Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Rev. NOiR – JRPG Baharu Konami Hasil Bekas Veteran Square Enix!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 16, 2026
in Artikel, Berita, PS5, RPG
0 0
0
Rev. NOiR – JRPG Baharu Konami Hasil Bekas Veteran Square Enix!
Share on FacebookShare on Twitter

Konami Digital Entertainment kembali menarik tumpuan kepada segmen ‘high-end role-playing game’ melalui pengumuman projek terbaharu mereka, Rev. NOiR. Dibangunkan untuk konsol PlayStation 5, langkah ini dilihat sebagai usaha serius Konami dalam meneroka semula pasaran JRPG.

Menerajui projek besar ini ialah produser Nobuki Kadoi. Beliau merupakan figura berpengalaman dalam industri gaming yang sebelum ini pernah menghasilkan beberapa game ikonik di Square Enix, antaranya termasuklah Drakengard 2, Gunslinger Stratos, dan juga Lord of Vermillion.

Menerusi teaser trailer, penonton dibawa masuk ke dalam sebuah dunia yang sedang terancam oleh fenomena alam yang dipanggil “Lightfall.” Walaupun namanya kedengaran ‘indah’, Lightfall sebenarnya adalah kuasa maut yang akan membunuh sesiapa sahaja yang bersentuhan dengannya.

Plot utama game ini berkisar tentang seorang remaja lelaki yang hidup kesunyian dan mengalami amnesia. Takdir kemudian mempertemukan dia dengan seorang “gadis istimewa,” yang membawa mereka berdua ke dalam sebuah pengembaraan untuk menghentikan ancaman Lightfall.

Mereka percaya bahawa dengan menamatkan malapetaka itu, mereka bukan sahaja mampu menyelamatkan dunia, malah dapat menyelamatkan nyawa gadis tersebut.

Sepanjang pengembaraan tersebut, misi mereka bakal berkembang menjadi satu perjuangan yang lebih besar sehingga mampu “menggoncang dunia.” Pemain akan dibawa untuk merungkai misteri tersebut dalam usaha mereka untuk mengubah masa hadapan.

Walaupun Rev. NOiR telah disahkan untuk PlayStation 5, buat masa ini pihak Konami masih belum mendedahkan sebarang tarikh atau tarikh pelancaran rasmi bagi game berkenaan.

Tags: Rev. NOiR
ShareTweetSend
Previous Post

Genshin Impact – Update Luna V Akan Datang 25 Februari, Membawa Masuk Grand Master Varka!

Next Post

Expansion Besar ‘Hexi’ Untuk Where Winds Meet Tiba Awal Mac 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka
Berita

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka

July 22, 2026
Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia
Industri

Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia

July 22, 2026
Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik
Preview

Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik

July 22, 2026
Next Post
Expansion Besar ‘Hexi’ Untuk Where Winds Meet Tiba Awal Mac 2026!

Expansion Besar 'Hexi' Untuk Where Winds Meet Tiba Awal Mac 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd