Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Sonic Colors: Ultimate – Kekal klasik dalam game dunia warna-warni!

safwan by safwan
February 28, 2023
in Artikel, Berita, Game Baru, Game Review, PC, Review, Steam
0 0
0
[Review] Sonic Colors: Ultimate – Kekal klasik dalam game dunia warna-warni!
Share on FacebookShare on Twitter

Sonic Colors adalah satu game lama yang pernah dilancarkan pada tahun 2010 di Wii dan Nintendo DS. Kini Sonic Colors: Ultimate telah menerima remastered dan tersedia di pelbagai platform termasuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.

Memandangkan game ini hanyalah remastered, tidak banyak perubahan yang dilakukan kecuali pada grafik. Jom kita teruskan dengan review Sonic Colors: Ultimate.

Jalan Penceritaan

Doktor Eggman membuka taman hiburan di angkasa lepas yang dipanggil “Dr. Eggman’s Incredible Interstellar Amusement Park”. Taman yang dibina oleh Dr. Eggman terdiri daripada beberapa tarikan bersaiz planet. Sonic dan Tails curiga dengan tempat ini, lalu dia pergi ke sana untuk menyiasat.

Mereka bertemu Yacker, yang berasal dari spesies makhluk asing yang dikenali sebagai Wisps. Selepas Tails mencipta penterjemah untuk berkomunikasi dengannya, mereka mengetahui bahawa Wisps lain telah diperhambakan oleh Eggman, yang merancang untuk memanfaatkan tenaga mereka untuk laser kawalan minda yang akan membolehkannya mengambil alih Bumi.

Gameplay

Game ini sangat mudah dimainkan. Pemain hanya perlu lari dari hujung platform ke hujung platform secepat yang mungkin dan mengutip markah yang tertinggi. Untuk mendapatkan mata yang sangat tinggi, anda perlu bermain dengan sangat laju dengan mengutip semua item sebagai markah bonus.

As default setting, saya rasa mereka akan memberikan sebanyak 2 nyawa per level dan jika anda telah menggunakan kesemuanya, anda akan kalah. Tetapi, mereka telah menambah satu mekanik di mana anda perlu mengutip ikon Tails dan apabila anda jatuh, dia akan tolong selamatkan anda dan membawa anda ke kawasan yang terdekat. 

Jika anda tidak mempunyai Tails sebagai pembantu, anda akan dikembalikan ke “checkpoint” yang telah anda lalu apabila anda jatuh daripada platform. 

Seperti yang saya cakap dalam cerita di atas, tugas anda di sini adalah untuk membantu satu bangsa alien yang bernama Wisps dan mengalahkan Eggman. Di dalam taman hiburan yang dibina ini, ia terbahagi kepada 7 kawasan. Setiap daripada kawasan tersebut, anda perlu menyelamatkan sekurang-kurang satu Wisp. 

Contohnya, Starlight Carnival anda akan menyelamatkan Green Wisp dan anda dapat menggunakan kuasanya di mana ia membolehkan Sonic hover ke merata tempat.

 Sonic Colors: Ultimate

Walaupun gameplay game ini seperti game klasik mereka, saya masih tertarik untuk bermainnya. Untuk menghilangkan bosan atau level yang berulang, mereka membuat setiap level itu berlainan tema, konsep dan macam-macam lagi cabarannya. Seperti di Starlight Carnival, kebanyakan tempat memerlukan anda untuk terbang dan melompat, bukan sekadar lari dengan laju. 

 Sonic Colors: Ultimate

Terdapat lapan jenis Wisps yang berbeza, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri bergantung pada warnanya. Wisps berwarna putih biasa membolehkan pemain mendapat peningkatan kelajuan pada bila-bila masa. “Cyan Laser” menukar Sonic menjadi laser yang boleh melantun dari permukaan pepejal untuk menukar laluan laser dan bergerak melalui talian kuasa, manakala “Yellow Drill” membolehkan Sonic menggerudi melalui tanah lembut dan air.

 Sonic Colors: Ultimate

“Orange Rocket” membolehkan Sonic meletup ke atas ke ketinggian yang luar biasa; “Pink Spikes” membolehkan Sonic mengikat pada dinding dan siling dan melakukan sengkang putaran untuk mendapatkan halaju dan untuk memusnahkan objek; “Green Hover” membolehkan Sonic melayang dan melakukan sengkang merentas barisan gelang;

“Blue Cube” memberikan Sonic keupayaan untuk menukar blok biru menjadi cincin biru dan sebaliknya; dan “Purple Frenzy” menukarkan Sonic menjadi pengamuk yang mengunyah apa-apa sahaja di laluannya, membesar dalam saiz apabila ia terus makan.

 Sonic Colors: Ultimate

Sementara itu, mereka juga menyediakan 2 mini game iaitu Game Land dan Egg Shuttle. Game Land boleh dimainkan sehingga 2 orang di mana anda akan bertarung sehingga ke hujung platform. 

Manakala Egg Shuttle pula hanya bermain seorang dan anda perlu menghabiskan setiap level dengan sangat laju. Anda tidak perlu risau, di dalam mini-game ini, ia hanyalah level yang pernah anda lalui di dalam kawasan sebelum-sebelum ini. Dengan adanya dua mini-game ini, saya tidak bosan untuk main game ini secara berterusan. 

Grafik

 Sonic Colors: Ultimate

Pada mulanya, apabila anda membuka game, anda akan disambut dengan adegan pengenalan. Semasa pengenalan sedang berjalan, anda akan melihat butiran grafik yang sangat cantik. Sebenarnya, saya kagum apabila melihat misai Eggman kerana mereka membuatnya satu per satu, bukan hanya bentuk keseluruhan misai.

 Sonic Colors: Ultimate

Tetapi apabila anda bermain game, grafiknya berbeza sama sekali. Bagi saya, ia masih kelihatan seperti permainan 3d lama. Malah cutscene dalam game juga mempunyai grafik yang berbeza. Apabila saya melihat grafik adegan pengenalan, saya berasa sangat teruja untuk bermain game ini. Tetapi apabila saya masuk dan bermain game untuk seketika, ia benar-benar rasa sangat berbeza.

Mereka tidak memberi anda peluang untuk menukar grafik. Ia hanya mempunyai tetapan untuk menukar skrin penuh, kecerahan dan V-Sync. Itu sahaja yang mereka tawarkan dalam tetapan grafik. Saya tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa game ini sangat teruk hanya kerana grafik, saya fikir mereka harus mendapatkan grafik yang lebih baik untuk game ini.

Ubah Suai Sonic

 Sonic Colors: Ultimate

Mereka membenarkan anda untuk mengubah Sonic mengikut gaya yang anda suka. Anda boleh tukar glove, kasut, dan macam-macam lagi. Daripada warna putih yang biasa, anda boleh menukarnya kepada warna lain. Tetapi anda perlu membelinya terlebih dahulu dengan menggunakan Park Token yang anda boleh kutip di dalam game. 

 Sonic Colors: Ultimate

Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh menukar Aura dan Boost yang sangat memberikan kelainan kepada Sonic anda semasa di dalam game. Walaupun tidak banyak pilihan, ia membuatkan Sonic anda kelihatan sangat unik dan boleh dinampak dengan sangat jelas di dalam game. 

Kesimpulan

 Sonic Colors: Ultimate

Secara keseluruhannya, Sonic Colors: Ultimate mudah untuk dimainkan walaupun terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi untuk menamatkan setiap level dengan cepat. Sejujurnya, saya sangat suka level yang ditampilkan di dalam game. Terdapat banyak variasi dan saya tidak pernah bosan semasa bermain game ini.

Bagi saya, game ini berpotensi besar untuk peminat speedrun. Walaupun saya bermain dengan sangat perlahan untuk mengumpul semua barang yang boleh di kumpul dalam game, ada masanya saya tidak mengambil berat tentang item tersebut dan hanya ingin menghabiskan game secepat mungkin.

Mengenai grafik, saya fikir mereka sepatutnya memberikannya lebih baik. Tetapi game ini telah pun dioptimumkan untuk dimainkan di mana-mana platform. Saya rasa itu lebih baik dan mungkin mempercepatkan kerja mereka.

Apapun, saya sangat suka Sonic Colors: Ultimate dan anda patut mencubanya. Sonic Colors: Ultimate kini tersedia di PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Untuk mendapatkan lebih banyak review daripada kami, sila klik pautan ini.

The Review

Sonic Colors: Ultimate

7 Score

PROS

  • Klasik gameplay
  • Pelbagai variasi level

CONS

  • Grafik yang sepatutnya lebih baik

Review Breakdown

  • Apapun, saya sangat suka Sonic Colors: Ultimate dan anda patut mencubanya. 0
Tags: Sonic Colors: Ultimatesteam
Previous Post

2023 Pokémon World Championships akan berlangsung di Yokohama, Jepun!

Next Post

Preview Final Fantasy XVI (Demo) – Mencuba hero terbaru, keseronokan aksi RPG maksimum!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Next Post
Preview Final Fantasy XVI (Demo) – Mencuba hero terbaru, keseronokan aksi RPG maksimum!

Preview Final Fantasy XVI (Demo) - Mencuba hero terbaru, keseronokan aksi RPG maksimum!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd