Akibat pandemik Covid-19 yang melanda, kita kini perlu memakai pelitup muka sebagai norma baru kehidupan. Untuk sesiapa yang suka bergaya dan inginkan pelitup muka yang hebat, Razer telah memperkenalkan pelitup muka mereka iaitu Razer Zephyr semasa Razercon 2021. Untuk sesi review kali ini, kami akan berikan pandangan kami mengenai pelitup muka keluaran Razer ini. Tanpa membuang masa jom kita lihat apa yang tersedia daripada Razer Zephyr.
Item tersedia bersama Razer Zephyr
Jika anda membeli Razer Zephyr, anda akan mendapat beberapa item yang juga tersedia dalam kotak pembungkusan pelitup muka itu. Antara item yang anda akan dapat ialah:
- Razer Zephyr
- Tiga set N95 gred filter yang boleh digunakan sehingga sembilan hari.
- Panduan maklumat produk
- Kabel USB untuk tujuan pengecasan
- Anti-fog spray
- Beg untuk pelitup muka
- Kad Cult of Razer
Memastikan kesesuaian yang selamat dan selesa
Pelitup muka ini pada asalnya merupakan Project Hazel. Bukan itu sahaja, ini membolehkan kita untuk mempunyai bateri yang lebih luas untuk penggunaan yang lebih lama, serta injap yang lebih besar untuk aliran udara dan pernafasan yang lebih baik serta mengurangkan berat keseluruhan Razer Zephyr.
Strap kepala yang boleh dilaraskan sesuai untuk dipakai dengan mana-mana saiz kepala. Digabungkan dengan pelindung muka silikon, ia memastikan Razer Zephyr sesuai dengan kepada anda. Pelindung muka silikon boleh ditanggalkan untuk tujuan pembersihan harian dan peranti dengan mudah. Berbanding pelitup muka biasa, tali itu sangat membantu pengguna untuk terlepas daripada kesakitan pada bahagian telinga. Tetapi jika anda bersenam dan tidak mengikatnya dengan ketat, pelitup tersebut akan bergegar dan jika diikat terlalu ketat, bahagian mulut anda akan mendapat tekanan kerana pelindung muka silikon tersebut.
Razer Zephyr juga menunjukkan bahagian muka anda dengan reka bentuk lut sinar yang terdapat padanya. Ini membuatkan interaksi anda bersama orang lain tidak terbatas dengan pelitup muka tersebut. Razer Zephyr juga menyediakan penyembur anti-fog yang dipasangkan dengan lampu dalaman supaya interaksi anda tidak terbatas. Pelitup muka ini juga sudah semestinya bergaya dengan Razer Chrome RGB yang tersedia.
Reka bentuk lut sinar Razer Zephyr juga memastikan muka sentiasa ditayangkan. Semburan anti-fog membolehkan anda bernafas tanpa rasa takut jika paparan lutsinar itu berkabus. Jadi bersosial dengan pelitup muka anda yang sentiasa selamat dan mampan. Reka bentuk topeng juga agak besar, jadi agak sukar untuk saya memandang ke bawah tanpa menggerakkan kepala.
Keselamatan dan mampan
Razer Zephyr dilengkapi dengan penapis gred N95 yang dipasang dengan ruang pertukaran udara yang dilengkapi dengan kipas dual-intake untuk keselamatan tanpa mejejaskan pernafasan dan keselesaan. Penapis yang diguna merupakan penapis berdaftar FDA dan diuji makmal yang boleh menapis sekurang-kurangnya 99% zarah udara semasa anda bernafas.
Penapis itu juga menampilkan penapisan dua hala udara yang disedut dan dihembus. Selain itu, ia tahan tiga kali lebih lama berbanding pelitup pakai buang harian. Penutupnya juga menggunakan magnet untuk memasang penapis tersebut. Jadi ia sangat stabil dan mudah untuk ditanggalkan dan dipasangkan.
Razer Zephyr dibina untuk kegunaan jangka panjang yang mampan. Penapis telah diuji makmal untuk mengekalkan kecekapan penapisan yang dioptimumkan sehingga 3 hari dan berbanding Pelitup muka pakai buang biasa, Razer Zephyr melindungi alam sekitar dengan menghasilkan sehingga 80% kurang bahan buangan. Razer Zephyr direka bentuk untuk kalis air untuk percikan air yang sedikit tetapi tidak disyorkan untuk menggunakannya semasa musim hujan.
Razer Zephyr sangat mudah untuk dibersihkan dan dijaga. Anda hanya perlu basuh pelindung muka silikon dan tali pengikatnya dengan air sabun. Bilas dengan teliti dan elak daripada dikeringkan terus menggunakan cahaya metahari. Gunakan kain lembap untuk menggilap permukaan luar. Elakkan daripada mengelap permukaan plastik dalaman peranti kerana ia boleh merosakkan lapisan anti-kabus padanya.
Ruang pertukaran udara dengan kipas dual-intake
Ruang ini memberikan udara yang baru ditapis mengalir dengan bebas supaya anda boleh bernafas dengan selesa.Bagi pengguna yang lebih sukakan peredaran udara yang lebih, anda boleh menggunakan mod kelajuan tinggi yang boleh dilaraskan melalui butang pelbagai fungsi. Kami cadangkan anda gunakan mod kelajuan lebih tinggi untuk pengguna aktif dan mod rendah untuk kegunaan biasa. Saya telah mencubanya sambil bersenam tetapi pernafasan saya tidak lancar selepas 15 minit walaupun menggunakan kipas dengan kelajuan tertingggi. Jika hanya berjalan-jalan, ianya boleh digunakan sepanjang hari.
Cahaya dalaman
Tidak kiralah pagi atau malam, reka bentuk lutsinar yang dipadankan dengan lampu dalaman akan sentiasa membuatkan dunia terpesona dengan senyuman anda. Anda boleh berinteraksi dengan orang lain dan dapat menunjukkan emosi anda dan bersosial tanpa rasa takut. Anda juga boleh mengubah warna lampu tersebut!
Ia mempunyai lebih daripada 16.8 juta warna dan rangkaian kesan. Anda boleh padankan penampilan anda dengan penyesuaian cahaya dalaman dan luaran daripada aplikasi meudah alih khas kami dan mencuri perhatian ke mana sahaja anda pergi. Bateri Zephyr boleh bertahan sehingga 8 jam jika ditetapkan kepada kelajuan kipas rendah dengan pencahayaan Chroma ditutup. Kesan RGBnya juga membuatkan anda mendapat perhatian dari orang yang lalu lalang.
Aplikasi
Terdapat tiga perkara yang anda boleh lakukan dengan aplikasi Razer Zephyr iaitu:
- Kelajuan kipas
- Lampu dalaman
- Lampu luaran
Anda juga boleh mengubah lampu itu kepada breath mode yang merupakan mod statik yang sama seperti produk Razer yang lain.
Kesimpulan
Pelitup muka yang biasa selalunya menyakitkan telinga anda apabila memakainya seharian dan Razer Zephyr telah menyelesaikan masalah ini. Reka Bentuk pelitup muka ini pula terlampau besar dan kadang-kadang akan menghalang penglihatan anda apabila memandang ke bawah.
Ia juga agak selesa jika anda seorang yang kerap berpeluh terutamanya pada kawasan silikon muka. Kipas yang tersedia juga seperti tidak berguna apabila melakukan senaman dan susah untuk bernafas sama seperti pelitup muka yang biasa. Tetapi jika untuk rutin harian, pelitup muka ini mudha untuk digunakan. Saya rasa ini sahaja pelitup muka moden yang tersedia buat masa ini dengan lampu RGB dan reka bentuknya. Pelitup muka seperti ini pasti akan menjadi trend kerana Razer nampaknya mempunyai jualan yang baik. Jika anda berminat untuk mendapatkan pelitup muka ini, anda boleh pergi ke laman web rasmi Razer.
@gamersantaimy
Discussion about this post