Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Secretlab Titan EVO 2022 Pikachu Edition – PIKA PIKA

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 18, 2022 - Updated on February 28, 2022
in Artikel, Berita, Perabot, Review, Review Produk
0 0
0
Review Secretlab Titan EVO 2022 Pikachu Edition – PIKA PIKA
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan sejak tahun lepas, kerusi gaming Pokemon Collection oleh Secretlab merupakan pilihan paling tepat untuk mana-mana peminat tegar Pokemon. Kami di Gamer Santai berpeluang mencuba kerusi Secretlab edisi Pikachu dan pendapat pertama saya ialah; kerusi ini sangat selesa dan dapat menyokong apa jua kedudukan semasa sesi gaming, permainan, streaming atau bekerja dengan stabil. Tanpa melengahkan masa, inilah review saya untuk Secretlab Titan EVO 2022 Pikachu Edition!

Keselesaan itu penting

Kerusi Secretlab mempunyai reputasi sebagai produk premium berkualiti tinggi, dan merupakan pelaburan yang berbaloi kepada mereka yang menghabiskan masa yang lama di hadapan skrin, sama ada melalui bekerja di komputer sepanjang hari atau bermain game. Koleksi Pokemon adalah berdasarkan Secretlab Titan EVO 2022, yang dilapisi dengan bahan ‘NEO™ Hybrid Leatherette’ yang memberi tekstur licin selesa tanpa memerangkap haba.

Proses memasang kerusi pun mudah dan semua alatan yang diperlukan disediakan di dalam kotak. Itu standard lah untuk zaman sekarang. Cuma, sesetengah bahagian agak berat, jadi saya menasihatkan korang supaya mempunyai teman jika boleh. Ia mengambil masa kira-kira setengah jam untuk saya memasang kerusi ini di mana arahan yang paling rumit adalah semasa memasang skru kerana beberapa bahagian kerusi dipasang menggunakan magnet.

Bahagian magnet ini pula terdiri dari ‘side cover’ yang melindungi ‘bracket backrest’ dan dua ‘armrest’. Selain itu, terdapat juga bantal kepala magnetik yang boleh dialihkan dengan mudah supaya sepadan dengan keselesaan pengguna. Tuas untuk melaran ‘backrest’ dan ‘lumbar’ boleh dicapai dengan mudah dan berguna, jadi tiada apa masalah tentang aspek keselesaan. Paling penting sekali ialah kerusi Secretlab Pikachu terasa sangat kukuh dan berasa selamat dalam apa jua posisi walaupun korang jenis lasak semasa bermain game dan suka gerak sini sana. Dilengkapi dengan hidraulik ‘Heavy-duty Class 4 Hydraulic’, ia boleh sokong berat hingga 180 KG (untuk kerusi saiz besar).

Armrest magnetik tadi pula mempunyai butang dan tuas lain. Dengan sekali tekan, armrest boleh beralih ke hadapan, ke tepi, atau menukar ketinggian. Terdapat juga dua tuas di bahagian bawah kerusi yang boleh melaraskan ketinggian dan mengunci sudut kecondongan tempat duduk. Bukan itu sahaja, kerusi ini juga mempunyai cip NFC di bahagian bawah backrest, yang boleh diimbas untuk mengesahkan ketulenan, serta memaparkan maklumat penting serta pautan ke video pemasangan.

Apa yang berbeza?

Jadi, apakah yang membezakan kerusi Pikachu daripada kerusi lain oleh Secretlab? Pertama sekali, ia masih adalah kerusi berkualiti tinggi, tetapi dengan jenama Pokemon. Kerusi ini mempunyai dua Poke Ball yang disulam di bahagian kiri atas backrest, dan nombor Pokedex individu (Pikachu adalah #025) di bahagian atas kanan. Kerusi ini mempunyai sulaman Secretlab di bahagian atas, dan dua jalur kuning di sekeliling backrest. Sudut backrest dan tempat duduk dihiasi dengan imej Pikachu.

Bahagian belakang atas kerusi mempunyai jenama Secretlab, dan simbol tenaga berdasarkan elemen elektrik milik Pikachu. Keseluruhan kerusi juga mempunyai garisan sulaman nipis berwarna kuning di tepi untuk menambah kontras warna pada tona gelap keseluruhan rupa. Estetika utama kerusi ini termasuk gambar Pikachu di bahagian hadapan yang berdasarkan lukisan oleh Ken Sugimori, manakala bahagian belakang mempunyai imej Pikachu dari bahagian belakang. Imej-imej ini disulam pada kerusi dan tidak perlu saya kata, memang cantik, dengan penambahan lapisan shading berbeza untuk meningkatkan kualiti karya seni.

Pendapat

Secara keseluruhan, kerusi Secretlab Pikachu mempunyai tahap kualiti yang sama hebat dengan barisan Secretlab Titan Evo yang lain, dan malah mempunyai beberapa pilihan tambahan untuk memberi pengalaman paling selesa mungkin. Kerusinya memang cantik, tetapi saya faham hanya peminat tegar Pokemon sahaja yang akan suka. Ada sebab mengapa Pikachu adalah Pokemon paling dikenali dalam sejarah francais, dan saya rasa ia adalah maskot yang sesuai untuk muncul di kerusi terbaru Secretlab.

Secretlab Titan Evo 2022 Pikachu Edition boleh didapati sekarang di Malaysia pada nilai harga bermula RM 2365. Untuk maklumat lanjut, korang boleh melayari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: pikachupokemonreviewSecretlabSecretlab Titan EVO 2022 Pikachu Edition
Previous Post

“Mulakan The Rumbling”– Interview bersama SiM, penyanyi Attack on Titan S4

Next Post

“Ingin memenuhi jangkaan peminat mecha” – Interview Relayer

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya
Review

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Next Post
“Ingin memenuhi jangkaan peminat mecha” – Interview Relayer

"Ingin memenuhi jangkaan peminat mecha" - Interview Relayer

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd