Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Resident Evil Requiem Tersedia Untuk Pre-Order! Inilah Semua Edisi Khas, Kolaborasi Khas & Banyak Lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 30, 2025
in Artikel, Berita, Epic Store, Nintendo Switch 2, PC, PS5, Seram, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Resident Evil Requiem Tersedia Untuk Pre-Order! Inilah Semua Edisi Khas, Kolaborasi Khas & Banyak Lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom telah mengumumkan pelbagai maklumat baharu untuk “Resident Evil Requiem,” termasuk beberapa edisi khas, perkakasan eksklusif Nintendo Switch 2, dan kolaborasi dengan “Fortnite.” Kesemua ini didedahkan semasa video “Road to Requiem.”

Prapesan kini dibuka secara rasmi untuk game tersebut yang sebelum ini diumumkan bakal tiba pada 27 Februari 2026, di PlayStation 5, Xbox Series X|S, Switch 2, dan PC melalui Steam serta Epic Games Store.

Semua pemain yang membuat prapesan untuk mana-mana edisi game akan menerima kostum “Apocalypse” untuk protagonis baharu, Grace Ashcroft, sebagai bonus.

Semasa tayangan “Road to Requiem” yang dihoskan oleh Maggie Robertson (pelakon suara Lady Dimitrescu), Capcom telah menggariskan beberapa pilihan edisi untuk para peminat:

  • Edisi Standard: Mengandungi game asas.
  • Edisi Deluxe: Didatangkan dengan game asas serta barangan digital yang merangkumi lima kostum tambahan (salah satunya ialah “Grace’s Costume: Dimitrescu”), empat weapon skin, dua penapis skrin, dua weapon charm, “Audio Pack: Raccoon City Classic,” dan “Files: Letters from 1998.”
  • Edisi SteelBook: Edisi fizikal yang mengandungi semua kandungan Edisi Deluxe, bekas SteelBook untuk koleksi, dan kad lentikular edisi terhad.

Kolaborasi “Fortnite” dan Penampilan Sulung di Epic Games

Bagi menandakan pelancaran pertama francais ini di Epic Games Store, Capcom mengumumkan kolaborasi istimewa dengan “Fortnite.” Pemain yang membeli “Resident Evil Requiem” melalui Epic Games Store akan menerima item istimewa dalam game “Fortnite,” termasuk pakaian watak Grace.

Item-item ini akan diedarkan selepas pelancaran game tersebut.

Eksklusif untuk Nintendo Switch 2

Peminat Nintendo boleh menantikan beberapa item unik:

  • Resident Evil Generation Pack: Eksklusif untuk Switch 2, bundle ini mengandungi “Resident Evil 7 Biohazard Gold Edition,” “Resident Evil Village Gold Edition,” dan game baharu “Resident Evil Requiem.” Ketiga-tiga game akan disediakan dalam bentuk game-key card.
  • Alat Kawalan Pro Switch 2: Pro Controller edisi khas bertemakan “Resident Evil Requiem”, yang digayakan dengan warna hitam dan rekaan daripada game, akan tersedia semasa pelancaran.
  • Amiibo ‘Resident Evil’ Pertama: Siri ini akan menerima patung amiibo pertamanya, yang menampilkan protagonis Grace Ashcroft, yang akan dikeluarkan pada 2026.

Capcom turut mengesahkan bahawa sebuah acara “Resident Evil Showcase” akan diadakan pada awal 2026 untuk memberikan pandangan yang lebih mendalam tentang “Resident Evil Requiem” sebelum ia dilancarkan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Tags: Resident Evil Requiem
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Virtua Fighter 5 R.E.V.O. World Stage – Pembaharuan Yang Peminat Tegar Mahukan!

Next Post

Kes Kelar Adik: Malaysia Perketat Kawalan Permainan Dalam Talian

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Kes Kelar Adik: Malaysia Perketat Kawalan Permainan Dalam Talian

Kes Kelar Adik: Malaysia Perketat Kawalan Permainan Dalam Talian

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd