Sejak diumumkan pada bulan Ogos 2022, ramai peminat Haikyu ternanti-nantikan filem yang akan mengadaptasi saki baki arc yang tersedia. Kalau anda ingin tahu, Haikyu!! bakal mendapat dua buah filem dan nampaknya filem pertama sudah pun mendapat tarikh tayangan rasminya di Jepun. Melalui pengumuman rasmi melalui X, “Haikyu!! the Movie: The Battle of the Garbage Dump” bakal ditayangkan pada 16 Februari 2024. Bersama-sama pengumuman tersebut, sebuah teaser serta visual utama baharu telah pun didedahkan!
Berikut adalah penerangan ringkas untuk filem anime tersebut:
“Haikyu!! ‘ akan kembali sebagai filem!! Versi filem akan memaparkan salah satu cerita paling popular dalam karya asal. Pusing ketiga untuk peringkat kebangsaan perlawanan bola tampar, Karasuno vs Nekoma, ataupun dikenali sebagai The Battle of the Garbage Dump.
Filem ini akan dihasilkan oleh Production I.G dan akan diarahkan oleh Susumu Mitsunaka, pengarah yang turut menghasilkan musim pertama sehingga musim ketiga siri. Sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat bagaimana perlawanan ikonik ini akan ditayangkan dalam filem ini.
Memandangkan arc ini boleh tahan lama, ada kemungkinan besar satu filem ini hanya menayangkan perlawanan antara Karasuno dan Nekoma sahaja. Berbaki satu lagi bahagian filem, mungkin banyak arc yang akan terpaksa dipotong untuk adaptasi anime Haikyu!!.
Seperti yang diumumkan, filem Haikyu!! akan ditayangkan di Jepun pada Februari 2024. Memandangkan sudah banyak filem anime yang mula masuk ke pawagam Malaysia, ada kemungkinan besar filem ini juga akan ditayangkan nanti. Apa pun kita tunggu sahaja pengumuman mengenainya pada masa akan datang.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post