Pihak Everstone Studio mengumumkan bahawa expansion besar bernama “Hexi” akan dilancarkan untuk Where Winds Meet pada 6 Mac depan.
Pemain bakal diberikan akses untuk menerokai beberapa lokasi: Jade Gate, Liangzhou, dan Qinchuan. Setakat ini, itu sahaja yang didedahkan. Apa yang kami tahu hanyalah menurut deskripsi berikut:
“Kerinduan terhadap kampung halaman masih abadi tatkala rembulan menyinari Jade Gate.”
“Mulakan langkah dalam sebuah kembara merentas zaman di serata alam Hexi yang luas tanpa sempadan; bermula daripada debu pasir Jade Gate yang berterbangan, kedinginan salju pucat di Liangzhou, sehinggalah ke denai abadi di Qinchuan.”
Tetapi berita baik buat semua, expansion Hexi boleh dinikmati secara percuma di platform PlayStation 5, PC (melalui Steam dan Epic Games Store), serta peranti mobile iOS dan Android.









Discussion about this post