Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Minions: The Rise of Gru – Masih terketawa dengan gelagat lucu trio

safwan by safwan
July 4, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Movie Review, Review
0 0
0
[Review] Minions: The Rise of Gru – Masih terketawa dengan gelagat lucu trio
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa je tidak kenal dengan makhluk kecil berwarna kuning yang dikenali sebagai Minion kan. Lagi-lagi trio terhebat mereka iaitu Kevin, Bob dan Stuart yang selalu mencuit hati penonton daripada filem Despicable Me sehingga filem yang terbaru iaitu Minions: The Rise of Gru.

Ini merupakan filem ke-5 dalam francais utama Illumination dan ramai yang meletakkan jangkaan yang tinggi terutamanya sekali selepas dua filem sebelum ini tidak mendapat sambutan yang begitu menarik. Kali ini, mereka memfokuskan kepada kisah zaman kanak-kanak Gru yang dipenuhi dengan aksi terhadap kumpulan penjenayah Vicious Six. Tanpa melengahkan masa lagi, jom baca review kami ini.

Jalan cerita

Filem Minions: The Rise of Gru merupakan sekuel kepada Minions yang pernah ditayangkan pada 2015. Tidak seperti filem Minions pertama yang menampilkan trio kegemaran ramai iaitu Kevin, Bob dan Stuart sebagai watak utama, dalam filem terbaru, mereka menampilkan Gru pada usia muda sebagai protagonis dan disuarakan oleh Steve Carrell. Walaupun ia mengisahkan tentang Gru di usia muda, trio minion juga ditampilkan bersama minion baharu iaitu Otto.

Bagi kami, kebanyakan watak nampak biasa sahaja pada awal cerita tetapi apabila sampai ke klimaks mereka nampak menonjol dan seronok untuk ditonton. Tanpa antagonis hebat, kami rasa filem ini tidak pergi jauh. Jadi, mereka menampilkan antagonis hebat iaitu Vicious Six.

Walaupun, salah satu daripada ahli Vicious Six telah dibuang daripada pasukan, mereka tetap hebat untuk menarik perhatian penonton. Sebagai contoh nama seorang daripada pasukan tersebut adalah Nun-chuck yang diambil daripada senjata yang digunakannya iaitu nunchuck. Ada pula seorang lagi yang sebelah tangannya telah digantikan dengan sepit udang galah. Dia merupakan seorang Perancis yang bernama Jean Clawed.

Secara keseluruhannya, filem ini sangat seronok untuk ditonton dan banyak adegan komedi yang ditampilkan. Kami pasti peminat siri Minions akan menyukai filem ini. Dalam seronok-seronok Minions: The Rise of Gru, terdapat juga mesej dan pengajaran yang cukup untuk dipelajari.

Visual dan Animasi

Minions: The Rise of Gru

Tidak dinafikan filem ini mempunyai visual yang telah dikemas kini dan nampak lebih cantik dan mengagumkan. The Rise of Gru berlaku pada tahun 70-an di mana era disko sedang naik dan ketika sambutan Tahun Baru Cina berlangsung. Jadi, filem ini penuh dengan adegan yang penuh berwarna-warni.

Bintang utama filem ini sudah tentu Minions, terutamanya trio Kevin, Bob, dan Stuart. Mereka sentiasa mengisi banyak adegan dengan tingkah laku yang tidak dapat diramal dan tidak pernah gagal untuk membuatkan penonton ketawa. Terdapat adegan di mana mereka menggunakan perkataan bahasa Melayu dalam bahasa Minion seperti Nasi Goreng dan Terima Kasih yang membuatkan satu panggung terketawa.

Audio

Minions: The Rise of Gru

Dengan berlatarkan era klasik 70-an, memang tidak lari dengan menggunakan pelbagai genre lagu daripada Rock sehingga Cabaret yang bukan sahaja direka khas untuk filem ini tetapi membuatkan penonton merasai nostalgia. Tambah pula dengan pelakon legenda aksi pada 90-an iaitu Jean-Claude Van Damme yang mampu menampilkan adegan yang cukup baik bagi menyerlahkan era klasik sebaik mungkin.

Kami ingin memuji barisan lakonan suara filem ini kerana telah membawa watak-watak dengan penuh semangat. Barisan pelakon itu terdiri daripada tokoh berprofil tinggi di Hollywood termasuk Steve Carrell, Michele Yeoh dan Julie Andres aka Mary Poppins.

Kesimpulan

Minions: The Rise of Gru

Secara keseluruhannya, Minions: The Rise of Gru berakhir dengan mencapai jangkaan Kami iaitu sebuah filem animasi yang penuh dengan adegan komedi dan sangat menghiburkan dari awal hingga akhir. Menawarkan filem yang menyeronokkan sudah menjadi sesuatu yang cukup mudah untuk dicapai oleh mana-mana filem animasi, tetapi ia bergantung kepada pelbagai bahagian untuk menjadikannya lebih istimewa.

Kami sangat sukakan watak-watak dalam filem ini terutamanya kumpulan Vicious Six. Bukan setakat itu sahaja, dengan kualiti visual yang terbaik dalam francais Minion setakat ini, ia membuatkan Kam ingin menonton filem ini buat kali kedua. Walaupun filem ini tidak sempurna dalam pelbagai aspek, ia tetap mempunyai banyak kelebihan dari segi visual, audio dan banyak lagi.

Minions: The Rise of Gru

Kami memang sarankan anda untuk menonton filem Minions: The Rise of Gru bersama rakan dan keluarga. Tidak kesah sama ada anda peminat Minions atau tidak, kami pasti ianya boleh membuatkan anda ketawa walaupun sedikit. Filem ini telah mula ditayangkan sejak minggu lepas lagi. Jadi, anda boleh dapatkan tiket di pawagam terdekat.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak review berkenaan game, teknologi, filem dan banyak lagi daripada kami.

The Review

Minions: The Rise of Gru

8 Score

PROS

  • Comel dan kelakar, sesuai untuk seisi keluarga
  • Visual dan animasi yang menarik
  • Muzik dan prestasi yang hebat daripada pelakon

Review Breakdown

  • Kami memang sarankan anda untuk menonton filem Minions: The Rise of Gru bersama rakan dan keluarga. 0
Tags: MINIONS: THE RISE OF GRU
Previous Post

Tsuburaya mengumumkan siri Ultraman Regulos, ultra sado & pakar kung fu

Next Post

Review Arcadegeddon – Game roguelite yang best bermain bersama kawan

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Review Arcadegeddon – Game roguelite yang best bermain bersama kawan

Review Arcadegeddon - Game roguelite yang best bermain bersama kawan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd