Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Hyrule Warriors: Age of Calamity – Perasaan mengalami gameplay baru dalam dunia Zelda!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 31, 2021
in Artikel, Berita, Game Review, Musou, Nintendo Switch, Review
0 0
0
Review Hyrule Warriors: Age of Calamity – Perasaan mengalami gameplay baru dalam dunia Zelda!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal September tahun lepas, Hyrule Warriors: Age of Calamity telah diumumkan oleh Nintendo dan menerima “hype” yang tinggi kerana dianggap sebagai prekuel rasmi untuk The Legend of Zelda: Breath of the Wild, yang berlangsung kira-kira 100 tahun sebelum peristiwa permainan tersebut.

Pada masa yang sama, permainan ini juga berfungsi sebagai sekuel kepada Hyrule Warriors pertama, yang asalnya dilancarkan di Wii U sebelum dibawa ke 3DS dan Switch. Dihasilkan oleh Omega Force (di bawah Koei Tecmo), studio ini bertanggungjawab untuk kebanyakan permainan Musou popular, dan telah memperkenalkan sejumlah mekanik baru sambil berpegang pada asas “hack-and-slash” di Hyrule Warriors. Tanpa melengahkan masa, inilah ulasan saya selepas sebulan mencuba!

Naratif yang gempak walaupun genre “hack-and-slash”

Tanpa mendedahkan banyak info tentang jalan cerita, saya tidak akan menjelaskan plot secara terperinci, tetapi harus mengakui bahawa naratif permainan memang sangat bagus. Sebagai jalan cerita yang “canon” dalam francais Zelda, saya amat kagum dengan usaha Omega Force kerana berjaya menyampaikan naratif yang sama bagus seperti Nintendo. Kisahnya berlaku semasa perang Great Calamity yang secara langsung berkait dengan permulaan Breath of the Wild dan memfokuskan pada seorang “Guardian” yang membantu Princess Zelda, Link, dan watak-watak lain ketika mereka berusaha untuk menghalang kedatangan Calamity Ganon.

Jalan ceritanya yang bagus menjadikan naratif amat menarik dan “engaging” bagi pemain serta dihebatkan lagi dengan dialog watak yang seakan-akan realistik semasa melakukan misi. Ia agak mengagumkan untuk melihat sebuah permainan “hack-and-slash” dengan naratif seperti ini, dan  bagi saya, merupakan salah satu daya tarikan untuk permainan.

Sistem pertempuran & gameplay asas

Aspek yang paling penting dalam mana-mana permainan hack-and-slash adalah sistem kawalan. Nasib baik lah Hyrule Warriors: Age of Calamity tidak ada masalah dalam hal ini. Selain daripada serangan “normal” dan “strong“, semua watak mempunyai abiliti khas masing-masing yang membezakan playstyle mereka, dan memastikan pertempuran tidak bosan atau repetitif.

Walaupun tidak banyak seperti permainan pertama, Age of Calamity masih menawarkan banyak pilihan watak. Kebanyakan watak boleh digunakan setelah kita menyelesaikan misi dari jalan cerita utama, tetapi ada beberapa watak yang hanya boleh dibuka setelah menyelesaikan misi-misi sampingan.

Malangnya, ada juga watak yang tidak seronok untuk digunakan, dan ini menunjukkan kelemahan permainan daripada segi keseimbangan gameplay. Sebagai contoh, Daruk adalah salah satu watak yang paling hebat dari segi kekuatan, tetapi serangannya sangat perlahan, dan membuatnya lebih susah untuk mengelak berbanding watak lain. Apabila Princess Zelda mengambil bentuk “Sheikah Slate“, dia mempunyai serangan sihir yang memerlukan pemain melatihkan diri selama beberapa jam untuk menguasai kesemua kombo kerana terlalu rumi.

Satu lagi perubahan besar dalam Age of Calamity adalah kemampuan untuk memilih gaya senjata yang berbeza untuk setiap watak. Link adalah salah satu watak yang dapat menggunakan banyak senjata yang berbeza, seperti pedang, tombak dan bumerang, manakala kebanyakan watak lain hanya mempunyai satu gaya pertarungan. Beberapa watak-watak tertentu akan mendapat bentuk tambahan pada hujung permainan, tetapi sudah tentu ini kandungan untuk “end-game“.

Fitur “weapon upgrade” pula boleh dilakukan di kedai “Blacksmith” dengan menggadaikan senjata yang kita tidak mahu untuk meningkatkan tahap dan memberi bonus tambahan pada senjata semasa. Satu perkara yang saya rasa bagus adalah kita tidak perlu bimbang lagi jika senjata akan pecah semasa dalam pertempuran. Ini sangat lain daripada senjta di Breath of the Wild yang akan pecah jika kita gunakannya terlalu kerap.

Seterusnya adalah kelebihan bermain sebagai “Divine Beast,” di mana masing-masing mempunyai misi istimewa sendiri yang menawarkan gameplay berbeza selain daripada aktiviti hack-and-slash biasa. Banyak yang perlu dikompromikan untuk memastikan jalan cerita kekal relevan, jadi janganlah berharap untuk bermain semua Divine Beast kerana pilihannya tidaklah banyak.

Isu-isu yang dihadapi

Isu terbesar yang saya hadapi semasa bermain Hyrule Warriors: Age of Calamity adalah kamera semasa lock-on. Bergantung pada persekitaran, kamera akan menjadi kelam-kabut dan tidak responsif, dan kadang-kadang akan berpusing atau fokus pada persekitaran sekeliling. Isu ini sering berlaku kepada saya, dan secara negatif akan menghalang pandangan pemain. Ini lebih menyakitkan apabila kita melakukan misi dengan “time-limit“, di mana satu kesalahan kecil boleh menyebabkan kekalahan kita.

Salah satu perkara yang bagus tentang Hyrule Warriors pertama adalah ia mempunyai nilai “replayability” yang tinggi. Dengan memperkenalkan “Adventure Mode“, ia masih menarik perhatian kita untuk bermain walaupun sudah menamatkan jalan cerita utama dengan menawarkan peta-peta mencabar yang mengambil idea dan estetika daripada setiap permainan lama Zelda.

 

Malangnya, Hyrule Warriors: Age of Calamity tidak mempunyai mod ini. Setelah menyelesaikan jalan cerita utama, tidak ada banyak aktiviti yang kita boleh lakukan, selain daripada bermain dengan kesukaran yang lebih tinggi, menghabiskan misi yang belum selesai, atau membuka “secret ending“. Jalan ceritanya memang sudah sangat mantap, dan menawarkan banyak kandungan menarik selama berjam-jam; cuma bagi saya, daya tarikannya mula menghilang selepas saya menamatkan jalan cerita utama.

Pendapat

Walaupun ada beberapa kekurangan, semua hanyalah perkara kecil. Hyrule Warriors: Age of Calamity telah menepati jangkaan semua peminat dan benar-benar terasa seperti prekuel yang bagus untuk Breath of the Wild, sambil mengekalkan kehebatan Hyrule Warriors.

Gameplay-nya menyeronokkan, sistem pertempuran pun lancar dan kreatif, dan penulisan jalan cerita yang luar biasa membuatkan Hyrule Warriors: Age of Calamity sebagai satu permainan eksklusif Nintendo Switch yang wajib dimainkan oleh mana-mana peminat Zelda!

Hyrule Warriors: Age of Calamity berjaya membezakan dirinya daripada permainan “hack-and-slash Musou” yang lain berkat semua kelebihan ini, dan layak untuk dinobatkan sebagai salah satu permainan hebat dalam francais The Legend of Zelda.

Muat turun di sini
Hyrule Warriors: Age of Calamity
Publisher: Nintendo
Developer: Omega Force
Release Date: 2020-11-20
Nintendo Switch
Hyrule Warriors: Age of Calamity adalah permainan video hack-and-slash yang dihasilkan oleh Omega Force. Ia diterbitkan oleh Koei Tecmo di Jepun dan oleh Nintendo secara antarabangsa untuk Nintendo Switch pada tahun 2020.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Hyrule Warriors: Age of Calamity

8 Score

Walaupun ada beberapa kekurangan, semua hanyalah perkara kecil. Hyrule Warriors: Age of Calamity telah menepati jangkaan semua peminat dan benar-benar terasa seperti prekuel yang bagus untuk Breath of the Wild, sambil mengekalkan kehebatan Hyrule Warriors.

Review Breakdown

  • Gameplay-nya menyeronokkan, sistem pertempuran pun lancar dan kreatif, dan penulisan jalan cerita yang luar biasa membuatkan Hyrule Warriors: Age of Calamity sebagai satu permainan eksklusif Nintendo Switch yang wajib dimainkan oleh mana-mana peminat Zelda! 0
Tags: Hyrule Warriors: Age of Calamitynintendo switchreviewulasan
Previous Post

[Temuramah Eksklusif] Yakuza XGaming – “Matlamat, Target kena Betul, Jangan Mengalah!”

Next Post

Kisah Final Fantasy VII Remake Part 2 akan melampaui Jangkaan Pemain

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Kisah Final Fantasy VII Remake Part 2 akan melampaui Jangkaan Pemain

Kisah Final Fantasy VII Remake Part 2 akan melampaui Jangkaan Pemain

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd