Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Remaja 17 tahun ditahan, mungkin dalang di sebalik kebocoran GTA 6!

safwan by safwan
September 26, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Game Baru, Industri
0 0
0
Remaja 17 tahun ditahan, mungkin dalang di sebalik kebocoran GTA 6!
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan dengan kes kebocoran video gameplay GTA 6 pada minggu lalu, terdapat satu berita yang berkaitan dengan kes tersebut di mana seorang lelaki remaja berumur 17 tahun telah ditahan atas dakwaan penggodaman jenayah pada hari Khamis lalu.

Menurut The Desk, lelaki remaja itu dikenali sebagai “A.K.” telah ditahan di rumahnya di Oxfordshire dan kerana usianya masih remaja, dia tidak dibawa ke balai polis. Selain itu, dia juga disyaki sebagai dalang atas serangan siber besar-besaran terhadap Rockstar Games dan Take Two Interactive yang berkaitan dengan game mereka yang seterusnya iaitu GTA 6.

Dalam minggu yang sama, dia juga dipercayai adalah dalang di sebalik serangan yang berlaku kepada syarikat “ride-sharing” Uber Technologies. Daripada serangan siber terhadap syarikat ini, dia telah memperoleh nama pengguna dan kata laluan kontraktor untuk mendapatkan akses kepada beberapa perkhidmatan yang digunakan oleh syarikat itu.

Berikutan dengan penangkapan A.K., siasatan diteruskan oleh pegawai penguatkuasa undang-undang persekutuan di Amerika Syarikat bersama-sama rakan sejawatan mereka di United Kingdom. Siasatan ini dilakukan bagi mengenal pasti A.K. sebagai suspek alam kedua-dua serangan.

Selepas mendapati persamaan antara serangan Rockstar Games, Uber dan beberapa serangan pada awal tahun lalu termasuk syarikat Microsoft, Okta dan Nvidia, polis telah menumpukan perhatian kepada A.K. sebagai suspek. Pada awal tahun lalu, dia telah didakwa dengan serangan siber tersebut dan telah tinggal di rumah ibunya memandangkan kes itu masih belum selesai di mahkamah.

Buat masa sekarang, pendakwa raya telah mendakwa A.K. dengan dua pertuduhan melanggar jaminannya dan dua pertuduhan melanggar undang-undang penyalahgunaan komputer Britain. Dia telah dihadapkan ke mahkamah pada hari Sabtu dan masih kekal dalam tahanan.

Menurut sumber penguatkuasa undang-undang, terdapat sekurang-kurangnya dua orang lain dipercayai terlibat dalam serangan siber terhadap syarikat Rockstar Games dan Uber.

Tengok gaya berkemungkinan ada lagi yang akan ditahan dalam masa yang terdekat. Umur 17 tahun dah boleh buat serangan siber besar-besaran macam ini termasuk GTA 6. Apa lagi nanti dah makin besar, macam-macam nanti dibuatnya. Harap-harap kes ini tidak berpanjangan dan berikan hukuman yang setanding dengan kelakuannya.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: gta 6rockstar gamestake-two interactiveUber
Previous Post

Manhwa The God of High School Sah Tamat Dengan Bab 564! Epilog Menyusul Kemudian!

Next Post

“Rupa macam game PS2” – Netflix dedah teaser Seven Deadly Sins: Grudge of Edinburgh Part 1

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
“Rupa macam game PS2” – Netflix dedah teaser Seven Deadly Sins: Grudge of Edinburgh Part 1

"Rupa macam game PS2" - Netflix dedah teaser Seven Deadly Sins: Grudge of Edinburgh Part 1

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd