ASUS TUF Gaming FX504 adalah gaming laptop yang menawarkan penggunanya ketahanan, mudah alih dan power untuk mereka yang merupakan gamers secara competitive. Kebanyakan gaming laptop yang lain adalah berat untuk di bawa ke LAN party, tetapi ASUS TUF Gaming FX504 beratnya adalah 2.3 kg, lebih ringan dari ROG SCAR II. Juga datang dengan harga serendah MYR 3,299, ianya merupakan harga yang mampu milik dibandingkan dengan gaming laptop yang lain.
*Semua gambar di ambil dengan Sony Alpha 6300
Sudah semestinya, korang mesti nak tahu lebih sebelum beli kan? Takkan tengok gambar je. Jadi, ini review kami tentang ASUS TUF Gaming FX504, spec yang lebih tinggi, dengan harga MYR 4,399.
Sebelum tu, korang layan dulu video kami Unboxing ASUS TUF Gaming FX504:
Design
Kalau korang mencari gaming laptop yang ada style, ASUS TUF Gaming FX504 mungkin akan kena dengan citarasa anda. Dengan black matte finish, ia memberi rupa cool gaming. Penutup pula, logo Asus akan menyala untuk memberitahu akan status laptop tersebut.
FX504 direka untuk ketahanan bahagian dalam, kita boleh lihat dari luarannya dengan potongan bezel pada display dan juga deck keyboard dengan design angular. Walaupun ianya ringan, tetapi nampak lebih tebal dari biasa.
Display
Kita melihat pada skrin 15.6″ dengan paparan 1080, ia memberi pengguna imej ataupun video yang menyedapkan pandangan. Ianya sangat sharp dimana ianya sangat penting untuk gamer dimana setiap imej yang dikeluarkan sangatlah terperinci. 60Hz diletakkan untuk display, juga akan meningkat pengalaman pengguna yang lebih lancar.
Menggunakan GTX 1050Ti untuk GPU, ianya cukup untuk mereka yang bergelar casual gamers. Yang bermain game yang tidak memerlukan grafik yang tinggi untuk mencapai FPS yang stabil dan dibantu oleh display FHD.
FX504 menggunakan keyboard yang mampu bertahan sehingga 20,000,000 kali tekanan! keyboard juga didatangkan dengan backlit light merah dan juga numberpad. Sayangnya, tiada full RGB untuk FX504 ni.
Prestasi Gaming
Sememangnya ASUS TUF Gaming FX504 merupakan gaming laptop, dilengkapi dengan 8th Gend Intel Core i7,8GB RAM, dan juga 1TBSSHD. Ianya boleh digunakan dengan lancar, dan korang boleh multitask seperti bermain game dan juga stream.
Jom kita tengok beberapa skor benchmark yang kami dah lakukan:
Sudah pasti, dengan menggunakan GTX 1050, korang dah boleh main kebanyakan game yang baru. Tetapi dengan 1050Ti, korang boleh main dengan grafik yang lebih tinggi, 120Hz dengan display FHD. Ia bergantung kepada bajet korang jugak, sebab TUF504 banyak variasi dia. Yang terbaik bagi kami, adalah versi Higher End, yang berharga MYR 4,399 berbanding i5/GTX 1050 yang berharga MYR 3, 299.
Spesifikasi:
Processor | Intel® Core™ i7 8750HQ Processor,Intel® Core™ i5 8300HQ Processor, |
Operating System | Windows 10 Home – ASUS recommends Windows 10 Pro. |
Chipset | Intel® HM370 Express Chipsets |
Memory | DDR4 2666MHz SDRAM, 2 x SO-DIMM socket , up to 32 GB SDRAM |
Display | 15.6″ (16:9) LED backlit FHD (1920×1080) 60Hz Anti-Glare IPS-level Panel with 45% NTSC15.6″ (16:9) LED backlit FHD (1920×1080) 60Hz Anti-Glare Panel with 45% NTSC15.6″ (16:9) LED backlit FHD (1920×1080) 120Hz Anti-Glare Panel with 94% NTSC |
Graphic | NVIDIA GeForce GTX 1050 , with 2GB/4GB GDDR5 VRAM NVIDIA GeForce GTX 1050TI , with 2GB/4GB GDDR5 VRAM |
Storage | Hard Drives: 1TB 5400RPM SATA HDD 1TB 7200RPM SATA HDD Solid State Drives: 128GB/256GB PCIE Gen3 SSD Solid State Drives: 256GB SATA3 M.2 SSD |
Keyboard | Illuminated Chiclet Keyboard |
WebCam | HD Web Camera |
Networking | Wi-Fi Integrated 802.11 AC (2×2) Bluetooth Built-in Bluetooth V4.0 |
Interface | 1 x COMBO audio jack 1 x Type A USB2.0 2 x USB 3.0 port(s) Type A 1 x RJ45 LAN Jack for LAN insert 1 x HDMI, Support HDMI 1.4 |
Audio | DTS® Headphone: X® Support Windows 10 Cortana with Voice |
Battery | 3 Cells 48 Whrs Battery |
Power Adapter | Plug Type :ø5.5 (mm) Output : 19 V DC, A, 120 W Input : 100 -240 V AC, 50/60 Hz universal |
Dimensions | NB: 384 x 262 x 25 mm (WxDxH) |
Weight | 2.3 kg |
Sistem Penyejukan
Dilengkapi dengan Anti-Dust Cooling (DAC), juga mempunyai fungsi Overboost Fan yang korang boleh customize sendiri, dan digabungkan dengan teknologi Hypercool. Ciri ini untuk memastikan sistem korang panjang umur dan menstabilkan prestasi. Dengan ini, korang boleh main game, tanpa risau akan isu Overheat dengan laptop korang.
Air-vents di bahagian belakang:
Konklusi
ASUS TUF Gaming FX504 merupakan gaming laptop yang cukup murah yang di tawarkan di dalam market. Ciri yang paling menarik bagi aku adalah ADC, digabungkan pula dengan teknologi Hypercool yang akan memastikan kelangsungan hidup laptop itu. Juga untuk menstabilkan prestasi secara konsisten. Jadi, mana satu pilihan korang?
@gamersantaimy
Discussion about this post