watak-watak popular daripada faction seperti Shu tetap akan muncul dan memegang peranan penting.

Malah, ada beberapa plot twist yang agak mengejutkan. Setiap laluan terasa seperti naratif yang lengkap dan bukannya sekadar bab bonus. Anda benar-benar dapat menyelami cita-cita dan perjuangan watak-watak ini, memberikan ‘kerumitan karakter’ yang jarang kita lihat dalam judul Dynasty Warriors sebelum ini.

Bow dan Rope Dart adalah Pilihan Combat Baharu

DLC ini menambah dua senjata baharu: Bow dan Rope Dart. Kedua-duanya menyeronokkan untuk digunakan dan memberikan variasi yang diperlukan dalam combat. Selain itu, pembangun juga telah meningkatkan had tahap trait dan menambah “Arts” baharu untuk senjata sedia ada.

Senjata Bow sangat menarik kerana ia bukan sekadar untuk menembak dari jauh. Ia dilengkapi dengan bilah pada hujungnya, jadi anda boleh bertukar antara libasan jarak dekat dan tembakan jarak jauh. Apabila serangan mengenai musuh, anda akan mengumpul “Vigor” yang boleh digunakan untuk menguatkan serangan panah yang lebih kuat.

Senjata ini sangat berbisa dalam duel 1-on-1; anda boleh mengelak serangan musuh, menjarakkan diri, dan terus memberi tekanan dengan tembakan sambil mengurangkan nyawa musuh secara konsisten.

Seterusnya adalah Rope Dart, senjata ikonik Diaochan dalam DLC ini. Ia sangat pantas dan direka khas untuk menyapu musuh yang ramai. Serangannya penuh dengan gaya akrobatik, memudahkan anda untuk menyambung combo yang panjang dan mengawal medan perang.

Walaupun memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan timing dan posisi, sebaik sahaja anda mahir, ia adalah antara senjata paling menyeronokkan dalam game ini.

DLC ini turut memperkenalkan skill panel “Visionary Might” untuk customization watak yang lebih luas. Berita paling baik? Sebarang senjata baharu yang anda buka boleh dibawa masuk ke dalam base game, jadi kemajuan anda dalam DLC ini masih memberi kesan kepada save file utama anda.

Penambahbaikan Kawasan Lodgings

Kawasan hub (Lodgings) telah menerima perubahan fungsi yang sangat membantu. Dalam base game, kita sering perlu “memburu” watak tertentu untuk mendapatkan quest atau latihan. Dalam DLC ini, semua watak akan datang terus kepada anda.

Semuanya kini berada di satu lokasi yang sama, merangkumi Inn, Shop, dan kawasan Training Ground yang baharu.

Training Ground adalah penambahan yang sangat dialu-alukan. Ia adalah ruang khas di mana anda boleh bertarung dengan musuh yang lebih kuat untuk mencuba senjata baharu atau berlatih “Arts” tanpa perlu load misi penuh. Ini membuatkan Lodgings terasa lebih berguna, bukan sekadar skrin menu semata-mata.

Watak Playable Baharu

Ada tiga teman seperjuangan baharu yang akan menyertai anda. Pertama ialah Zhuhe, seorang “Guardian of Peace” seperti protagonis kita, yang memberikan perspektif menarik kepada jalan cerita. Kemudian ada Diaochan, yang gaya tempur lincahnya menjadi antara tarikan utama.

Akhir sekali, muncul seorang watak baharu yang langsung tiada dalam base game. Dia muncul pertama kali sebagai musuh dalam cerita Zhang Jiao, dan (tanpa memberi spoiler berlebihan), dialah watak yang menunjukkan potensi sebenar senjata Bow.

Kehadiran mereka bukan sekadar bantuan lawam, tetapi membuatkan senario “what if” ini terasa lebih bersatu dengan dunia permainan.

Strategic Battle

DLC ini menggantikan eksplorasi peta jenis free-roaming dengan sistem “Strategic Battle” yang lebih berfokus. Pertempuran ini berlaku di celah-celah cerita dan terasa seperti versi ringkas bagi game Romance of the Three Kingdoms.

Anda tidak mengawal setiap unit secara manual, tetapi anda boleh menentukan skuad musuh mana yang perlu dipintas dan sekutu mana yang perlu dibantu. Menewaskan musuh akan memberi “Secret Tactics”—iaitu buff atau serangan kuat yang jauh lebih hebat berbanding taktik skuad biasa.

Strateginya terletak pada pemilihan masa yang sesuai untuk menggunakannya; biasanya lebih baik disimpan untuk “Decisive Battle” yang akan bermula selepas beberapa pusingan. Ini adalah perubahan tempo yang bagus dan menambah elemen taktikal kepada aksi hack and slash biasa.

Pendapat

Visions of Four Heroes adalah sebuah expansion yang padat dan terasa sangat relevan dengan game asal. Ia akhirnya memberikan impak naratif dan pengakhiran yang sepatutnya ke[ada watak legenda seperti Lu Bu dan Dong Zhuo, dan bukannya sekadar dianggap sebagai bos sampingan.

Senjata baharu yang diperkenalkan sangat seronok untuk digunakan, dan penambahbaikan pada sistem Lodgings menjadikan keseluruhan pengalaman bermain lebih lancar.

Walaupun struktur yang linear dan sistem strategi yang ringkas mungkin tidak diminati semua orang, lapisan penceritaannya menjadikan DLC ini sesuatu yang wajib dimainkan oleh peminat tegar.

DLC ini akan tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam. Pelancaran ini juga akan dibuat serentak dengan pelancaran Dynasty Warriors: Origins di Nintendo Switch 2. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

The Review

Dynasty Warriors: Origins Visions of Four Heroes

8 Score

DLC Visions of Four Heroes untuk Dynasty Warriors: Origins merupakan expansion besar yang menawarkan 15 jam kandungan melalui empat senario "what-if" memfokuskan watak Zhang Jiao, Dong Zhuo, Yuan Shao, dan Lu Bu. Ia memperkenalkan dua senjata baharu—Bow dan Rope Dart—serta sistem Strategic Battle yang lebih taktikal berbanding eksplorasi bebas. Dengan kualiti penceritaan yang tinggi dan penambahbaikan pada kawasan hub, DLC ini berjaya memberikan pengalaman naratif yang bermakna kepada watak-watak ikonik yang sering dipinggirkan sebelum ini.

PROS

  • Memberikan pengakhiran dan cerita yang memuaskan kepada watak "villain" dan watak sampingan
  • Kualiti tinggi dengan cutscene penuh dan penulisan yang mantap
  • Senjata Bow dan Rope Dart adalah tambahan yang sangat cemerlang
  • Kawasan hub yang dikemas kini memudahkan pengurusan quest dan latihan

CONS

  • Sangat linear; tiada pilihan untuk bercabang sebaik sahaja laluan dipilih
  • Tiada free-roaming peta seperti dalam base game
  • Sistem Strategic Battle mungkin terasa terlalu ringkas bagi peminat tegar genre strategi

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: DLCDynasty Warriors: Originsreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Final Fantasy VII Remake Intergrade (Nintendo Switch 2) – Permata Baharu untuk Peminat Handheld!

Next Post

[Eksklusif] Fatal Fury: City of the Wolves Season 2 – Mengapa Fokus Diberi Kepada Fighter Mark of the Wolves?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
[Eksklusif] Fatal Fury: City of the Wolves Season 2 – Mengapa Fokus Diberi Kepada Fighter Mark of the Wolves?

[Eksklusif] Fatal Fury: City of the Wolves Season 2 - Mengapa Fokus Diberi Kepada Fighter Mark of the Wolves?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd